Oct 31, 2009

. : : Apa Perasaan Bila Tengok Gambar Ni?? : : .

Salam Alaik...Pagi tadi baru abis jawab satu lagi paper so tinggal lagi 6 paper...huhu..banyak lagi tu aku kena jawab...Ok Berbalik kepada tajuk utama...aku tak tau nak post apa sebenarnya..so tiba-tiba aku terfikirkan fasal picture ni..picture yang diambil oleh roomate aku...Gambar kan boleh bercerita dan kadang-kadang 2 boleh menimbulkan emosi kita pada sesuatu gambar 2..kadang-kadang takut,sedih,geli dan macam-macam lagi la..aku nak cakap fasal emosi pun semua orang dah tau..dah pernah alami..Kali ni aku nak tunjuk picture binatang gak..coz aku mmg suka fameskan binatang2 ni..entry sebelum ni monyet ngan kucing..nanti kalau ada gi benda pelik2 or bakat2 len yang monyet n kucing 2 cuba tonjolkan insyaAllah akan aku buat liputan tentang tu..haha..ok..tapi kali ni....
aku nak tunjuk picture ni..may b tak mencetuskan apa-apa perasaan sangat pun coz x berapa nampak kan...tapi x per..klik je kat pict 2...nanti korang bleh tengok dengan kadar penglihatan yang lebih jelas...celik luas-luas...

-

-

-

-

-

-

-

-

-


ha..camne...ada apa2 perasaan..aku geli geleman...coz lebah ni banyak2 dok kerumun camtu...rasa cam gatal2 badan aku pun ada...huhu...

Tapi kan lebah ni merupakan satu masyarakat yang unik...Allah jadikan setiap sesuatu tu supaya kita berfikir..macam lebah ni..walaupun dia kecil tapi struktur organisasi dan pembahagian tugas sangat tersusun..

sedikit info tentang lebah:
pembahagian tugas kepada;
-lebah ratu-lebah betina yang boleh bertelur..
-lebah pekerja-lebah betina yang x bleh bertelur
-lebah jantan

Ok..lebah ratu ni dia lebih besar dari lebah2 lain..coz dia paling berkuasa..hehe..bukan2..aku tipu..dia paling besar coz masa kecik2 dulu dia makan jeli raja yang kaya dengan khasiat..ha..dia x makan macam anak lebah biasa la tu...bila dah jadi ratu,dia la yang control semua kegiatan...
Queen control dia ni...Tugas utama dia bertelur..n kalau yang aktif tu samapi bleh bertelur 2000 biji sehari..pergh...banyak telur dia..Jangka hayat dia pun lebih lama dari lebah-lebah biasa..

Pastu lebah pekerja lak yang terdiri daripada lebah betina yang x boleh bertelur ni tugas dia kumpul debunga dan manisan yang ditukarkan kepada madu..lebah pekerja ni yang tukar jadi madu..so lebah ni pandai masak..haha..kadang-kadang gak dia jaga anak lebah n jaga dan bersihkan sarang..jangka hayat tak panjang 3 bulan je..

Lebah jantan lak,keja dia mengawan je...dengan lebah ratu...yang ni lagi singkat idup dia..lepas mengawan terus mati...Sadis tol nasib lebah jantan ni..dalam masyarakat lebah ni habis madu sepah dibuang..huhu..

WAllahu A'lam...setiap sesuatu yang Allah cipta tu punyai keunikan sendiri yang tak mampu kita tandingi...



Oct 28, 2009

. : : Ingat lagi tak makhluk Allah ni?? : : .


Ingat lagi tak makhluk Allah ni..? pernah tengok tak?

Salam Alaik...memandangkan esok tak der paper untuk dijawab malam ni aku nak berfoya-foya jap kat blog..hehe..Ok..berbalik kepada tajuk utama.."ingat lagi tak makhluk ni??" bagi sesiapa yang tak ingat siapa (siapa ke? ntah la aku tak tau nak letak ganti nama apa ngan dia ni..hehe)makhluk ni? boleh la klik disini..So kali ni merupakan perkembangan ataupun kesinambungan ataupun apa-apa je la yang sama waktu dengannya...Kisah antara hebatnya kasih sayang antara monyet dan Kucing kat U aku ni..

