May 21, 2009

. : : Aku & Pra-Praktikum II : : .

Aku masih di SMKAK..
ada lagi lebih kurang 2 minggu aku perlu berada di SMKAK..
Minggu ni minggu exam upper form..
so adakalanya aku n kengkawan perlu relief klas..
Berdebar-debar gak utk 1st time kena ganti klas..
tgk2 kat memo lak form 4,5 & 6..
Nak bagi arahan kat student pun ketaq..
ari 1 st aku kena ganti klas yang waktu pertama..
dapat je memo guru ganti terus aku g amik kertas soalan n g kelas 4 Mawaddah..
mula2 diorang tengok aku,diorang wat bodo ja..
mentang2 la aku ni dulu budak sek tu gak..
so diorang ingat aku suka2 ka masuk kelas tuh..
Alhmdulillah pastuh diorang dengar gak arahan aku..
berbanding kawan aku sorang g..
Dia kena relief klas yang sama ngan aku tapi waktu kena kutip kertas jawapan
bila dia gtau nak kutip kertas budak2 tuh wat x tau ja..
may b btul2 x dgar or sengaja..coz kwan aku tu pun jenis lemah lembut..suara pun x berapa kuat la..


Ni pict masa hari guru...
ada banyak g..
tapi upload yang ni je la..




Pengetua kat SMKAK pompuan..
yang gambar kat atas tuh Pen.Kanan Pentadbiran..
Yang kat bawah tu la pengetua..



Ni la satu-satunya hadiah yang aku dapat pun..
hahaha..
ni dari badan pengawas..
terkjut aku bila sorang pengawas tuh datang kat aku bagi hadiah ni n ucap
'selamat hari guru cikgu..'
cam x layak je dapat penghargaan..
huhuhu



Ni la memo pertama yang aku dapat..




Ni kelas pra u 2 ekonomi..
ni la kelas aku dulu2..






Kat smkak kul 2.25 baru abis time P&P..
lps tuh guru2 kena solat jemaah ngan students..
so lebih kurang kul 3 gak la baru aku leh balik..
ari ni ari khamis..
ari yang paling aku suka la..
coz bleh kuar awal skit..
awal pun kul 2 gak la bru leh kuar sekolah..
kena solat jemaah dulu baru kuar..
ok..nnti aku citer g..
salam alaik..

May 17, 2009

Hari ni 17 Mei SMKAK telah mengadakan sambutan hari guru..
Ari ni gak merupakan 1st time aku disambut sebagai seorg guru..
hehe..
walaupun sekadar guru R.OS
Kat cni aku nak kongsi sikit apa yang kami buat kat sekolah men Keb Agama Kedah

7.45-Pelajar berkumpul di Dewan
7.55- Guru mengambil tempat di tapak Perhimpunan

8.00-Perarakan masuk guru ke dewan
-Nyanyian Negaraku
-Bacaan Doa
8.15-Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Disampaikan oleh Pen.Kanan Pentadbiran

8.30- Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
Disampaikan oleh Tuan Pengetua

8.45 - Ucapan Yang Dipertua PIBG
-Nyanyian Lagu Guru Malaysia
-Bacaan Ikrar Guru
-Deklamasi Sajak "Guru Oh Guru"
-Anugerah Penghargaan Dan Pengiktirafan guru

10.00-Rehat
10.30-Acara Guru dan pelajar

11.45pg- Pelajar Berkumpul Di Dewan
-Perarakan masuk guru
-Persembahan Guru dan pelajar
-Tayangan ICT
-Majlis penyampaian hadiah

1.00- Jamuan Khas Hari Guru

1.30-Bersurai

Pagi tadi lagi 3 orang guru R.OS dari UPSI ditempatkan di SMKAK..
Ok..tak sempat nak citer panjang-panjang..
so aku masukkan tentatif program je la...
nanti aku upload pict..

May 16, 2009

. : : Aku & Pra-Praktikum : : .

Salam Alaik..

Dah hampir seminggu aku x update blog..

x wat pape kat blog..x jalan2 kat blog org len..

ni pun aku x der pape nak wat untuk entry baru..

just masukkan pict je la..
Pict kat atas ni aku lukis sendiri tau..
pakai Wizarddrawer..
tol ntah nama tuh..
aku pun lupa..
Best gak pkai bende tuh lukis..
cantik je aku lukis..hehehe

Dah seminggu aku jadi guru R.O.S

Yang pasti bagi aku ianya agak mencabar..

2 belum jadi guru norvis..

baru guru R.O.S

Ari 1st n 2nd aku rasa cam x nak g sek g dah..

coz aku sorg2..

makan sorg2..

jalan sorg2..

nanti la aku citer g...

ape2 pun aku amik kesempatan ni nak ucapkan

"Selamat Hari Guru "

kepada semua guru di seluruh Malaysia..

X kira la guru R.O.S ke,praktikal ke,guru norvis ke,guru berpengalaman ke...

ok..ni pict yang sempat aku amik minggu lps sbg guru R.O.S
Esok ada sambutan guru kat sek..
nanti aku upload g ye pict2 sepanjang aku jadi guru R.O.S nih..



May 8, 2009

. : : Biodata Iblis : : .


Iblis ataupun syaitan merupakan makhluk tuhan yang dahulunya punyai tempat yang mulia disisi Allah S.W.T,Mempunyai kedudukan tertinggi bahkan pernah menjadi ketua malaikat..
Namun atas keanggkuhannya yang enggan sujud kepada Adam A.S sebagai penghormatan kepada makhluk Allah yang dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi,maka syaitan telah pun dicampakkan keluar dari syurga serta serta Allah mengeluarkannya dari barisan malaikat.
Sejak dari saat itu syaitan mula memusuhi semua keturunan anak cucu Adam..
Bahkan telah bersumpah dihadapan Allah S.W.T bahawa dia akan memujuk serta mengajak manusia meninggalkan jalan yang lurus serta memilih jalan yang salah.
Jom kita tengok profil peribadinya..yang ni aku baca dalam buletin tagged..so sama-sama la kita kongsi..


Nama sebenar: Iblis LAKNATULLAH
Nama glamor: Hantu,syaitan,pelesit,jembalang dll..
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam A.S
Status Diri: Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka Jahannam
Kawasan : Di sekitar penjuru yang di dalamnya tiada langsung usaha mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutupi aurat,tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.
Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal Pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat Pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh Ketat : Setiap orang yang beriman dan bertakwa
Sahabat Karib : Anak-anak Adam
Motto Kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan(yang tidak digemari) : Acara langkah seribu(semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan Diri : Apabila manusia membaca istighfar
Mentor Yang Dikagumi : Manusia yang mempunyai kelebihan dari dirinya
Logo : Sebarang Tatu
Pejabat Operasi : Tandas,bilik air,tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan Kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia
Sumber Pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka kepada Allah S.W.T
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Matlamat Sebenar : Membawa bersama-sama anak cucu Adam ke Neraka Jahannam
Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemungkaran Allah
Pembantu Setia : Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,penghasut,pendengki
dan pendendam
Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam A.S
Kenangan Manis : Ketika manusia di ambang sakaratul maut,mati dalam kekafiran.
Kenangan Pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan.
Makanan Kegemaran : Daging orang mati,segala najis dan kekotoran
Minuman Yang digemari : Wiski,Brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua jenis minuman yang memabukkan.
Yang Paling Ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa
Yang Paling Dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat Perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,peragawati dan sebagainya.
Saat Ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak.
Yang Paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang ingin mengikuti kemahuannya.
Tugas yang paling meletihkan : Mengganggu manusia ke arah kebaikan kerana Allah Taala
Tugas Yang Paling Disukai : Mengajak melakukan homoseks,lesbian dan berzina
Janji Kepada Manusia : Janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya
Yang Membuatnya Gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat Mendukacitakannya : Manusia yang bercita-cita untuk bertaubat
Saat Yang Membuatnya Menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada Allah S.W.T


p/s:(dulu masa aku form 6 ustaz aku cakap nape orang marah kalau orang panggil kat dia iblis? aku pun heran gak nape ustaz aku tnya cmtu..mesti la kita marah coz dah tau iblis tu musuh kita...kalau orang ckp prangai cam iblis lagi la marah..pastu ustaz aku ckp orang yang marah tu coz dia x der ilmu..dia tau nk marah je..dia x tau dulu Iblis pernah jadi ketua kepada malaikat..Iblis yang ustaz aku mksudkan waktu tu iblis yang masih dok dlm barisan malaikat rupanya..)

. : : Kembali ke sekolah : : .

Tak der pape pun yang menarik tentang entry nih..
just saja suka-suka..
aku akan kembali ke sekola aku masa form 6 dulu..
aku tengah susah hati memikirkan aku nak kena wat pra-praktikum ataupun R.O.S
ni untuk short sem aku..
pemarkahannya sama ada LULUS @ GAGAL..
Kalau gagal kena wat len la pra-praktikum...
pastu baru leh wat praktikum lak..
Nasib Pra-praktikum wat kat sek area umah aku je..
kalau praktikum cam budak2 pendidikan 3rd year wat kat Selangor,Negeri 9 or Melaka lak..
aku baru kat peringkat pra la skang nih..
kalau cam praktikum diorang tak bleh balik umah la time cuti ni..
hmm..nanti turn aku lak kena camtu...
Dah pilih profesion ni kena la bersedia untuk sebarang tanggungjawab kan..

Nanti sepanjang pra-praktikum,
aku kena wat jurnal lak..
kena temuramah pengetua la,pen kanan hem la...n banyak g la..
aku pun x ingat dah..kena rujuk buku panduan lak..



. : : Kelebihan Membaca Bismillah : : .


بسم الله الرحمن الرحيم

SubhanAllah hebatnya Kalimah ini...
Hanya dengan menyebut nama Allah pencipta kita sahaja pelbagai ganjaran kita terima..
Mudah kan..
Tapi yang mudah ni la selalu kita lupa..
yang mudah ni gak la malas kita buat..
Tapi yang mudah ni la bleh tambah top up pahala kita...
Ok..kita susuri apakah kelebihannya...

  1. Allah memerintahkan malaikat mencatat amal manusia yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikan..SubhanAllah..nak buat satu kebaikan pun susah..tiba-tiba baca je bismilaah dapat 400 kebaikan..
  2. Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada syaitan,kecurian,maut mendadak dan bala...Alaa..21 kali tu tak amik sampai setangah jam pun masa kita...so bleh la kan klu nak buat..
  3. Membaca 313 kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W sebanyak 100 kali pada Ahad disaat matahari terbit mengadap ke qiblat akan mendapat rezeki yang tidak terduga..
  4. Membaca 50 kali dihadapan orang yang zalim..maka akan tunduk atau takutlah orang zalim itu..


Ok tu kelebihan-kelebihan Bismillah..
skang kita ikuti lak 10 hukuman bagi orang yang banyak ketawa..
Gelak banyak pun x elok noh..

  1. Mati hatinya..susah kalau dah mati hati ni...jasad hidup hati mati payah r..sedangkan hidup perlu diteruskan..tanpa ati cmne nak control idup..
  2. Hilang air mukanya (malu dan kemuliaan) hilang kemaluan..ops..! hilang rasa malu.. sedangkan malu itu separuh dari iman..kalau dah hilang separuh..apa la sangat bekal kita kat sini..
  3. Digemari syaitan akannya..Pastu dah gelak banyak2..setan pun suka r..bleh tumpang gelak sekali..
  4. Dimurkai Allah..pastu bila dah setan suka of course la Allah murka kat kita..coz dah jadi kawan setan..
  5. Disoal padanya di hari akhirat..Hmm..yang ni takut nih..coz tak tau camne nak jawab..bukan ada buku rujukan nak baca dulu pastu jawab..
  6. Dipalingkan daripada Nabi Muhammad S.A.W di akhirat..Yang ni lagi takut bila kekasih kita berpaling dari kita..sedih siot...
  7. Dikutuk para malaikat..
  8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi...Sedih kan kalau dah suma benci..kemana harus ku tuju..? kepada siapa ingin ku mengadu..huhu
  9. Lupa pada segala-galanya..bila gelak banyak..kita just fikirkan keseronokkan so akan terlupa la hal yang lain-lainnya..Nak cepat nyanyuk ha gelak la banyak2 g..hehehe..(gurau je)
  10. Terbuka Aibnya di hari akhirat..

. : Aku Pulang : : .


Salam Alaik..
terjaga je dari tido pagi nih aku
teringat...
malam nih aku nak balik kedah dah..
yahuuuuu..
hehe..
x sabar nak balik...
bleh jumpa En.Shaharudin Saadan..
hehe..
Tapi bila aku dah balik bermakna tinggal lebih kurang sehari or dua hari g aku
kena g sekolah...
untuk Pra-Praktikum bagi short sem aku..
nervous pun ada..
walaupun tu sek lama aku masa form 6..
Nak g sorang2 lak pagi tuh..
skang aku tengah konpius..
kawan aku cakap
ahad cuti..
cuti ka?
Tak tau la sek tu cuti ke tak..
klu cuti lega skit ati aku...
hehehe..
Kami 4 orang dihantar ke sek tu..
tapi kawan-kawan aku bernasib baik terpilih untuk menduduki interview Biasiswa KPM..
so diorg g sekolah lambat skit la...
aku sorang2 kena g awal...
Sunyi la aku..
huhu..
Tapi x per cobaan..
Mati esk pun dok dalam kubur sorang2...

May 5, 2009

. : : Goose Philosopy : : .



Kalau anda tinggal di negara empat musim,maka pada musim gugur akan terlihat kumpulan angsa terbang ke arah selatan untuk menghindari musim dingin.Angsa-angsa tersebut terbang dengan formasi berbentuk 'v'.Kita akan melihat beberapa fakta ilmiah tentang mengapa kumpulan angsa tersebut terbang dengan formasi 'v'.

FAKTA:
Semasa setiap burung mengepakkan sayapnya,hal itu memberikan 'daya sokongan ' bagi burung yang terbang tepat di belakang tidak perlu bersusah payah untuk menembus 'dinding udara' dihadapannya.Dengan terbang dalam formasi 'v',seluruh kawanan dapat menempuh jarak terbang 71% lebih jauh daripada setiap burung terbang sendiri.

PELAJARAN:
Orang-orang yang bergerak dalam arah dan tujuan yang sama serta saling bekerjasama dalam komuniti mereka dapat mencapai tujuan mereka dengan lebih mudah.Ini terjadi kerana mereka menjalani gerak kerja dengan saling menyokong dan mendorong antara satu sama lain.

FAKTA:
Kalau seekor angsa terbang keluar dari formasi kumpulan,ia akan merasa berat dan sukar untuk terbang sendirian.Dengan cepat ia akan kembali ke dalam formasi untuk mengambil keuntungan dari daya dukung yang diberikan burung dihadapannya.

PELAJARAN:
Kalau kita memiliki fikiran logik umum seperti seekor angsa,kita akan tinggal dalam formasi dengan mereka yang berjalan di depan.Kita ingin menerima bantuan dan memberikan bantuan kepada yang lain.Lebih sulit untuk melakukan sesuatu seorang diri daripada melakukannya bersama-sama.

FAKTA:
Ketika angsa memimpin yang terbang di hadapan keletihan,ia akan terbang ke belakang formasi,dan angsa lain akan terbang menggantikan posisinya.

PELAJARAN:
Adalah masuk akal untuk melakukan tugas-tugas yang sukar dan penuh tuntutan secara bergantian dan memimpin secara bersama.Seperti halnya angsa,manusia saling bergantung satu sama lain dalam hal kemampuan,kapasiti dan memiliki keunikan dalam kurnia,kebolehan atau sumber daya yang lain.

FAKTA:
Angsa-angsa yang terbang dalam formasi ini mengeluarkan suara riuh-rendah dari belakang untuk memberikan semangat kepada angsa yang terbang dihadapan sehingga kecepatan terbang dapat dijaga.

PELAJARAN:
Kita harus memastikan bahawa suara kita akan memberikan kekuatan.Dalam kelompok yang saling menguatkan,hasil yang dicapai menjadi lebih besar.Kekuatan yang mendukung (berdiri dalam satu hati atau nilai-nilai utama dan saling menguatkan) adalah kualitas suara yang kita cari.Kita harus memastikan bahawa suara kita akan menguatkan dan bukan melemahkan.

