Oct 28, 2010

Sesi berlapang dada...

Dear Diary...

Sesi Berlapang Dada

Sampai sudah sesi yang ku tunggu-tunggu...sesi berlapang dada..hahaha..baru habis 4 paper secara bermati-matian 3 hari berturut-turut..kini saya boleh berlapang dada cuma hari ini dan esok...sangat kesian untuk diri sendiri..Owh baru teringat,tadi masa menjawab kertas soalan Pengurusan kokurikulum sekolah...ada satu soalan tuh telah berjaya membuatkan saya ketawa secara dalam hati tapi terukir juga senyuman di wajah..

Jawapan semacam gelihati

Soalannya..
Apakah jenis kecederaan yang selalu berlaku dalam sukan?
  • Terpelecuk
  • Patah
  • Parkinson
  • Koyak otot
A. i,ii & iii
B. i.iii & iv
C. ii,iii & iv
D. i,ii,iii & iv

Tercuit hati saya dengan 'parkinson' tuh...Tengok...semua pilihan jawapannya ada no iii,iaitu parkinson.. Sangat tamak dan tidak adil...semuanya parkinson nak bolot...setahu saya setelah study secara bermati-matian pagi tadi tak ada pulak statement yang mengatakan boleh dapat parkinson time sukan! entah lah.. Saya pilih D! hahaha...saya lagi tamak dari parkinson tuh..sapa suruh dia jadi distraktor untuk saya..selain dari parkinson tuh memang ada dalam nota...tapi parkinson tuh?? betul-betul distraktor la jawapan tuh..Bikin saya pusing dan rasa semacam nak gelak kuat-kuat dalam dewan... =P

Okeh-okeh sudah...biarlah..mungkin saya tak tahu itu adalah kecederaan baru..hahaha...rasa semacam ambil kos pendidikan sukan pulak bila jawab paper tadi...Okey...ada agenda lain selain berlapang dada....

Kesimpulannya,perlu banyak study..kalau tidak anda bakal berjumpa jawapan-jawapan yang geli hati sendiri....tinggal 4 paper lagi perlu berusaha secara bermati-matian lagi..

cerita tamat~



0 comments: