Mar 15, 2015

Tenggelam



Tenggelam...
Aku rasa makin lama makin dalam aku tenggelam...

Lama aku tak update blog..
sebabnya aku kurang bermotivasi... harharhar..
Aku tenggelam dengan dunia aku sebenarnya..

Tahun ni masuk tahun kedua menempuhi alam rumah tangga.
tapi alam pasangan jarak jauh..
Doakan aku kuat menempuh tempoh ini...
tak tau berapa lama lagi..

aku tengok kawan sekerja aku yang dah dapat tinggal bersama suami dia..
tiap-tiap hari wajah berseri-seri..
mahu tak berseri, pagi-pagi ada suami hantar pergi sekolah..
senyum tak lekang dibibir..

aku?
senyum dibibir..tapi hati menangis...
suami aku pujuk
"Haaaa.. macam ni la bini askar.. kuat..! berani...berdikari..! "
emm... kuat aku buat-buat..
Berani pun buat-buat..
Berdikari tu sebab terpaksa..

Ingat lagi 22 hb 10 tahun lepas aku drive 5 jam 50 minit dari Sandakan ke Tawau sorang diri..
sebab nak jumpa suami aku..non stop drive...
sebab aku takut nak berhenti sorang-sorang...
tak tau nak berhenti kat mana..sini tak ada R&R macam di semenanjung..
Bila masuk daerah lahad datu teringat peristiwa tanduo..
takut-takut ada orang lompat keluar dari hutan tahan kereta aku..apa aku nak buat?
langgar dia? pening aku pikir sebelum gerak...

Elok-elok sampai Tawau aku rasa macam nak lompat dari kereta lari-lari peluk suami aku kuat2 macam dalam drama..tanda syukur selamat sampai..

Eh... panjang pula aku taip..niat nak tulis ayat "TENGGELAM" je
dalam sungguh tenggelam ni.. harharhar...

Jumpa lagi..!

Aug 21, 2014

Studio Tengku Puteri


Masa untuk bertukar...!! setelah beberapa tahun tak tukar fb cover.. hehehe... satu benda tak boleh tukar, nama page aku... camne nak tukar ?? rasa macam geli geleman pulak dengar nama penuh puitis tu... zaman puitis dan kasanova dah over! sekarang hanya zaman romantik dengan asben je... ecehhhh...  harharharhar....






Okeh esok kerja..! jumpa lagi..