Oct 12, 2010

Generasi Cergas Mencetus Revolusi Pendidik

Sireh berlipat sireh pinang,
sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka kata..

Mati Jebat dihujung keris,
Kerna durhaka kepada sultan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Berbesar hati kami alukan.....

Dear Diary
BERGEMA seketika perkarangan stadium ukm dengan tepukan gemuruh dari kawan-kawan sekuliahku pabila rangkap pantun tersebut ku alunkan..Buat pertama kalinya aku berdiri di rostrum sebagai pengerusi majlis..debaran didada kian hebat pabila ku perhatikan helaian teks majlis penyampaian hadiah...hanya ada 2 perenggan teks,yang lainnya kosong! gementar bukan kepalang..tak tahu siapa yang patut aku jemput memandangkan VIP yang dikatakan tidak jadi hadir tiba-tiba hadir,perasmi yang dikatakan tidak jadi rasmi juga turut hadir..peluh memercik di dahi...Tak tahu pangkat apa yang harus ku gelarkan kepada mereka...Prof atau Prof Madya atau Dr?

Alhamdulillah unit protokol tidak membiarkan aku terkebil-kebil sendirian..satu persatu diajarnya aku...Walau bagaimana pun tetap ada cacatnya kerna aku gementar...huhuhu..

Pagi sebelum majlis perasmian penutup,aku jua diamanahkan sebagai pengerusi majlis untuk acara perbarisan...Sesedap mulut sahaja aku menyebut tiap baris kata...Mujurlah pagi tuh hanya seorang VIP sahaja..Iaitu penyelaras kursus Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Berakhir sudah Karnival Sukaneka dan Jamuan Raya tersebut maka berakhirlah program-program untuk kursus tersebut..Sem ni lah paling memenatkan...tak sabar rasanya nak habiskan sem nih...sekarang assgment berbaris-baris menunggu giliran untuk disempurnakan..



Antara permainan yang diadakan;
makan buah tembikai sampai licin..
gambar diorang tengah makan aku tak boleh letak kat sini la..
coz pelahap sangat..
sapa nak wat jadi menantu cancel terus...heee



tiup belon paling besar



Anyam ketupat..
menggeletar tangan diorang...heee




Kawan-kawanku yang cumillll...
maskot group diorang
ladybird



Sekarang juga dalam dilema sama ada mahu turut serta atau tidak untuk menjadi fasilitator program di Kluang Johor..Tak sampai hati untuk menolak permintaan kawan kerna program kami ke Pahang dulu jua dibantu oleh mereka...dalam masa yang sama terlalu banyak assgment untuk disempurnakan...


Penat sangat...
rasa semacam mahu tido dan tak nak bangun lagi dah...





3 comments:

Amni said...

Pegi jangan tak pegi.. SERONOK! t dah kerja tak de masa dah nak buat kerja tu semua.. ngeee.... kalau saya makan tembikai tu, gerenti menang! wahahah... sebab itu fav saya... =P

Poyaty said...

bakal pendidik juga? welcome to the club :D

Farhah Zaidah said...

Amni-heee...klu pikirkan tringin nak tgok johor,rasa mcm nak g..tpi assgmnt x settle g...mnggu dpan byk assgmnt kna hntr...huhuhu

Poyaty- Heee...haah..bakal pendidik juga..tpi lg setaun nk abis tauliah...hee