Apr 17, 2009

. : : Menariknya Penerbangan ini : : .



Bila kita akan berangkat dari alam ini(Dunia) ia ibarat penerbangan ke sebuah negara lain.
Iaitu kubur dan akhirat...
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat di dalam sebarang brosur penerbangan... Tetapi melalui Al-Quran dan Hadis...
Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordon...
Tetapi Al-jenazah..

Dimana bekalan kita tidak lagi beg seberat 23 kg...

Tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat dan ia adalah di atas kesudian Pencipta kita...
Dimana bajunya bukan Pierre Cardin,Dunhill@ setaraf dengannya...
Tetapi kain putih cotton..
Dimana pewanginya bukan Chanel @ Paco Rebone...
Tetapi air mawar dan cendana..
Dimana passport kita bukan Malaysia,British @ American...
tetapi Al-Islam...
Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan..

Tetapi 'La IllahaillAllah'...

Dimana pelayannya bukan peramugari jelita...
Tetapi Izrail dan lain-lain...

Dimana layanannya jika dalamnya bukan lagi kelas business @ ekonomi...

Tetapi sekadar kain yang diwangikan...

Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA,Heathrow Airport @ Jeddah International...

Tetapi tanah perkuburan...

Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond & permaidani..
Tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita..

Dimana pegawai imigresen bukanlah pihak kastam...
Tetapi adalah Munkar dan Nakir...

Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi diidamkan bukan Disneyland,Paris @London...

Tetapi samada syurga @ neraka...
Dimana tidak perlu pegawai kastam & alat pengesan...
Dimana lapangan terbang & transitnya adalah Al-Barzakh...
Dimana destinasi terakhir samada syurga yang mengalir sungai bawahnya @ neraka jahannam..
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya...
Ia percuma...
Jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan...

Penerbangan ini tidak akan dirampas..

Oleh itu tidak perlu bimbang sebarang sajian tidak akan disediakan...

Tidak perlu dirisaukan masalah alergi @ halal haram makanan..

Jangan risau delays...

Penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya...

Jangan fikirkan hiburan dalam penerbangan...
Anda telah hilang selera bersuka ria...
Jangan bimbang tentang tempahan...
Ia telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi...
Ya! Berita baik...!!
Jangan bimbangkan siapa duduk disebelah anda...
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini..
Oleh itu...
Bergembiralah selagi boleh...!
Dan sekiranya anda boleh!!!

Hanya ingat...

Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'...

Cuma perlu ingat...

Nama anda telah ditempah untuk penerbangan...
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT??!

1 comments:

Farhah Zaidah Binti Abdul Rahman said...

Setiap manusia yang hidup pasti akan menempuhi mati...itu janji Allah yang pasti...ianya tidak akan lewat ataupun cepat walaupun sesaat...