Oct 6, 2009

. : : Kos : : .

Salam Alaik...emm..agak-agak kos apa ye.. Cerita ni lebih kurang macam iklan raya tu..yang iklan tu versi ayah..yang ni versi mak..OK..Cerita tu macam ni..Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur.Lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak.Lalu membacanya..

Kos Upah membantu ibu : RM4.00
Tolong jaga adik : RM4.00
Tolong buang sampah :RM1.00
Tolong Kemas bilik : RM2.00
Tolong siram bunga : RM3.00
Tolong sapu sampah : RM3.00
JUMLAH : RM17.00

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang ke anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya.Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama sebulan : PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
Kos menyediankan makan minum,pakaian dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku padamu : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu.Si anak menatap wajah si ibu,memeluknya dan berkata 'saya sayangkan ibu' Kemudian si anak mengambil pen dan menulis pada muka surat yang ditulusnya

Telah di bayar.


0 comments: