Dec 29, 2010

Morning Sunshine

Salam Alaik...Morning sunshine...konon-kononnya bangun semacam sebelum subuh...tunggu fajar siddiq..hahaa...tapi betul la bangun awal nih...semalam pukul 9 dah semacam mengantuk tapi semacam pelik kalau aku tidur pukul 9..so menjadi gagah jugak tunggu sampai pukul 10...baru tidur..lepas tuh asyik terjaga...
Bangun dengan senyuman..sebab ari nih tak ada kelas...haha...syiokkkkkkkkk oo..(cikgu nih malas belajar..)


Thanks Izzah
Coz bagi bunga untuk akak...heee...comey la..nanti lepas nih boleh la akak lukis bunga macam nih pulak...

ni picture bunga 
yang izzah lukis macam tutorial cantum-cantum ari tuh..hee..

Kalau la

Ari tuh bohsan..masuk je ari isnin buzy la pulak...mata asyik ngantuk je..otak jamm nak pikir nak lukis apa...so layan dulu la citer kat bawah nih...yang dah lama dah lukis...tajuknya 'kalau..' kita selalu berkalau.. mungkin disebabkan kalau la kita akan menyesal di kemudian ari tapi tidak berguna lagi ye...nih kartun yang masa baru-baru lukis dulu...tak stabil sikit..panjang sebelah tangan la...besar sebelah la..tapi tak apa la..semat jugak kot..haha





Sekian..
Gadis berkalau...(-,-)





Dec 26, 2010

Bohsan & Bila & Tapi

Bohsan
Bila bosan macam-macam perkara aku pikir untuk penuhi kebosanan..membuat perkara-perkara makruh la terutamanya..jalan-jalan,shopping-shopping..tapi semacam bertambah bosan kalau buat perkara makruh tuh secara solo..sekurang-kurangnya buat secara berduet barulah syok sikit kan..


Pagi-pagi aku dah buka buku,buku yang ada muka la..buku lain belom beli..heee...nampak shuhada kawan dari kecik sampai ke uni berwarna ijau di fb chat..so tegur beliau,dengan setinggi harapan beliau faham kebohsanan aku..tapi hampeh..beliau buat-buat tak faham...ceit...kecewa...


Memandangkan aku bosan apa kata kita renung-renung,tenung-tenung kartun lidi kat bawah nih..mudah-mudahan dapat ingat mengingat...dah lama der wa peram jadi pekasam dalam wa punya d...tajuknya wa letak 'bila dan tapi' alaah..dulu wa selalu dapat mesej macam nih..(adesss..terbawa-bawa lak cakap macam tuh...)


Bila & Tapi







Sekian..
Gadis Bohsan...



Dec 25, 2010

Cintaku padamu adalah Pemalar!

Dear Diary...

(Ini sidang cinta,boleh pergi main jauh-jauh..! pergilah! takut muntah ijau nanti )

Cintaku Padamu adalah Pemalar!
Bila keseorangan di bilik tambah-tambah di hujung minggu begini,aku jadik sangat dramatik..aku mula membuka sidang cinta..masuk ke dunia fantasi..melayan perasaan yang selalu perasan..huh.. bangun pagi-pagi,membuka mukabuku,memberi dan menerima salam,chatting sikit-sikit dengan shuhada dan kemudian mandi..semuanya tidak memberi warna pelangi dan tidak menyuburkan taman hati..sebab en.kekasih hati busy akhir-akhir ini..siang dan malamku sama sahaja..gelap gelita.. sebab bilik aku memang gelap la..tadi cuba call beliau..tapi beliau tak jawab pun...huh....ada keluhan keciwa dari aku...tak puas jumpa baru-baru ini..terlalu cepat masa berlalu....kadang-kadang mengharapkan satu magik beliau muncul didepanku tiba-tiba...! emm..walaupun masa memisahkan aku dengan beliau,ku pujuk hatiku jangan buat perangai macam kambing.. cuba-cuba memahami....kasih,cintaku padamu adalah pemalar bukan sekali pemboleh ubah dimanipulasi...ku harapkan hubungan ini mengalami pecutan seragam sampai ke akhir waktuku...



Awak..
ari tuh jumpa kejap sangat..
rindu saya tak hilang lagi...
tak sabar nak jumpa lagi....

Esok
Esok,mungkin aku masih amalkan rutin yang sama semacam hari ini..kalau boleh mahu bertenggek tepi tingkap..layan perasaan sendiri....teringin nak kemana-mana sahaja..ikutkan rasa,ingin sahaja aku melangkah tanpa arah..membeli belah semacam lupa berpijak di bumi yang nyata....

Okeh,sidang tamat..boleh bersurai...

Thanks Aten...

Salam Alaik..



Thanks Aten..
thanks sebab bagi hadiah nih..hee..cantik sangat..pandai aten buat..saya buat pun tak jadi semacam cute macam aten punya...semalam aten minta saya ajarkan dia buat kartun yang macam saya buat tuh...so saya ajarkan aten seperti di entry ini..bertungkus lumus saya cuba buat entry tuh semalam sebab tak nak hampakan permintaan seorang kawan.. =) Alhamdulillah ilmu yang tak seberapa tuh membantu jugak kepada si aten ni..kawan baru saya...malah hasil yang dia buat lebih cantik dan comey dari yang saya hasilkan.. hee.. lawan towkey nampak ye...hee..setiap orang punyai imaginasi tersendiri,so sebab tuh saya ajarkan pengetahuan saya tuh..dan saya tau siapa-siapa pun yang mencuba akan hasilkan sesuatu yang lebih baik.. proses pembelajaran berlaku di situ ye..

6 Soalan Yang dijawab Imam Al-Ghazali

6 Soalan Yang Dijawab Imam Al-Ghazali













Cantum-cantum jadi orang lidi

Cantum-cantum jadi orang lidi


Salam Alaik...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W,kaum keluarga dan para sahabat baginda,Anbiya',Aulia, dan syuhada serta sekalian Mukmin..

Selagi bumi masih berputar,selagi siang dan malam bertukar,selagi itulah tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Tanggungjawab saya kali ini untuk penuhi permintaan seorang sahabat baru saya.. =) dia bertanyakan saya macam mana buat pict kartun tomey yang saya buat dalam entry tuh..



walaupun saya tidak la pandai sangat bab melukis dengan software nih,namun ilmu yang sedikit tidak salah bukan untuk dikongsi bersama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :


sebenarnya dulu saya teringin nak belajar lukis kartun yang muslimah tuh,yang pakai tudung comel-comel tuh... tujuan utama masa tuh saya nak buat video yang tacing2 tuh untuk kasih tambatan hati saya..punya la cari gali kat youtube teknik nak melukis...saya terjumpa video untuk lukis kartun bertudung.. tapi memandangkan jari-jemari saya nih tak pandai melukis dengan mouse maka jadilah kartun bertudung kepada kartun pakai guni kat kepala bukan tudung..so saya still tak puas hati dan terus mencari,tetiba jumpa video untuk lukis macam lukisan zackzukhairi.. lukis dengan adobe photoshop..okeh,tapi kalau dah dicipta dan ditakdirkan jari-jemari keras ni lukis telur pun jadi empat segi okeh...heee...so,tanpa berputus asa,ntah macam mana terjumpa kartun emo nih.....


So Allah buka kan minda saya untuk try lukis dengan photoscape..dapat penyelesaian jari keras nih..tapi bukan lukis kot..saya cantum-cantumkan bentuk-bentuk bulat,3 segi ,4 segi dan huruf-huruf tertentu.. so saya tunjukkan sedikit sebanyak camne saya buat kartun tak berapa nak comey tuh..

1.Mula-mula buka photoscape..dan klik pada menu kat ujung sebelah atas tuh..macam gambar dekat bawah..pilih new photo..dan akan kuar saiz yang dikehendaki..Kemudian,tetapkan ukuran gambar yang ingin dibuat,contoh seperti yang saya buat width: 500 dan Height : 350



2. Kemudian,klik objek seperti bulatan yang bertanda no 1. dibawah,diikuti dengan memilih objek berbentuk bulatan seperti no.2 yang saya tandakan..seterusnya tarik cursor membentuk bulatan seperti no.3 yang telah saya tandakan..



3. Seterusnya,untuk membentuk matanya,klik sekali lagi pada bentuk bulatan seperti tadi..tapi buat bentuk bulatan saiz lebih kecil..mata tak kan sama besar dengan kepala lak kan..hee...macam gambar dibawah.. lihat no.2 yang saya tandakan di gambar rajah,lambang tambah tuh.okeh,klik lambang tambah tuh untuk dapatkan satu lagi bentuk bulatan..untuk dijadikan mata keduanya..emm? faham tak ye..harap-harap faham la ye apa saya terangkan nih..


4. Kemudian pindahkan kedua-dua bulat-bulat kecil tadi ke dalam bulat besar..


5. Lepas tuh,Untuk buat mulut dia lak,saya guna huruf..dengan tulisan complete in him..saya ambil huruf c dan masukkan ke dalam bulat besar tadi...seperti gambar di bawah...


6. Untuk buat badan pula,saya ambil line pada objek..klik line..seperti no.1 yang saya tandakan dalam gambar rajah..dan bentukkan 3 line..2 untuk sisi dan 1 untuk tapak..seperti gambar di bawah..


7. Seterusnya bentukkan tangan kartun tersebut,untuk tangan seperti teknik membuat mulut tadi.saya ambil tulisan dengan klik simbol 'T' kemudian saya taip huruf 'V'...masukkan huruf v tadi ke dalam badan kartun tuh..seperti gambar di bawah..


8. Okeh siap sudah main cantum-cantum bentuk dan huruf...heee =)


9. Kalau nak warnakan pula,boleh la gunakan photoshop..klik file--> open..kemudian klik quick selection tool seperti yang saya bulatkan...bawa cursor ke kartun tuh dan klik..


10. kemudian klik edit...pilih fill..


11. kemudian pilih colour..pilihlah kaler apa pun yang anda suka..then klik ok..



12. dah siap kaler suma,klik file save as..save lah...okeh...! siap sudah..
Dengan harapan aten Natra faham ye... =)









Dec 23, 2010

Warkah untuk hawa

Entry sebelum-sebelum nih ada aku cakap aku rindukan taman-taman ilmu yang dulu selalu mewangi disekelilingku.So,cuti semester baru-baru nih,aku cari gali semula risalah-risalah nasihat yang selalu ku terima.so kali nih aku ingin kongsi disini..

Dulu,masa aku masih lagi di bangku sekolah,selalu aku terbaca warkah dari adam untuk hawa dan warkah hawa untuk Adam.Sekolah aku dulu kami di asingkan putera dan puterinya..so bila dapat warkah dari Adam untuk Hawa,mestilah datangnya dari badan pengawas or dakwah putera,agak-agak aku la..so sekarang aku nak kongsikan warkah tuh untuk renungan kita semua..



Warkah Untuk Hawa


Hawa,
Keindahan mu itu bukanlah barang jualan untuk diperdagangkan,bukan juga bahan pameran untuk ditayangkan, tapi adalah anugerah untuk kau pelihara dan syukuri,kecantikan merupakan satu rahsia,bilamana rahsia terbuka ianya menjadi soal biasa yang tidak menimbulkan rasa,daya dan gaya. Setelah itu, dimana lagi keistimewaan golongan yang bernama wanita.

Aduhai Hawa,
Usahlah lupa,wanita pernah diperhamba dan maruahmu pernah diperjaja.Ketika itu,dimana martabatmu dan dimana harga harga keindahan tubuhmu dicelahan kegelapan itu,Islam hadir menyirna kejahilan,membawa hijab menutupi keayuanmu, dan membawa keimanan memartabat maruah.

Mengapa Hawa?
Tika dalam zaman gelita kau diperkosa namun setelah hadirnya cahaya kau menjadi lupa.Mengapa kini kau tanggalkan pakaian islam yang telah memartabatkanmu, dan kini mengapa kau tinggalkan keimanan yang telah memuliakanmu.Apakah dikau inginkan kehinaan terus menghiasi insan yang bergelar Hawa.?

Renungkanlah Hawa,
Cukuplah fitnahmu menggegar dunia,cukuplah kecantikanmu menggelorakan jiwa,dan cukuplah lenggokmu mencairkan takwa.Usahlah kau peragakan lagi kejelitaanmu sekadar mencari kasih yang fana. Selubungilah jiwamu dengan takwa agar keabadian cintaNya hadir membahagiakanmu.Tiada erti kasih manusia tanpa rahmat dan redhaNya.

Sedarlah Hawa,
Harga dirimu terlalu tinggi.Namun mengapa dikau sanggup menjajanya.Dikaulah perhiasan dunia yang berharga.Tanpamu tiadalah seri yang menghiasi darul fana ini. Kembalilah sinar keimanan Maryam di dalam dirimu. Semailah ketabahan Hajar di sanubarimu. Tanamlah ketaqwaan Rabiatul Adawiyah di dalam jiwamu agar kesuraman dunia akan tersirna. Sesungguhnya Adam tidak mampu berdiri teguh tanpa insan yang bergelar Hawa.

Sekian..
Seorang Hawa


Dec 22, 2010

Runsing

Dear Diary..

Runsing
Kepala runsing dan berpusing..Emm..esok kelas tak ada..super duper power happy la aku..rungsing sebab nak keluar tapi tak berapa enak sebab aku belum jadi kaya sementara lagi..pinjaman belum masuk..nama pun pinjaman opkos la kaya sementara je..tapi barang keperluan kekurangan..adess..

Pening
Sem nih rasanya macam duduk dalam heaven..heee..sebab sem nih semacam banyak ruang kosong je..buat masa sekarang just isnin,selasa dan jumaat je kelas..tapi mungkin minggu nih je aku rasa semacam kosong atau sifar tetapi minggu depan mungkin sebaliknya..tapi kan subjek kelas petang tadi bikin kepala aku semacam pening..Sains kehidupan dalam pendidikan...Tak ada exam,tapi ada kuiz & projek...itu aku tidak suka...pening..pening..pening..

Langsing
Saya sudah langsing! owh...statement bohong mungkin..sebab aku pergi kuliah tadi dengan menggayakan baju adik aku,dengan harapan ada yang datang dengan puji-pujian..namun tiada siapa pun cakap 'weh! aku nampak hang makin kecik la!' 'ko nampak kurus la' ..tak dak okeh..so misi impossible la kot.. woooahhh...mau nangis r..nape aku sorang je rasa macam dah kurang sikit kilogram daging plus lemak aku nih tapi orang len tak rasa pun...esok kalau jumpa en.kekasih ati lagi-lagi la beliau tuh tak kan nampak baka cantik mula berkembang dalam diri aku nih...maka dengan cemerlangnya beliau akan kutuk aku..adess...tekanan..

Jelesing
Jelesing okeh..sebab ini bulan 12..bulan penamat tahun,maka ramai dikalangan umat manusia pun turut menamatkan zaman bujang..sama ada menikah atau bertunang...so di kalangan kawan-kawan aku pun ada yang ambil bahagian secara berpasang-pasangan..aku? tak tau bila..jeles tengok mereka di dalam busana yang amat la super power cantik tuh...Xpa2 farhah,sabaq2...tambah kekuatan iman dulu..sabar kan separuh dari iman..heee..

Renungan
Okeh..mata sudah mengantuk,rasa berpusing-pusing..sebelum tido..sebagai renungan untuk diri sendiri..



Sekian,
Gadis Runsing..


Dec 21, 2010

Salahkah cinta?

Dear Diary..
Cuti sem lepas..hujan kerap sangat,lecah or becak sana sini,so susah la aku nak ambil gambar keliling kampung...jadi bosan-bosan duduk rumah,aku dapat satu kegilaan baru..kegilaan untuk buat kartun lidi macam selalu orang lain buat tuh...masa mula-mula buat tuh tak cantik sangat-sangat...lama-lama aku cantumkan bentuk-bentuk dan huruf untuk jadikan orang lidi nih..aku main cantum-camtum semacam puzzle..baru comel sikit..heee...kat bawah nih antara yang awal-awal aku try test buat...