Dec 23, 2010

Warkah untuk hawa

Entry sebelum-sebelum nih ada aku cakap aku rindukan taman-taman ilmu yang dulu selalu mewangi disekelilingku.So,cuti semester baru-baru nih,aku cari gali semula risalah-risalah nasihat yang selalu ku terima.so kali nih aku ingin kongsi disini..

Dulu,masa aku masih lagi di bangku sekolah,selalu aku terbaca warkah dari adam untuk hawa dan warkah hawa untuk Adam.Sekolah aku dulu kami di asingkan putera dan puterinya..so bila dapat warkah dari Adam untuk Hawa,mestilah datangnya dari badan pengawas or dakwah putera,agak-agak aku la..so sekarang aku nak kongsikan warkah tuh untuk renungan kita semua..



Warkah Untuk Hawa


Hawa,
Keindahan mu itu bukanlah barang jualan untuk diperdagangkan,bukan juga bahan pameran untuk ditayangkan, tapi adalah anugerah untuk kau pelihara dan syukuri,kecantikan merupakan satu rahsia,bilamana rahsia terbuka ianya menjadi soal biasa yang tidak menimbulkan rasa,daya dan gaya. Setelah itu, dimana lagi keistimewaan golongan yang bernama wanita.

Aduhai Hawa,
Usahlah lupa,wanita pernah diperhamba dan maruahmu pernah diperjaja.Ketika itu,dimana martabatmu dan dimana harga harga keindahan tubuhmu dicelahan kegelapan itu,Islam hadir menyirna kejahilan,membawa hijab menutupi keayuanmu, dan membawa keimanan memartabat maruah.

Mengapa Hawa?
Tika dalam zaman gelita kau diperkosa namun setelah hadirnya cahaya kau menjadi lupa.Mengapa kini kau tanggalkan pakaian islam yang telah memartabatkanmu, dan kini mengapa kau tinggalkan keimanan yang telah memuliakanmu.Apakah dikau inginkan kehinaan terus menghiasi insan yang bergelar Hawa.?

Renungkanlah Hawa,
Cukuplah fitnahmu menggegar dunia,cukuplah kecantikanmu menggelorakan jiwa,dan cukuplah lenggokmu mencairkan takwa.Usahlah kau peragakan lagi kejelitaanmu sekadar mencari kasih yang fana. Selubungilah jiwamu dengan takwa agar keabadian cintaNya hadir membahagiakanmu.Tiada erti kasih manusia tanpa rahmat dan redhaNya.

Sedarlah Hawa,
Harga dirimu terlalu tinggi.Namun mengapa dikau sanggup menjajanya.Dikaulah perhiasan dunia yang berharga.Tanpamu tiadalah seri yang menghiasi darul fana ini. Kembalilah sinar keimanan Maryam di dalam dirimu. Semailah ketabahan Hajar di sanubarimu. Tanamlah ketaqwaan Rabiatul Adawiyah di dalam jiwamu agar kesuraman dunia akan tersirna. Sesungguhnya Adam tidak mampu berdiri teguh tanpa insan yang bergelar Hawa.

Sekian..
Seorang Hawa


8 comments:

khairunnisa ♥ said...

whoa terima kasih kak farhah..hm, hope tak lari dari semua tu. amin.

have a nice day sis ♥

Farhah Zaidah said...

khairunnisa- sama-sama kasih nisa.. InsyaAllah kta cuba didik diri kta tak lari dari syariatnya...hee.. thanks dik..

Aqila Safuan said...

nice entry ; ))))))))))))))))))

Farhah Zaidah said...

tima kasih...ingat mengingati sesama kita...

chittysarah said...

nice!
i like~~
semoga sentiasa diingati~~

Farhah Zaidah said...

chittysarah-insyaAllah semoga kta x lupa... =)

Izzah said...

mntak izin copy,ya?

Farhah Zaidah said...

emm..silakan...