Semalam lepas abis menjawab exam,sementara tunggu bas dekat bas stop aku bual-bual la dengan sorang kawan aku ni fasal assgmnt paper exam semalam..iaitu teknologi pendidikan..so dia tanya aku buat gambar berturutan tentang apa? aku cakap aku buat gambar semut..so dia bagitau yang dia buat fasal monyet dengan kucing..bila dia cakap monyet dengan kucing..aku pun berminat nak tau kot-kot monyet dengan kucing yang pernah aku tunjuk dalam entry ni..so tadi aku pegi amik gambar2 tu sebagai bukti tentang apa yang berlaku..hehe..

Aku rasa gambar yang ditunjukkan bukanlah gambar monyet dan kucing yang sama pernah aku tunjukkan satu masa dulu...coz banyak tempat yang kawan-kawan aku jumpa..dekat dalam bilik kuliah dengan aksi yang panas antara monyet dan kucing..(sori xder ye gmbar panas untuk kucing & monyet 2..x nak timbulkan kontroversi..aku nak tingkatkan prestasi je..hehe)ada gambar dekat beberapa kolej kediaman la..aku rasa dah jadi trend kot kat u aku ni monyet-monyet ni bercinta atau berkasih sayang dengan kucing..kalau manusia akhir zaman pun bleh jadi homoseks..apatah lagi binatang yang xder akal ni kan...

So..kali ni yang uniknya fasal monyet dan kucing ni ialah monyet ni jadi ibu susuan kepada si kucing ni..dan aku rasa monyet dan kucing ni bukanlah monyet dan kucing yang sama pernah aku pertontonkan dulu..ingat manusia je ke bleh jadi ibu susuan..monyet pun dah tau woo..kawan aku ambil pict2 ni...so dengan ini aku nak persembahkan dan perkenalkan watak-watak utama dalam kisah ibu susuan ni...
-

-

-

-

-


Kenalkan inilah Puan Monyet..merangkap ibu susuan kepada si kucing..



dan yang ni si kucing..
tengok sehati sejiwa tol..kalau Puan monyet tu tido maka tido juga la si kucing ni..
Ok..sekarang jom kita tengok pula camne yang telah aku ceritakan tadi..



Tengok pict ni lak..ni dari pandangan sisi..
musykil gak la tengok dok wat natang ape la diorg ni..



ni pun still mencurigakan..


ok..yang ni baru nampak kan apa yang dia wat..
dia ngah susukan kucing tu..
ok xper..ada banyak lagi pict2 yang lebih jelas..


tengok dari bawah bangku..bangku ke kerusi eh..?
x per hentam saja..dok menyusu g tu..


Gambar ni kesinambungan dari gambar atas..



Tengok..kucing ni siap jilat lagi ngan lidah dia..
cam sedap je..tapi tak sdap la bagi aku..(muntah ijau r tengok kucing tu wat camtu)
susu binatang yang leh aku terima pun susu lembu je..hehe...


May b gak kot monyet & kucing ni wat perkhidmatan sistem barter..
monyet dapat kutu..
kucing dapat susu...

Tengok kawan-kawan betapa hebatnya kasih sesama makhluk walaupun monyet dan kucing tu adalah dari spesies yang berbeza..dan aku pasti bahawa kucing tu bukanlah seperti yang dikatakan oleh Charles Darwin hasil revolusi daripada keturunan beruk..teori dia ckp manusia asal dari beruk..so aku manipulate skit kucing..huhuhu..Aku pun tak tau apa sebenarnya masalh kucing2 dan monyet2 kat u aku ni...adakah krisis identiti..atau kurang kasih sayang dari makhluk sejenisnya..Yang aku risau takut dia kawin monyet ngan kucing kat u aku ni lak..coz ada gak tengok diorang wat tut.......takut jadi spesies baru lak..WaAllahu A'lam..sesungguhnya akal yang dangkal ni tak mampu untuk mencapai rahsia disebalik kejadianNYA..

Oct 27, 2009

. : : Sape nak tau Asas Fotografi Harus baca ni : : .

Salam Alaik...kul 5 tadi maka tamatlah sudah sesi menjawab kertas teknologi pendidikan...Maka malam ni perlulah saya untu study subjek Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan...OK...sebelum ni farhah ada cter kan farhah kena amik gambar untuk subjek teknologi pendidikan..coz dalam subjek tu ada bahagian photography..so bila nak exam baru la sibuk cari nota2 photography yang farhah tak salin..coz farhah dah tak ingat lensa ada berapa jenis,kamera slr guna filem berukuran apa..tapi farhah jumpa gak la dalam nota..tapi yang len2 tak berapa jelas sangat..so farhah surf la kat internet...Then jumpa macam-macam la...shutter speed,aperture...

Farhah pun tak ingat..farhah taip apa yang menyebabkan jumpa satu website ni.
so kat sini farhah jumpa buku yang boleh dimuat turun dengan PERCUMA

Hehe..kasi bold skit percuma..
farhah dah baca isi kandungan buku ni..
banyak gak la pengetahuan yang farhah dapat untuk tau tentang asas fotografi...
tak tebal pun mukasuratnya..
just 31 pages termasuk cover depan..
tapi amat berguna..
May b ada yang dah penah download kot..
so abaikan je la entry farhah ni ye...
bagi yang belum and berminat..bagi perhatian..
coz farhah sertakan link website penulis di akhir entry..
hehe


Tajuk buku ni "33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi..
Berdasarkan pembacaan farhah..
buku ini ada menceritakan tentang apa itu shutter speed,aperture,ISO,
kalau nak ambil gambar subjek bahagian mana kena fokus..,
latar belakang,posisi,bila flash patut guna..
tentang penggunaan reflector,& macam2 lagi la..
setiap satu tipnya ada penerangan berserta gambar..
ni lah wajah buku Noorizam Sabran


-

-

-

-


Amboii..rajin lak Farhah buat ulasan buku kan...
kalau lect suh wat ulasan jurnal maunya seminggu baru nak wat..
yela sebab best..hehe..
ok kepada sapa2 yang nak melawati blog penulis buku ni..
nak download buku ni boleh la ke websitenya...
kat sini farhah serta kan link k...klik sini


Ok..WAllahu A'lam..
sama-sama lah kita manfaatkan ilmu yang berfaedah..




Oct 26, 2009

. : : Macam mana Nak Jawab Ni : : .

Salam Alaik...esok paper untuk program aku start...huhuhu...budak-budak TESL taun 2 dah start ari ni ngan paper Pedagogi..Esok aku start dengan paper Teknologi Dalam Pendidikan..huhu..tak larat nak ingat segala teori n model..camne nak jawab ni..tambah lak tadi aku makan maggi yang kompom2 mengandungi monosodium glutamat....

Ok..tak per...kita kena ikut pesan cikgu..apa cikgu pesan..??

Cikgu Pesan :Kalau dapat sahaja kertas soalan harus tenang...

Cikgu Pesan lagi :Abaikan soalan yang susah,cari yang boleh dijawab dihalaman sebelah..

Lagi Pesan Cikgu : Ingat kembali formula-formula penting...

Cikgu Pesan sekali lagi :Abaikan soalan yang susah,cari yang boleh dijawab dihalaman sebelah...

Cikgu Pesan : Jika tiada jawapan yang boleh diselesaikan,barulah kembali ke halaman utama..

Cikgu Pesan : Kalau tak boleh jugak....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"LANTAK KORANG LAH! SEBAB CIKGU DAH PESAN DAAH..!
Alahai...naik hangin lak cikgu...


Nampak x pict abah tu..huhuhu..
nak bagi semangat skit...
nak gak masuk dalam dean list...
sem lepas vice dean je..huhuhu..
sem ni lagi susah...
WAllahu A'lam..



Oct 24, 2009

. : : Kesian kat dia : : .

Salam Alaik pembuka bicara...Emm..oleh kerana aku dah tahap bengong fikir fasal isi-isi untuk buat esei yang tutor aku suh buat..maka aku nak wat esei pendek kat sini lak...ni suma disebabkan keje bertangguh..sekali aku kena buat 12 esei..untuk 12 minggu la..yang lagi dua aku dah buat terus lepas dapat tajuk..yang selebihnya aku MALAS...huhuhu...krem otak..oK la...just nak berkongsi citer yang berlaku kat seorang kawan aku ni..Semalam aku call umi aku..then umi aku bagitau yang sorang kawan aku dah kawin..Tak per la dia nak kawin..tak pelik pun kan..tapi kisah dia ni bagi aku agak kesian and sedih gak la..

Dia ni anak yatim piatu..aku tak pasti masa umo dia berapa..sama ada dia baru darjah 6 or dia dah masuk alam sekolah menengah..mula-mula mak dia meninggal dulu coz sakit kot..tak berapa lama lepas tu ayah dia pulak..so dia tinggal la dengan tok and tokwan dia ( nenek & datuk) pastu dia nak kawin dengan pilihan hati dia..dah lama dia berkawan dengan suami dia ni..Tapi semua sedara dia yang boleh jadi wali dia tak nak jadi wali untuk dia...diorang nak dia kawin dengan sepupu dia...sian kat dia...diorang ni main paksa-paksa lak..biar la dia nak kawin ngan sape pun...suami dia yang dia kawin ni pun kerje baik..rupa pun ada..aku tak faham betul la..dia pun dah anggap sepupu dia tu macam abang sendiri dah..yang dok paksa-paksa tu fasal apa kan..bukannya dia buat benda tak elok pun..nak kawin ja..lagipun tak elok kan kawin ngan sepupu ni..yela tak berkembang keturunan..btul ntah...huhuhu..then dia kawin gak la dengan pilihan hati dia..walaupun bukan berwalikan mereka yang sepatutnya..Tak per la camne pun..asalkan dia bahagia..Kalau korang yang baca entry aku ni berada dalam situasi tu apa korang buat..?

Umi aku pun terlibat dalam menyelesaikan masalah dia..and aku berharap 'umi tak buat lagu tu la kat chek noh...nak semua dalam restumu..' Aku kawan ngan En.Shah ni masa awal-awal dulu pun umi aku macam tak berapa berkenan..then aku wat tak berapa paham..huhuhu..sekarang ok lak..tak tau la kalau untuk masa akan datang berubah lagi ati umi aku ni...





p/s: teruja aku dengar orang sebaya or lebih muda dari aku dah kawin ni..tapi cik farhah tak boleh kawin lagi..kalau kawin gak maunya beranak pinak esei aku tu..coz tak kawin pun keje bertangguh..apatah lagi kalau kawin..hehehe


Oct 22, 2009

. : : Jom Joint : : .

Salam Alaik...tadi jenguk kat blog Aina..dia ada wat entry fasal Catcheye..farhah pun x faham lagi macam mana..coz baru je joint..May b lebih kurang macam nuff gak kot...Tapi x perlu klik2 ads..just register n promote link kta.. farhah dh register n ada tulis kat situ cash reward RM1.00...emm..dapat singgit la kot...register trus dpt singgit..tgk si aina dh pun naik ke RM1.60 dlm masa yang singkat ni..emm..so sape nak joint bleh la klik disini



ok...WAllahu A'lam...


. : : Senyum : : .

Salam Alaik...emm...tak tau camne nak senyum selepas wat oral test SPKG (Sistem Penilaian Kompentesi Generik) semalam...huhuhu..risau aku...sangat la tidak suka soft skills benda alah ni...coz aku rasa aku tak ade soft skills..Hard skills boleh la kot..Start dari batch aku la wat spkg ni..senior2 len x payah pun kalut cam batch kami ni..tapi tak per..setiap sesuatu ada hikmahnya kan.. Semalam lepas kelas ganti pagi tu balik je terus aku study untuk soalan2 kemungkinan yang felo aku nak tnya..dah macam study untuk exam je aku rasa..coz yela..semua menteri dalam kabinet aku baca..huhuhu..sebelum ni aku tak berapa amik tau pun...jenuh aku cari blogger mana ada wat entry fasal kabinet yang baru..rasa macam nak exam paper pengajian Am STPM la plak study suma 2...then fasal kolej la..fasal cancelor,NC,Pro Cancelor.TNC..huhuhu...

Ok..tak nak pikir fasal tu dah...
kena fokus dekat paper yang bakal menggentarkan jiwaku next week..
sebelum tu aku nak belajar senyum dekat diorang ni....

Biasa la aku kan suka kawan ngan binatang...so aku tnya diorang ni...
diorang siap wat demo senyum n bagi nasihat lagi tau...
ikutilah nasihat ni klu kedekut ngan senyuman..

-
-
-
-
-
-

En.Katak ni cakap senyum tu leh wat sy menarik...
tapi En.katak senyum tak menarik pun..nmpak gg depan tu jarang..


Cik Burung unta lak cakap klu senyum ni lambang sukacita..
Cik Burung ngah sembunyikan dukacita la ye..ok2..sy stuju..



Saya tak nak la senyum macam tu En.Kuda..
renggang rahang kang..hahaha..kan dah tergelak...

Saya memang minat kat En.Kucing r..
Tapi En.Kucing cam nak tak nak je senyum tu..
Tapi nasihat En.Kucing akan saya semat kukuh kat sanubari tau..
coz saya tol2 suka kat En.Kucing..
Love u...!!!



Haah..betul gak cakap En.Burung Antu ni...
bleh ubah penampilan tu..
dia pun dah senyum sampai tertutup mata..

Haah..sy nak orang lain senyum kat saya..
Tapi cara En.Kambing senyum macam jelir lidah je..
saya tak boleh wat macam ni kang kena jelir balik...
huhu..


Oo..Cik Ikan Dolphin copy paste ayat En.Burung Antu ye..
tapi tak per Cik Dolphin maintain comel walaupun copy paste ayat orang len..
farhah suka..hehe


Waa..comel sangat dia senyum...
Tapi farhah tak boleh sentuh tau..
kang kena samak..

Setuju..setuju...sedekah paling mudah...
Owh..bru perasan r ada 2 ekor jejaka kucing disini..
tak jadi la tangkap cintan dengan En.Kucing tadi..
nak dating ngan En.Kucing ni lak..
coz yang ni lagi ensem r..
hehehe..

Baik saya ikut cakap En.Tupai yang comel..
senyum selalu...


En.Zirafah malu-malu eh nak senyum...
cam control je tuh...hehehe

Fuh..banyaknya nasihat diorang..suma suh farhah senyum..tak cukup tangan nak layan..hahaha..
Ok2...mulakan pagimu dengan senyuman ye...WAllahu A'lam...



Oct 21, 2009

. ; : Happy Birthday : : .

Salam...Emm..ari ni mood agak sedih..g kelas ganti pagi tadi pun macam tak bermaya je..tapi dah ok skit..disebabkan mood tu jugak la aku tak wish 'happy birthday'kat salah seorang kawan aku ari ni...Sepatutnya wish kul 12 semalam la kan..Ok Ina...Buat Nor Sharina Binti Hazami dikesempatan ni nak ucapkan happy birthday...moga panjang umo..murah rezki..berjaya dalam hidup..di dunia mahupun di alam yang kekal nanti...gud luck 4 exam..sori ye ina lambat wish..semalam ada prob sikit...tak boleh fokus pada yang lain2..Emm..lagu kat Bisikan Rindu ni pun dah tukar...sayu je ati dengar lagu ni..lagu ni dapat dari isno budak group drama masa ari terakhir berlatih drama...









Oct 17, 2009

. : : Tak Sanggup Nak Tengok : : .

Salam Alaik..emm..kawan-kawan aku suka hntar komen camni kat tagged..Pict yang boleh wat aku muntah hijau la pendek katanya..Ari tu diorang hantar pict family picnic korban orang..Dah mcam zaman batu je aku tengok..Pict orang sembelih orang and lastly diorang agih-agihkan daging tuh...hukhukhuk..sehari aku tak lalu makan nasi..asyik nampak je camne keadaan orang yang dilapah-lapah tu...Pastu baru-baru ni kawan aku hantar lagi..adoii yai..aku pun slow2 scrol ke bawah nak tengok amende yang di hantar..Oleh kerana pict orang makan orang 2 aku tak nak masuk dalam entry ni la..Awal2 lagi aku delete...Ok..jom tengok pict2 yang dihantar tu..


Kenal tak amende dalam tuh...?


Ya..Seekor Ular sawa..yang kekenyangan...


Agak-agak amende yang dia makan sampai gemuk camtu?


Geli tol aku...huhuhu......




Jom tengok apa yang ada dalam perut ular ni...Juadah apa yang dia santap...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nampak tak ape.....



Ya..seorang Manusia....

Aku tak tahu la pict ni zaman bila..may b orang len dah lama tengok..aku baru2 ni je tengok..
Walau camne pun..ianya membuatkan aku terasa mual..So..jangan la tertido dalam utan kat Malaysia ni ye...Hutan negara lain tak tahu la..kot2 lagi ganas..takut kena ngap dengan binatang ni...Nauzubillah....WAllahu A'lam..



. : : Exam sem 3 : : .

Salam Alaik...cepat tol masa berlalu..ari ni dah start cuti study week...Paper aku bermula 27 hb ni...Rasa cam baru je masuk sem ni..tengok2 dah nak exam...subjek sem ni lebih susah dari sem lepas..Hope aku leh tingkatkan pointer dari sem lepas walaupun susah...Jadual exam aku :

Teknologi Dalam Pendidikan-27/10/2009: 15:30:00

Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan-28/10/2009 : 12:00:00

Kursus Pengurusan Persatuan 1-31/10/2009 :10:30:00

English Academic Communication- 02/11/2009 : 12:00:00

Fiqh Muamalat Dan Jinayat : 04/11/2009 :08:30:00

Maharat Al-Kitabah : 06/11/2009 : 08:30:00

Penulisan Makalah Arab : 09/11/2009 : 08:30:00

Al-Nahw wa Al-Sarf I : 11/11/2009 : 08:30:00

Psikologi Dakwah : 12/11/2009 :15:30:00

Jumlah kesemuanya subjek sem ni 9 subjek..Sem depan lagi susah...emm..Jadi dikesempatan ini..aku nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi yang akan exam..Gud luck..moga kita dapat menjawab dengan sebaiknya..








Oct 14, 2009

. : : Hari ini : : .

Salam Alaik..emm..x der pape pun yang nak aku coret..Just sebagai satu catatan yang mungkin boleh aku tengok balik di suatu ketika nanti..Alhamdulillah pagi tadi aku dah boleh hantar assgmnt photography..Sepatutnya kena serahkan dalam kelas petang semalam..Tapi disebabkan semua pelajar nak serah semalam so lect aku suruh hantar ke pejabat dia Hari ni..dari pagi sampai kul 4 petang tadi je..Kalau tak hantar maka berkuranglah markah ikut kelewatan tuh..Semalam bukan main kalut lagi aku nak lekatkan pict 2 dekat board hitam amende ntah nama board tu aku pun dah lupa..Lepas tu kena burn cd untuk lagi tiga tugasan.5 gambar daylight,5 gambar nightlight & 8-10 gambar berturutan..Pening kepala aku pikir gambar berturutan..Akhirnya boleh gak..

Ni la pict daylight yang aku print..pict burung merpati..bila dah print cantik lak aku tengok..tapi bukan puji pict sendiri tau...mata aku je la nmpak cantik camtu..



Gambar nightlight lak aku rasa cam ada risiko nak kena tolak markah..coz blur..yang tak blur lak posisi tak cantik..emm..biar r..aku x larat pikir dah..tak larat usung board ngan gambar tu merata-rata gi dah..dah nampak macam cikgu pendidikan seni lak aku ni..hehe..oleh kerana pict tu x cntik maka aku tak nak abadikan dalam kenangan kat sini..huhu..masa hantar pict2 tu tadi bukan hantar kat lect aku pun..hantar dekat orang2 dia je..rasanya diorang pun bahagian photography..coz aku tengok dok bawa kamera bsar 2 merata2..pastu dok tengok2 lak pict2 yang kami hantar & dok komen2 gambar yang orang-orang sebelum kami hantar..aku rasa cam nak kuar cepat2 je dari bilik 2..huhuhu..malu pict2 aku tu tak lawa..aku pun x berapa minat nak tengok..hukhukhuk...Pict yang kami ambil tu pulak tak boleh edit..Camne amik camtu la hantar..

Pagi tadi gak aku dapat balik assgmnt yang aku salah buat ari tu..so bertambah balik assgmnt yang aku kena siapkan..huhuhu..

K la..aku nak kena buat assgmnt len plak yang menanti..huhuhuhu...WAllahu A'lam..



Oct 12, 2009

. : : Yang Indah itu MilikNYA : : .

Salam Alaik....Yang Indah itu milikNYA..Kenapa DIA jadikan yang indah-indah itu? untuk tenangkan hati yang gusar..hati yang lara..Tatkala ini,hati inilah antaranya yang lara dan gusar..Emm..esok dah kena hantar assgmnt untuk photography..so tadi aku pun print la dua pict dengan saiz A3..1 untuk siang and 1 untuk malam..tapi aku print guna kertas biasa je la..bukan kertas gambar or kertas luar biasa yang lain..so dengan harga sekeping yang RM8 berbanding kertas luar biasa yang diprint oleh kawan-kawan aku,RM4.50,of course la yang luar biasa tu lebih untung kan..So..berlakula perbandingan di situ...tapi tak per la..biasa la tu kawan-kawan kan..kadang-kadang kawan ni diibarat macam chipsmore..kadang-kadang-kadang lak ada yang anggap macam 2 biji mata..macam-macam la kan..Aku menulis disini bukan untuk mencaci maki..bukan untuk luahkan ketidakpuasan hati..tapi just sebagai meringankan beban hati..aku kena fikir positif pada setiap kata-kata yang ku terima..mungkin perbandingan tu untuk memberi pengetahuan atau pendedahan kepada kawan-kawan aku yang tak print lagi kan..supaya tak rugi..tenang lah wahai hati (monolog sendiri)..apa-apa pun kawan-kawan aku tu sentiasa ada waktu aku susah..biasa la manusia mana ada yang sempurna kan..Jangan nangis tau wahai aini(mataku)Tapi aku rasa sekarang macam ada dalam kubur lak..tak ade sape nak tolong dalam masalah aku sekarang ni..mereka mampu mendengar tanpa sebarang kata..termasuk lah En.Shah..sampai ati..majuk r ari ni..no more sms or call untill tomorrow....tegar la wahai hati!! huhuhuhu



So bagi mengubat hati aku yang tengah lara dan gusar ini..aku nak merenung Keindahan milikNYA yang abadi..samada bergerak atau tidak bergerak..yang pasti hati ini amat tenang melihat kesemuanya..Namun terdetik juga bahawa suatu hari nanti aku tak mampu melihat semua itu lagi..jadi tataplah puas-puas farhah....tenanglah wahai hati..usirlah manik-manik jernih dari mengalir dari kedua aini..

Buat pengetahuan sesiapa yang baca entry nih..pict2 yang aku tunjukkan ini diambil semalam dekat area Melaka..





Nak duduk dekat sini jap ye..
nak tengok dari jauh ikan-ikan tu berenang..
bestnya jadi ikan tu..dah la cantik..tak ade masalah lak tu...
ikan....nak jadi macam ikan...




Bestya sekawan berenang...
Betul tak penjodoh bilangan tuh..
lemah tol nak jodoh-jodohkan bilangan nih..




Tak nak la jadi ikan tadi..cantik tapi kecik..
emm..nak jadi ikan ni la pulak..besar and menggerunkan..
huhuhu..yeke...
yela..kalau jatuh dalam tuh entah-entah kena telan hape...huhu




Tengok burung ni lak..
emm..nak jadi macam cik burung putih ni la..
maaf ye cik burung saya kurang arif tentang nama saudari...
huaaaaaa...
dah macam orang tak betul cik farhah zaidah ni..
tak centre dah otak dia...


kita jalan-jalan lagi ye..tengok binatang-binatang len pulak..



Hehe..jumpa binatang ni la..cumil2..
cayang dia..meh cayang ckit...(jgn curang yer cik farhah)
tak kisah ngah majuk ngan En.Shah..
cicak besar ni pun leh je...
huhu..parah dah ni...
tol ke cicak tu cik farhah..
tak kenal dah binatang apa....




Tak jadi la cayang En.Cicak..
nak peluk cayang En.Arnab cumil ni..
geram..geram..geram...
sudi tak En.Arnab...??




Eh2..jumpa abang buaya lak...
Jangan makan saya eh...tak kawin lagi..ngehngehngeh...

walaupun saya ngah serabut dengan masalah dunia saya tak nak mati dalam perut abang buaya..kecik sangat..
tak boleh guling-guling..
.liang lahad besar sikit..ok..




Ok..nak rehat dekat sini lak..
dah tenang sikit setelah menatap wajah-wajah kalian yang indah-indah itu...
makhluk Allah sepertiku...
WAllahu A'lam..