Apr 26, 2009

. : : Jodoh Pertemuan : : .



Pernah dengar tak orang sebut kalau lelaki anak bongsu maka jodohnya sesuai la dengan perempuan anak sulong..Ada keserasian konon-kononnya..Sekadar ingin tahu apakah kombinasi yang baik menurut orang-orang dulu dan suka-suka tidak salah rasanya..Yang pasti jodoh pertemuan dan ajal maut itu ditangan Tuhan..Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...Percaya atau tidak,orang-orang tua memang suka menghubungkan hari dan tarikh kelahiran,mahupun dalam soal jodoh.. Bagi mereka kalaulah yang dijodohkan tidak bertepatan dengan kombinasi yang mereka tetapkan maka cepat-cepat mereka katakan si dia x sesuai dengan si dia ni..Antara kombinasi yang dikatakan sesuai si tunggal dengan si bongsu,si sulong dengan si bongsu,si tengah dengan si bongsu..dan lain-lain lagi...Kombinasi lain adalah seperti berikut;

Sulung dengan sulung:
Menurut firasat nujum pak belalang..hehe..Pasangan ni akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan..
Agak-agak nape ye? may b sebab dua2 anak sulong pastu dua2 nak mengarah kot..huhu..pandangan farhah je la..


Si sulung dengan si tengah:
Kalau kes ni lak..konon-kononya si tengah ni ada kepandaian untuk menyenangkan pasangannya.Selain tu si tengah ni bleh match ngan sape je coz dia ni boleh diajak berbincang..
Bertuah la sape dapat si tengah..


Si tengah dengan si tengah:
Memiliki potensi untuk serasi diantara satu sama lain.Walaupun dua-dua tengah,tapi akan berlaku salah seorang cenderung bersifat ke arah sulung n sorang g lak cenderung ke arah sifat bongsu..Maka serasi la..kiranya untuk kes ni tak menepati teori tarikan magnet la..coz magnet kalau kutub selatan bertemu selatan akan menolak..tapi kes ni tetap menarik..


Si tengah dengan si bongsu:
Apa lak jadi kalau tengah ngan bongsu..Akan jadi serasi gak kalau tengah tu mempunyai kecenderungan ke sifat sulung.Tapi kalau si tengah ni still bersifat tengah maka dia akan mudah terikut gaya hidup si bongsu yang suka akan keseronokkan dan akan menimbulkan masalah seperti perkahwinan si bongsu ngan si bongsu..


Si sulung dengan si bongsu:
Kombinasi paling canteeek...Coz si sulung ni boleh ajar si bongsu ni bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius.Dan si bongsu gak boleh ajar kepada si sulung bahawa wajar gak bersenang-senang sekali sekala..


Si bongsu dengan si bongsu:
So..beware! sebab dua-dua ada sifat & kecenderungan yang sama..Iaitu suka bersenang-senang..Tapi kalau dua-dua dah melewati batas batas kawalan,maka hubungan ni tak berjaya.


Anak tunggal dengan anak tunggal:
Yang ni plak len citer dari yang bongsu..Kedua-duanya akan memiliki keegoaan yang tinggi sehingga perlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.


p/s: Ni just kepercayaan dahulu kala..ni untuk kes gigit langsir je..hehe..tol x amu mejie..?

. : : Award Dari Cik Angah,AyaHarith n Cambesje : : .



  1. Letakkan logo award ini ke blog anda.
  2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
  3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
  4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
  5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Banyak sangat 10 orang..so farhah pilih 7 je la..
Mereka yang terpilih untuk menerima anugerah ini adalah:
Setiasahabat
Anaklaut
Amu Mejie
Nor Syakiela
Ameen Ashraf
Nadrah
Zac efron

Kepada pemberi anugerah ini iaitu cik angah,ayaharith n cambesje tima kasih bebanyak atas penghargaan ini..cayang korang..


Apr 21, 2009

. : : Exam..!!! : : .


Lukisan ni dibuat time x tau nak jawab ape dalam kertas jawapan..hikhikhik..gurau je..

Start ari ni 21 hb 04 maka bermulalah minggu exam bagi aku sampailah 07 hb 05 2009.
Semalam budak-budak UKM yang len dah start exam..
Aku start ari ni..
Then aku abis lewat dari orang len kot..haha..tak tau la..

21 hb 04 (08:30:00) ~ Metodologi Dakwah ~

22 hb 04 (12:00:00)~ Falsafah Pendidikan Islam ~

23 hb 04 (15:30:00) ~Fiqh Ibadat Dan Munakahat ~

28 hb 04 (15:30:00) ~ Tamadun Islam Dan Asia Tenggara ~

30 hb 04 (12:00:00) ~ Maharat Muhadathah Wa Al-Khitabah ~

02 hb 05 (08:30:00) ~Amalan Perhubungan Awam II ~

05 hb 05 (08:30:00) ~ Psikologi Pendidikan ~

07 hb 05 (08:30:00) ~Perkamusan Arab ~

10 hb 05 ~ Lapor diri di Sek.Men.Keb........ bagi Pra-Praktikum (aku guru pelatih !) hehe...Selama 4 minggu..ni kira subjek aku untuk short sem la.. ~


Dengan kesempatan ini,aku ingin mengucapkan gud luck kepada semua yang menduduki peperiksaan..Bil Taufiq Wa Najah Fil Imtihan..

Tenangkan fikiran..dapatkan tidur yang secukupnya..jangan lupa bawak kad matrik,slip exam n alat tulis...
and..
Jangan lupa berdoa pada Pencipta kita..sesungguhnya setiap sesuatu usaha itu perlu disertai dengan doa dan tawakkal..
Hanya padanya kita memohon sesuatu..
Maka disini aku ingin sertakan doa sebelum memulakan exam..

الهم لا سهلا الا ما جعلته سهلا وانت تجعل الحزن اذ شت سهلا
أمين...

Alahai prob lak..x leh letak baris..camne nak baca ni...
~Oleh kerana aku tak boleh letak baris pada doa ni maka aku wat kat bawah ni bacaannya kalau tulis rumi..~
~'Allahuma la sahlan illa ma jaa'ltuhu sahlan wa anta taja'la hazan iza syikta sahlan ..'~

InsyaAllah moga Allah mempermudahkan urusan kita..





Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan testi exam bagi IPTA dan IPTS seperti di atas..
sila layari http://testi.kuriee.com

Apr 18, 2009

. : : Guru Malaysia : : .



Kami guru Malaysia..
Berikrar dan berjanji..
Mendidik dan memimpin..
Putera Puteri Negara Kita...

Pada Seri Paduka..
Kami Tumpahkan Setia..
Rukun Negara Kita..
Paduan Hidup Kami Semua..

Dibidang Pembangunan..
Kami Tetap Bersama..
Membantu..Membina...
Negara Yang Tercinta...

Amanah yang Diberi...
Kami Tak Persiakan..
Apa yang Kami Janji..
Tunai Tetap Kami Tunaikan...

Apr 17, 2009

. : : Menariknya Penerbangan ini : : .



Bila kita akan berangkat dari alam ini(Dunia) ia ibarat penerbangan ke sebuah negara lain.
Iaitu kubur dan akhirat...
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat di dalam sebarang brosur penerbangan... Tetapi melalui Al-Quran dan Hadis...
Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordon...
Tetapi Al-jenazah..

Dimana bekalan kita tidak lagi beg seberat 23 kg...

Tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat dan ia adalah di atas kesudian Pencipta kita...
Dimana bajunya bukan Pierre Cardin,Dunhill@ setaraf dengannya...
Tetapi kain putih cotton..
Dimana pewanginya bukan Chanel @ Paco Rebone...
Tetapi air mawar dan cendana..
Dimana passport kita bukan Malaysia,British @ American...
tetapi Al-Islam...
Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan..

Tetapi 'La IllahaillAllah'...

Dimana pelayannya bukan peramugari jelita...
Tetapi Izrail dan lain-lain...

Dimana layanannya jika dalamnya bukan lagi kelas business @ ekonomi...

Tetapi sekadar kain yang diwangikan...

Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA,Heathrow Airport @ Jeddah International...

Tetapi tanah perkuburan...

Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond & permaidani..
Tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita..

Dimana pegawai imigresen bukanlah pihak kastam...
Tetapi adalah Munkar dan Nakir...

Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi diidamkan bukan Disneyland,Paris @London...

Tetapi samada syurga @ neraka...
Dimana tidak perlu pegawai kastam & alat pengesan...
Dimana lapangan terbang & transitnya adalah Al-Barzakh...
Dimana destinasi terakhir samada syurga yang mengalir sungai bawahnya @ neraka jahannam..
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya...
Ia percuma...
Jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan...

Penerbangan ini tidak akan dirampas..

Oleh itu tidak perlu bimbang sebarang sajian tidak akan disediakan...

Tidak perlu dirisaukan masalah alergi @ halal haram makanan..

Jangan risau delays...

Penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya...

Jangan fikirkan hiburan dalam penerbangan...
Anda telah hilang selera bersuka ria...
Jangan bimbang tentang tempahan...
Ia telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi...
Ya! Berita baik...!!
Jangan bimbangkan siapa duduk disebelah anda...
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini..
Oleh itu...
Bergembiralah selagi boleh...!
Dan sekiranya anda boleh!!!

Hanya ingat...

Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'...

Cuma perlu ingat...

Nama anda telah ditempah untuk penerbangan...
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT??!

. : : Andai Ku Mampu Putarkan Waktu : : .



Salam alaik....
Andaiku mampu putarkan waktu...
tapi sayang...
waktu tak boleh diputarkan....
Bak pepatah arab ada menyebut....
waktu itu umpama pedang...
sekiranya kita tidak memotong,maka ianya akan memotong...
kiranya waktu itu dapat diputar...
ingin sekali ku nikmati saat-saat aku tidak merasakan keciwa...
saat-saat hadirnya rasa gembira...
saat-saat aku bergelak ketawa meraikan kejayaan bersama-sama teman seperjuangan...
ntah la..minggu ni minggu malang bagiku rasa-rasanya..
Macam-macam yang aku tempuhi untuk minggu ni...
siapkan jurnal psikologi..falsafah pendidikan...
tiba-tiba time nak hantar jurnal psikologi..baru la aku perasan jurnal aku tu tak ada halaman untuk isi kandungan yang aku buat...
so terpaksa lah aku bawa balik n buka semula....
ari ni lak aku ada taklimat prapraktikum/prapraktikal la...
aku terlewat bangun lak...
orang taklimat kul 8.30,aku kul 8.30 baru naik bas...
nasib la ramai gak yang baru nak gi time tu...
stelah sampai ke fakulti...
kami diperli oleh pegawai yang bagi taklimat tu...
dia cakap...'nanti gi sekolah jangan lambat plak..'
huhu..terasa...bakal guru yang tak hargai masa...huhu
stelah habis taklimat aku dapat tau ari ni bleh check keputusan ujian INSAK yang telah aku jalani pada 21 hb 3 yang lalu...
Ujian INSAK ni untuk tentukan samada dapat melayakkan diri ke interview biasiswa KPM atau tidak...
sekali lagi aku keciwa..
aku tak layak untuk menduduki interview biasiswa tu...
aku syahid di tengah jalan...
3 orang temanku daripada 5 orang sahabat telah berjaya...
mereka harus teruskan perjuangan...
11 hb 5 bakal jadi penentuan...
padamu teman ku ucapkan tahniah...
teruskan perjuangan...
mungkin bukan rezekiku...Rezeki di tangan tuhan...
sebaik sahaja pulang ke kolej kediaman...
aku terima satu panggilan..
panggilan dari seorang perempuan...
aku tak tahu siapa gerangan...
tapi hadirnya petang tadi membuat ku menangis kesedihan....
aku keliru dengan keadaan...
salah aku kah wahai shaharuddin Saadan...?
apa yang patut aku lakukan....
berhenti disini sahaja?
ataupun pertahankan kedudukan....
Aku pohon padamu Ya Rabbi...
Berikan aku kekuatan...
untuk ku tempuhi cubaan....

. : : Bila Hati Berbicara : : .



Bila hati berbicara...

Otakku mula menafsirkan kata-kata...

Mata mula menangis hiba...

kerna ia turut sama merasakan betapa derita...

Derita menjadi seorang hamba cinta...
aku lupa bahagia hari ini bakal membawa derita...
Ya Tuhan..tabahkan hatiku...

Kuatkan imanku...

Agar aku bisa harungi semua sengsara..

agar ku bisa tempuhi duka...
Ya Rabbi...
Ku panjatkan doa kudusku padaMu Rabbi...

Agar kau pertemukan jodohku dengan seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu...

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Agar aku tidak terus sengsara pada tipu daya...
Yang menjadi mainan kata-kata seorang
pencinta wanita....

Apr 14, 2009

. : : Psikologi Pendidikan : : .



Memandangkan minggu ni minggu aku menyiapkan jurnal psikologi,so aku nak bercakap soal psikologi....Haha..aku pun dah nk jadi psiko wat jurnal psiko...hehe..ayat pun tunggang terbalik dah...Antara topik yang menarik perhatian ku ialah...ok Teori Pembelajaran Kognitif..kita bercakap soal model ingatan manusia je la dulu ye...Sebab apa tarik perhatian aku,sebab...melalui teori ni kita dapat tau camne model proses mental dalaman dan peranannya dalam pembelajaran.Ok..Otak manusia ni digambarkan sebagai sebuah komputer.Dimana pada otak kita ni terdapat input,iaitu memori sensori,pemproses(memori jangka pendek) dan storan (memori jangka panjang)
Ok..setiap input ni mempunyai tugas yang berbeza...Untuk menjelaskan tentang input ni kita kena ikut model sistem ingatan manusia..Model sistem ingatan manusia ada 3..Iaitu model multistoran,model pemprosesan dan model connectionist..
Model multistoran ni menjelaskan bagaimana maklumat luar diproses dan disimpan dalam memori dengan teratur..Maklumat yang masuk dalam otak kita ni kan akan disimpan pada 3 lokasi..Iaitu input yang saya sebut tadi la..stor sensori,stor jangka pendek(STM) dan stor jangka panjang(LTM).
Tadi sy x sebut stor kan...kali ni sebut stor la sebab ada kat model MultiSTORan...Apabila maklumat masuk dalam otak kita..tempat pertama maklumat tu nak singgah ialah kat sensori..tapi dia pi sat ja..hehe..(loghat kedah sikit noh)lebih kurang 1 hingga 3 saat ja...tapi kat stor pertama ni kapasiti dia besar,boleh simpan banyak maklumat la...tapi x lama..so kalau kita tak boleh ingat something 2 maknanya maklumat 2 kita x bagi perhatian sangat..bila tak bagi perhatian sangat,maklumat tu tidak diproses dan akan hilang.Hilang ni maknanya lupa la...
ok..kita tengok lak stor kedua iaitu stor memori jangka pendek..dekat stor ni,bleh simpan sementara gak..tapi dapat simpan terhad pada 7 items ja..jangkamasa dia lama skit dari stor sensori iaitu 5 hingga 20 saat.maklumat yang disimpan dkat stor ni dapat dikeluarkan segera..so kalau nak bagi ingat untuk stor ni,kita kena guna kaedah chunking dan latihan.Kaedah chunking ialah kita kelompokkan maklumat jadi satu unit yang bermakna..contohnya nak ingat barang keperluan dapur..kita bleh kumpulkan ikut hasil tenusu ka..sayur-sayuran,minuman dan sebagainya la..Kaedah latihan plak ialah maklumat diulang untuk bantu ingat semula dan mudah nak keluarkan semula..contoh latih tubi la macam wat soalan matematik...
Seterusnya stor ke 3 stor ingatan jangka panjang ataupun long term memory.Lokasi ni merupakan stor ingatan kekal.Kita bleh ingat sampai bertahun-tahun lamanya.kapasiti dan jangkamasa adalah tidak terhad.Maklumat untuk hilang mungkin sukar la...Dekat stor ni,kita bleh kelaskan jenis ingatan jangka panjang ni kepada 3 gak iaitu episodic,semantic dan prosedural.Episodic ni tentang peristiwa...Kalau kita ingat peristiwa apa2 maknanya jenis episodic la..ada episod..hehe...Seterusnya Semantic.Semantic ni memori tentang bahasa dan dunia sekitar kita.
Yang ke 3 plak proseural,prosedural ni ialah tentang prosedur nak lakukan sesuatu.Ataupun proses ataupun langkah-langkah la..Contoh kita dapat ingat langkah-langkah nak wat kek ke apa ka..hehe..
Ok..settle 1 model.Seterusnya kita tengok lak model pemprosesan.Camne model ni berfungsi dalam otak kita.Model ni fokus kepada kedalaman pemprosesan dan bagaimana ianya mempengaruhi kita mengingat semula..Model ni terbahagi kepada 2 iaitu pemprosesan secara mendalam dan pemprosesan secara luaran.yang dikatakan pemprosesan secara mendalam ni ialah kita bagi perhatian dkt maklumat yang kita dapat dan kaitkan dengan maklumat yang sedia ada dalam fikiran kita.Manakala pemprosesan secara luaran pula ialah maklumat diperoleh dengan tidak memberi perhatian dan mudah dilupakan.
Model yang terakhir dalam sistem ingatan manusia pula ialah model connectionist.Model ni menjelaskan bahawa otak manusia terdiri daripada unit2 jaringan yang kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain.Jadi otak manusia dikatakan berkembang mengikut peringkat umur dan fungsinya.Jaringan ini akan semakin banyak apabila banyak maklumat disimpan.
So kita dapat tau kan maklumat yang kita ingat or lupa tu berada di lokasi mana..Contoh kenangan manis kita ada pada ingatan jangka panjang coz kita susah nak lupakan.then kategori apa pada LTM? jawab la sniri...hehe..

Apr 12, 2009

. : : Kau Sahabatku Kau Teman Sejati : : .




ni kawan kesayangan aku la..dari sekolah rendah sampai ukm kami satu tempat pengajian...tinggal sekampung...kawan paling best yang pernah aku ada la....kalau kami gaduh sakan jugak la..tapi tak lama...hehe

ni posing sebelum masuk DECTAR..Dari kiri satina,aku,nisah n ina....

Ha..ni pict masa dinner...dari kiri wyda..roomate aku...roomate paling baik r..sbelah wyda ina..kawan dari aku kat form 6 g...sebelah ina tu ehem2..sape g kan..aku la...pastu yang berdiri kat belakang tu satina...


ni la fakulti aku...dimana antara tempat guru-guru malaysia dilahirkan...hehe...

ni pict aku...cam nk masuk dalam kamera lak...

Apr 7, 2009

: : Senyumlah Walau Diri Hampa...Senyumlah Walau Diri Kecewa...: :



Salam Alaik...
Baru je balik dari kelas Falsafah Pendidikan...
Tiba-tiba rasa nak coret something kat sini...
Tiba-tiba gak teringat tadi masa nak lintas jalan dekat depan Fakulti Pendidikan..
Ada seorang perempuan dari arah yang bertentangan pun nak lintas jalan gak..
So kami jalan dari arah bertentangan dan berselisih...
Dan dia senyum kat saya..walhal saya tak kenal dia n dia pun tak kenal saya...
sweet sangat bila dia senyum...so bagi saya dia ni mesti tak sombong....
hmm..jadi saya rasa saya nak coretkan something tentang senyuman kat sini..hehe..
Senyum adalah sedekah yang paling mudah...namun tinggi nilainya..

Tetapi kadang-kadang ada juga orang yang susah nk sedekahkan yang mudah tu...
kadang-kadang kita senyum kat dia tapi dia wat bodo ja...
waktu 2 hanya tuhan yang tahu betapa malunya kita rasa bila senyuman tak berbalas kan...
tapi tak per..kita dah bagi sedekah kat dia agar dia murah ngan senyuman..May b dia tak tahu apa yang ada dengan senyuman..
Senyum adalah bahasa dunia...Ia menunjukkan keceriaan...
Senyum adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..
Senyum adalah jambatan persahabatan..
Senyum adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak merugikan...
Pujangga menyebut..'SENYUMan itu kelopak..Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..
So senyum la selalu dengan senyuman yang ikhlas...
Senyum yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,sama saja dengan kening yang berkerut...
Apabila kita senyum,orang akan SENYUM balik kepada kita...
Orang akan merasa di hargai bila kita SENYUM padanya...Sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita..
Lantas...kenapa kita tidak mulakan?
Mulakan dengan diri kita...
Senyumlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.InsyaAllah dia akan membalas SENYUMan anda...

Apr 5, 2009

: : Rindu Yang Bisu : :


Lukisan Rindu yang terpamer di hatiku ini...
Dapatkah kau hayati makna yang tersirat....
Dapatkah kau huraikan dengan kata-kata...
Ia tetap tergantung kaku..
Bisu dan makin berdebu...
Namun biarlah ia disitu..
Hingga sampai waktu..
Rinduku pun berlalu...