FAKTA:
Ketika seekor angsa menjadi sakit,terluka,atau ditembak jatuh,dua angsa lain akan ikut keluar dari formasi bersama angsa tersebut dan mengikutinya terbang turun untuk membantu dan melindunginya.Mereka tinggal dengan angsa yang jatuh itu sampai ia mati atau ia terbang kembali.Setelah itu,mereka akan terbang dengan kekuatan mereka sendiri atau dengan membentuk formasi lain untuk mengejar rombongan mereka.

PELAJARAN:
Kalau kita punyai perasaan,setidaknya seperti seekor angsa,kita akan tinggal bersama sahabat dan sesama kita dalam saat-saat sulit mereka,sama seperti segalanya baik.

. : : Dapat Award Lagi : : .



Terma & Syarat penerima Award nih:

  1. Letakkan logo award ini di blog anda
  2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
  3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling berinspirasi dan mesra dari blog anda.
  4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka
  5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada setiasahabat
atas penganugerahan anugerah yang tidak terhingga ini...Dengan ini saya ingin menganugerahkan award ini kepada nama-nama yang tersenarai seperti berikut..
hehe...skema lak..lebih dari saploh pun bleh kan...:

Anaklaut
Cik Angah
Aya Harith
Cambesje
YnaaOhYnaa
Mahirah Abd
Pu3
Zura
Ameen
Lenggang Kangkung
Buahkranjidalamperahu



Award Dari Pu3


Ni plak award yang aku dapat dari pu3..dah lama amik..dok peram dalam laptop aku nih..
ni baru nak tampal kat blog haku..
thanks ye pu3 atas penganugerahan award nih...

May 4, 2009

. : : Try Ur Name In Jappanes : : .

Morning...!
hmm...jom wat nama dalam bahasa jepun..
Aku pun tak tau mende nih betul ke just suka2..
Aku jumpa nih kat tagged g..

A-Ka..
B-Tu..
C-Mi..
D-Ti..
E-Ku..
F-Lu..
G-Ji..
H-Ri..
I-Ki..
J-Zu..
K-Me..
L-Ta..
M-Rin..
N-To..
O-Mo..
P-No..
Q-Ke..
R-Shi..
S-Ari..
T-Chi..
U-Do..
V-Ru..
W-Mei..
X-Na..
Y-Fu..
Z-Zi..

Ok..try la wat..
contoh nama haku..
F+A+R+H+A+H Z+A+I+D+A+H
=
Lu+Ka+Shi+Ri+Ka+Ri Zi+Ka+Ki+Ti+Ka+Ri
=
Lukashirikari Zikakitikari




HOHOHO..Hodohnyer nama haku..ada perkataan kaki tuh..
Tapi yang pasti ummi n abah aku dah pilih nama yang terbaik dalam islam untuk aku..
FARHAH ZAIDAH=Kelebihan Kegembiraan..

May 3, 2009

. : : Kekasih Abadi : : .


Salam Alaik..
morning...
Kalau kita buat baik pada seseorang..then orang tu balas ngan perbuatan jahat..
apa akan kita buat?
Berdiam diri?
Still berbuat baik pada dia?
hmm..tepuk dada tanya iman..
ok..jom kita ikuti kisah KEKASIH kita...
Rasulullah...

Kisah ni aku dapat dari kawan-kawan dalam tagged..
just nak sebarkan lianna uhibbu Ya RASULULLAH..!

Di sudut Pasar Madinah,ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya..
'Wahai saudaraku..Jangan dekati Muhammad..
Dia orang gila..
Dia itu pembohong..
Dia itu tukang sihir...'
Maka kiranya kalian menedekatinya kalian akan dipengaruhinya..

Namun..
Setiap pagi Muhammad Rasulullah S.A.W mendekatinya dengan membawakan makanan
dan tanpa berucap sepatah kata pun..
Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis tersebut..
Sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W melakukan hal ini sampailah Baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah..
Tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu..
Suatu hari...
Sahabat terdekat Rasulullah S.A.W..
iaitu Saidina Abu Bakar R.A..
berkunjung ke rumah ke rumah anaknya Saidatina Aisyah R.A
yang tidak lain tidak bukan isteri Rasulullah S.A.W
dan beliau bertanya kepada anaknya itu..
'Anakku..adakah kebiasaan KEKASIHKU yang belum aku kerjakan? '

Aisyah R.A menjawab...
'Wahai ayah..engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sahaja..'
Maka bertanya Abu Bakar lagi kepada anaknya..
'Apakah itu?'

Maka jawabnya Aisyah R.A
'Setiap pagi Rasulullah S.A.W selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana...'

Keesokkan harinya..
Saidina Abu Bakar R.A
pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu..
Abu Bakar R.A mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan kepadanya..
Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya..
Si Pengemis marah sambil mengherdik..
'Siapakah kamu..?!'
Abu Bakar R.A menjawab
'Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)'
'Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku..!'
Bantah si pengemis buta itu...

Apabila ia mendatangiku..
Tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah..
Orang yang biasa mendatangi aku itu selalu menyuapiku..
Tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut..
setelah itu ianya berikan padaku..
Pengemis buta itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar tidak dapat menahan airmatanya..
Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis buta itu..
'Aku memang bukan orang yang biasa mendatangimu..
Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya...
Orang yang mulia itu telah tiada..
Dia adalah Muhammad Rasulullah S.A.W '

Seketika itu juga pengemis itu menangis mendengar penjelasan Abu Bakar R.A.
dan berkata..
'Benarkah demikian..?
Selama ini aku menghinanya..
menfitnahnya..
Dia tidak pernah memarahiku sedikitpun..
Dia mendatangiku membawa makanan setiap pagi..
Dia begitu mulia..'

Pengemis Yahudi buta itu akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar R.A
saat itu juga..
dan sejak dari hari itu dia menjadi muslim..

Lihatlah betapa mulianya Akhlak baginda...
dengan kebaikkannya itulah..
Baginda berjaya menambahkan umatnya...
Mampukah kita menjadi seperti baginda?
sabar dengan cemuhan..







May 2, 2009

. : : Warna Hatiku : : .




: : Rahsia Psikologi Warna : :

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna utama; Merah,Hijau,Kuning dan Biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu.Tetapi yang jelas setiap warna mempunyai sifat-sifat yang berbeza-beza.Ok jom kita tengok sifat-sifat warna-warna ini....

MERAH:
Merah;

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga,mendorong makin cepatnya denyut nadi,menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan.Warna ni boleh mempengaruh produktiviti,perjuangan,persaingan dan keberahian.


Merah Terang;
Warna yang jenis ni melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita.
Sifat penggemar warna ini adalah seorang yang Agresif,aktif,.
Pengaruhnya; berkemahuan keras,penuh ghairah,semangat,dominasi dan kelakian.


Align Center

Merah Jambu;
Pink la kot..Warna ini melambangkan romantisme,feminin.Warna ini menuntut kepasrahan,mengemaskan dan jenaka.



BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna .Mempunyai kesan yang menenangkan pada tekanan darah,denyutan nadi, dan tarikan nafas.



Biru Tua;
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam.
Sifatnya: konsentrasi,kooperatif,cerdas,perasa.
Pengaruhnya; Tenang,Bijaksana,tidak mudah tersinggung dan ramai kawan.



Biru Muda;
Warna ini melambangkan keanjalan dari segi cita-cita.
Sifatnya: Bertahan,protektif,tidak berubah fikiran.
Pengaruhnya: Keras kepala,teguh,Sering berbangga diri,berpendirian tetap



KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan.Warna ini mempunyai
Sifat: Santai,senang menunda-nunda masalah.Berubah-ubah tetapi penuh harapan,mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.


Kuning Terang:
Warna ini melambangkan sifat spontan.
Sifatnya : Toleran,investigatif,menonjol.
Pengaruhnya: Berubah-ubah sikap,berpengharapan,pemurah dan tidak percaya.




HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan,ketabahan dan kekerasan hati.Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa.
Sifat : Meningkatkan rasa bangga,perasaan lebih superior dari orang lain.Orang yang meminati warna ini umumnya senang dipuji dan senang menasihati orang lain.




KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelasTidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi.Warna ini lebih cenderung neutral.

HITAM:
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan,kematian,kegelapan,kebinasaan,kerosakkan dan kepunahan..Huhu..suma negatif.

COKLAT:
Warna ini seringkali menunjukkan
ciri-ciri: suka merebut,tidak suka memberi hati,kurang toleran,pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


UNGU:
Warna ini adalh campuran antara merah dan biru yang melambangkan perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka Sifatnya kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.