Aug 30, 2010

Minggu Yang Sangat Sibuk

Dear Diary...
KELETIHAN tidak dapat diluahkan lagi...Betapa tulangku terasa sengal..Tubuhku lesu dan mindaku sarat memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku...Betapa aku cukup letih..

Minggu lepas aku sangat busy...tambah pula laptop aku rosak...seminggu rasanya aku tak boleh on9 blog dan yang sama waktu dengannya..Tidak terasa sangat rasa kesunyian itu walaupun tiada laptop di sampingku sebab minggu lepas tiap-tiap hari ada latihan drama untuk kami persembahkan pada Festival Sehati Bersyariat 2010 yang merupakan salah satu program yang perlu kami lakukan dan beri komitmen untuk subjek pengurusan kokurikulum sekolah..

Tiap-tiap hari ada je kelapangan waktu atau tiada kelas,group kami akan berkumpul untuk bersimbiosis...heee...bekerjasama buat latihan...kadang-kadang sampai pukul 2 pagi baru balik kolej kediaman..keesokkannya pula kelas seawal pukul 8 pagi...huh...sangat la penat saat tuh...Group aku dapat tema 'indahnya hidup andai bersyariat' kena buat drama yang berkaitan dengan jinayat....dan persembahan sajak...tak semena-mena aku yang tak pernah bersajak sepanjang hayatku berusia 22 tahun ni diberi amanat untuk bersajak...puas aku mengadap youtube belajar intonasi dan sebagainya...Rasa janggal je aku rasa berada di pentas tersebut untuk bersajak...Tapi.....

ALHAMDULILLAH...kumpulan kami telah merangkul 3 anugerah...anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik...serta persembahan terbaik...secara tidak langsung kami berjaya dinobatkan sebagai juara untuk festival tersebut...Sorakan semangat kami apabila diumumkan merangkul ke semua anugerah tersebut bergema hebat..terasa sangat puas hati...segala penat lelah terasa terbayar....


Bergambar kenangan setelah majlis bersurai..


Anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik..

aku yang tak pandai bersajak...huhu


Hari Rabu minggu lepas bersamaan dengan 25 hb 8 2010 sambutan Hari Wanita telah diadakan di uni aku...Antara yang turut hadir PM dan Dato'Sri Shahrizat Abdul Jalil..Pada hari tersebut, aku dan kawan-kawan yang lain turut serta menjayakan majlis tadarus sempena hari wanita di masjid ukm..Alhamdulillah dapat bawa pulang beberapa barangan cenderahati untuk dibuat kenang-kenangan...Antaranya senaskhah Al-Quran,t-shirt 1 Azam,beg,majalah perempuan, buku nota, pen, serunding, buah kurma,air minuman dan sebagainya...


Antara peserta yang turut hadir...
yang tengah-tengah tuh kawan aku..

Agak skema jalan penceritaan aku kali nih memandangkan otak yang tengah lesu nih...itu je untuk hari ini...ada mood jiwang ngah melanda ati...ada mood duka melanda hati...kedua-duanya bercantum menjadi satu...

0 comments: