Dec 25, 2010

Cintaku padamu adalah Pemalar!

Dear Diary...

(Ini sidang cinta,boleh pergi main jauh-jauh..! pergilah! takut muntah ijau nanti )

Cintaku Padamu adalah Pemalar!
Bila keseorangan di bilik tambah-tambah di hujung minggu begini,aku jadik sangat dramatik..aku mula membuka sidang cinta..masuk ke dunia fantasi..melayan perasaan yang selalu perasan..huh.. bangun pagi-pagi,membuka mukabuku,memberi dan menerima salam,chatting sikit-sikit dengan shuhada dan kemudian mandi..semuanya tidak memberi warna pelangi dan tidak menyuburkan taman hati..sebab en.kekasih hati busy akhir-akhir ini..siang dan malamku sama sahaja..gelap gelita.. sebab bilik aku memang gelap la..tadi cuba call beliau..tapi beliau tak jawab pun...huh....ada keluhan keciwa dari aku...tak puas jumpa baru-baru ini..terlalu cepat masa berlalu....kadang-kadang mengharapkan satu magik beliau muncul didepanku tiba-tiba...! emm..walaupun masa memisahkan aku dengan beliau,ku pujuk hatiku jangan buat perangai macam kambing.. cuba-cuba memahami....kasih,cintaku padamu adalah pemalar bukan sekali pemboleh ubah dimanipulasi...ku harapkan hubungan ini mengalami pecutan seragam sampai ke akhir waktuku...



Awak..
ari tuh jumpa kejap sangat..
rindu saya tak hilang lagi...
tak sabar nak jumpa lagi....

Esok
Esok,mungkin aku masih amalkan rutin yang sama semacam hari ini..kalau boleh mahu bertenggek tepi tingkap..layan perasaan sendiri....teringin nak kemana-mana sahaja..ikutkan rasa,ingin sahaja aku melangkah tanpa arah..membeli belah semacam lupa berpijak di bumi yang nyata....

Okeh,sidang tamat..boleh bersurai...

0 comments: