Apr 14, 2009

. : : Psikologi Pendidikan : : .



Memandangkan minggu ni minggu aku menyiapkan jurnal psikologi,so aku nak bercakap soal psikologi....Haha..aku pun dah nk jadi psiko wat jurnal psiko...hehe..ayat pun tunggang terbalik dah...Antara topik yang menarik perhatian ku ialah...ok Teori Pembelajaran Kognitif..kita bercakap soal model ingatan manusia je la dulu ye...Sebab apa tarik perhatian aku,sebab...melalui teori ni kita dapat tau camne model proses mental dalaman dan peranannya dalam pembelajaran.Ok..Otak manusia ni digambarkan sebagai sebuah komputer.Dimana pada otak kita ni terdapat input,iaitu memori sensori,pemproses(memori jangka pendek) dan storan (memori jangka panjang)
Ok..setiap input ni mempunyai tugas yang berbeza...Untuk menjelaskan tentang input ni kita kena ikut model sistem ingatan manusia..Model sistem ingatan manusia ada 3..Iaitu model multistoran,model pemprosesan dan model connectionist..
Model multistoran ni menjelaskan bagaimana maklumat luar diproses dan disimpan dalam memori dengan teratur..Maklumat yang masuk dalam otak kita ni kan akan disimpan pada 3 lokasi..Iaitu input yang saya sebut tadi la..stor sensori,stor jangka pendek(STM) dan stor jangka panjang(LTM).
Tadi sy x sebut stor kan...kali ni sebut stor la sebab ada kat model MultiSTORan...Apabila maklumat masuk dalam otak kita..tempat pertama maklumat tu nak singgah ialah kat sensori..tapi dia pi sat ja..hehe..(loghat kedah sikit noh)lebih kurang 1 hingga 3 saat ja...tapi kat stor pertama ni kapasiti dia besar,boleh simpan banyak maklumat la...tapi x lama..so kalau kita tak boleh ingat something 2 maknanya maklumat 2 kita x bagi perhatian sangat..bila tak bagi perhatian sangat,maklumat tu tidak diproses dan akan hilang.Hilang ni maknanya lupa la...
ok..kita tengok lak stor kedua iaitu stor memori jangka pendek..dekat stor ni,bleh simpan sementara gak..tapi dapat simpan terhad pada 7 items ja..jangkamasa dia lama skit dari stor sensori iaitu 5 hingga 20 saat.maklumat yang disimpan dkat stor ni dapat dikeluarkan segera..so kalau nak bagi ingat untuk stor ni,kita kena guna kaedah chunking dan latihan.Kaedah chunking ialah kita kelompokkan maklumat jadi satu unit yang bermakna..contohnya nak ingat barang keperluan dapur..kita bleh kumpulkan ikut hasil tenusu ka..sayur-sayuran,minuman dan sebagainya la..Kaedah latihan plak ialah maklumat diulang untuk bantu ingat semula dan mudah nak keluarkan semula..contoh latih tubi la macam wat soalan matematik...
Seterusnya stor ke 3 stor ingatan jangka panjang ataupun long term memory.Lokasi ni merupakan stor ingatan kekal.Kita bleh ingat sampai bertahun-tahun lamanya.kapasiti dan jangkamasa adalah tidak terhad.Maklumat untuk hilang mungkin sukar la...Dekat stor ni,kita bleh kelaskan jenis ingatan jangka panjang ni kepada 3 gak iaitu episodic,semantic dan prosedural.Episodic ni tentang peristiwa...Kalau kita ingat peristiwa apa2 maknanya jenis episodic la..ada episod..hehe...Seterusnya Semantic.Semantic ni memori tentang bahasa dan dunia sekitar kita.
Yang ke 3 plak proseural,prosedural ni ialah tentang prosedur nak lakukan sesuatu.Ataupun proses ataupun langkah-langkah la..Contoh kita dapat ingat langkah-langkah nak wat kek ke apa ka..hehe..
Ok..settle 1 model.Seterusnya kita tengok lak model pemprosesan.Camne model ni berfungsi dalam otak kita.Model ni fokus kepada kedalaman pemprosesan dan bagaimana ianya mempengaruhi kita mengingat semula..Model ni terbahagi kepada 2 iaitu pemprosesan secara mendalam dan pemprosesan secara luaran.yang dikatakan pemprosesan secara mendalam ni ialah kita bagi perhatian dkt maklumat yang kita dapat dan kaitkan dengan maklumat yang sedia ada dalam fikiran kita.Manakala pemprosesan secara luaran pula ialah maklumat diperoleh dengan tidak memberi perhatian dan mudah dilupakan.
Model yang terakhir dalam sistem ingatan manusia pula ialah model connectionist.Model ni menjelaskan bahawa otak manusia terdiri daripada unit2 jaringan yang kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain.Jadi otak manusia dikatakan berkembang mengikut peringkat umur dan fungsinya.Jaringan ini akan semakin banyak apabila banyak maklumat disimpan.
So kita dapat tau kan maklumat yang kita ingat or lupa tu berada di lokasi mana..Contoh kenangan manis kita ada pada ingatan jangka panjang coz kita susah nak lupakan.then kategori apa pada LTM? jawab la sniri...hehe..

0 comments: