Oct 24, 2009

. : : Kesian kat dia : : .

Salam Alaik pembuka bicara...Emm..oleh kerana aku dah tahap bengong fikir fasal isi-isi untuk buat esei yang tutor aku suh buat..maka aku nak wat esei pendek kat sini lak...ni suma disebabkan keje bertangguh..sekali aku kena buat 12 esei..untuk 12 minggu la..yang lagi dua aku dah buat terus lepas dapat tajuk..yang selebihnya aku MALAS...huhuhu...krem otak..oK la...just nak berkongsi citer yang berlaku kat seorang kawan aku ni..Semalam aku call umi aku..then umi aku bagitau yang sorang kawan aku dah kawin..Tak per la dia nak kawin..tak pelik pun kan..tapi kisah dia ni bagi aku agak kesian and sedih gak la..

Dia ni anak yatim piatu..aku tak pasti masa umo dia berapa..sama ada dia baru darjah 6 or dia dah masuk alam sekolah menengah..mula-mula mak dia meninggal dulu coz sakit kot..tak berapa lama lepas tu ayah dia pulak..so dia tinggal la dengan tok and tokwan dia ( nenek & datuk) pastu dia nak kawin dengan pilihan hati dia..dah lama dia berkawan dengan suami dia ni..Tapi semua sedara dia yang boleh jadi wali dia tak nak jadi wali untuk dia...diorang nak dia kawin dengan sepupu dia...sian kat dia...diorang ni main paksa-paksa lak..biar la dia nak kawin ngan sape pun...suami dia yang dia kawin ni pun kerje baik..rupa pun ada..aku tak faham betul la..dia pun dah anggap sepupu dia tu macam abang sendiri dah..yang dok paksa-paksa tu fasal apa kan..bukannya dia buat benda tak elok pun..nak kawin ja..lagipun tak elok kan kawin ngan sepupu ni..yela tak berkembang keturunan..btul ntah...huhuhu..then dia kawin gak la dengan pilihan hati dia..walaupun bukan berwalikan mereka yang sepatutnya..Tak per la camne pun..asalkan dia bahagia..Kalau korang yang baca entry aku ni berada dalam situasi tu apa korang buat..?

Umi aku pun terlibat dalam menyelesaikan masalah dia..and aku berharap 'umi tak buat lagu tu la kat chek noh...nak semua dalam restumu..' Aku kawan ngan En.Shah ni masa awal-awal dulu pun umi aku macam tak berapa berkenan..then aku wat tak berapa paham..huhuhu..sekarang ok lak..tak tau la kalau untuk masa akan datang berubah lagi ati umi aku ni...





p/s: teruja aku dengar orang sebaya or lebih muda dari aku dah kawin ni..tapi cik farhah tak boleh kawin lagi..kalau kawin gak maunya beranak pinak esei aku tu..coz tak kawin pun keje bertangguh..apatah lagi kalau kawin..hehehe


2 comments:

violetless said...

cik farhah kalo da kawen en.shah la tolong btkan...huhuhu..best..

Farhah Zaidah said...

-violetless-
emm..x dak fasal la nk bleh mnta tlg dia..sbuk memanjang...huhuhu...