Dec 29, 2011

Kela Camp Best!

Dear Istana Cinta,



Sudah 2 hari pulang dari Kela Adventure Camp Raub Pahang. Best! Sangat best la.. Masa mula-mula tuh, sebelum pergi ke kem nih memang dalam kepala pikir macam tak best je.. 4 hari tak ada coverage la, pikir nak kena buat aktiviti lasak2 la.. TAPI.......... Bila dah sampai sana best yang amat saya rasa.. sekarang terasa rindu-rinduan lagi kat tempat tuh... Macam-macam aktiviti yang kami buat, jurulatih-jurulatih lak kebanyakkannya terdiri dari bekas tentera.. baik lak tuh melayan kami walaupun selalu juga kami tak tepati masa.. nasib tak kena denda rendam dalam sungai kan...huhuhu...


kawan-kawan saya yang suka durian tiap-tiap hari diorang makan durian..
siap dapat bawak balik lagi..
saya pulak tengok durian tak bernafsu...
sebabnya saya memang tak suka durian..huhuhu

Untuk program kali nih gabung antara tahun 3 dan tahun 4 program Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Antara aktiviti yang kami buat kat sana water confident, water tracking, cabaran berakit, burma bridge, flying fox, silara bridge, jungle tracking, night walk, latihan jasmani, group aktiviti, anyam atap dan lain-lain lagi la..

Ari 1st kami sampai, kami diberi penempatan iaitu kami tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada buluh dan beratap daun. Rumah yang saya duduk untuk 4 orang je..muat-muat je dengan 4 orang... saya, shuhada, ina dan husna.. malam tuh ada aktiviti night walk.. Berjalan dalam hutan sekitar jam 9.30 macam tuh kot kami mula berjalan dalam hutan. dalam pukul 12 baru kami balik semula ke kem..satu-persatu kumpulan dilepaskan masuk ke dalam hutan.. hanya dengan berbekalkan 2 lampu suluh.. Malam tuh, kami berjalan dalam hutan kelapa sawit. Kami ada 10 kumpulan jadi dibahagi 2. kumpulan angka genap masuk hutan kelapa sawit, kumpulan angka ganjil masuk hutan getah. 


Sebelum berjalan malam dalam hutan panaskan badan dulu...

Susah jugak berjalan dalam hutan tanpa lampu yang banyak, tergelincir la. masuk lopak air la.. kena gigit agas la.. pacat lagi.. bunyi binatang la.. kami cuma berjalan ikut lampu yang dipasang oleh jurulatih.. lampu waran merah yang berkelip-kelip.. Mula-mula bergerak dalam kumpulan sampai tengah hutan kami berhenti sebab pakcik tuh nak ajar kami dengar bunyi yang dibuat oleh binatang dan bunyi yang dibuat oleh manusia.. dapat pengetahuan baru, rasa macam duduk dekat rumah pernah je dengar bunyi tertentu yang disangka binatang rupa-rupanya manusia.. Selesai dengar bunyi-bunyian tuh, kami teruskan perjalanan dalam kumpulan. sampai lah ke check point terakhir, kami kena bergerak seorang demi seorang dalam hutan tuh.. takut juga la.. saya langkah luas-luas time berjalan sorang-sorang sebab nak bagi cepat sampai.. hehehehe...



nih gambar kawan saya masa meredah arus sungai,
masa nih saya dah selamat sampai pun...

Hari kedua, aktiviti jungle tracking pula, sebelum masuk hutan kami kena meredah arus sungai dahulu sebab hutan simpan pahang tuh, terletak di seberang sungai.. disebabkan arus sungai kuat kami kena meredah dengan tali.. Masa orang pertama meredah sungai tuh cuak juga tengok sebab dia terlepas dari tali dan di bawa arus, tapi jurulatih semua hebat-hebat, mereka boleh tahan budak-budak yang terlepas dari tali.. yang kurus-kurus, kebanyakkannya terlepas dari tali la... di bawa arus.. yang besar-besar macam saya nih boleh bertahan lagi.. cuma ada jugak yang kaki kejang tiba-tiba.. macam-macam la kerenah..heeeee...


nih la titian silara..
gambar kat atas nih ketua batch kami..


Selesai jungle tracking, petang tuh aktiviti burma bridge, flying fox dan silara bridge. saya tak berapa suka burma bridge & silara bridge sebab saya gayat bila kena berjalan atas satu tali.. tambah-tambah silara bridge sebab kat bawah air sungai yang sedang mengalir.. saya jadi pening tengok arus sungai tuh.. saya jalan lambat macam siput kot time tuh...huhuhuhuhu... ketaq kaki ceq...

Hari ketiga baru lah aktiviti water confident, kalau ikutkan aktiviti nih ari kedua tapi memandangkan air pasang, dan keruh jadi terpaksa la tunda sampai ke hari ke tiha.. Alhamdulillah malam hari kedua hujan tak turun jadi air dah jernih, arus pun dah tak berapa kuat.. 

 masa aktiviti water confident kami diajar cara-cara terapung dalam air. Mula-mula macam risau jugak sebab rasa macam tak boleh je nak buat terapung, tapi bila pakcik tuh lepaskan saya dalam air baru la saya tau boleh terapung jugak saya nih... kehkehkeh.. tapi air tuh macam berpusing-pusing, saya pun ikut berpusing-pusing dalam air lepas tuh kepala saya terhantuk dekat batu.. Comfirm kelakar je rupa saya time tuh...

Selesai buat terapung dalam air, kami teruskan dengan water tracking.. Iaitu berjalan dalam air.. Berjalan dalam air kena berhati-hati juga sebab ada batu-batu yang licin. Masa nak letak kaki dalam air kena pastikan tempat yang nak pijak tuh ok, baru lah pijak.. Tempat-tempat yang arus deras memang jurulatih akan tunggu dan tolong kami.. Selesai water tracking barulah kami boleh berakit.. 

Kalau ikutkan 1 rakit, 3 peserta perempuan dan seorang peserta lelaki.. tapi tengok saiz rakit jugak la.. macam rakit yang saya naik saya dan 2 kawan perempuan je.. sebab masa peserta lelaki tuh nak naik, rakit kami macam nak tenggelam.. hehehe.. sebelum naik rakit, jurulatih bagi taklimat dulu.. cara nak kemudi rakit, kalau rakit nak ke tebing sungai kena buat macam mana, kalau nak break macam mana, kalau break emergency kena buat apa.. so kami bertiga kemudi lah rakit tuh... 

masa di awal perjalanan memang selalu sangat terbabas.. yela nak bawa rakit bukan boleh main kayuh je.. buluh rakit yang kita pegang tuh kena cacakkan dalam air.. kalau kayuh macam kayuh kayak memang rakit tuh asyik nak serong ke kiri atau kanan tebing je.. banyak kali jugak la kena terjun dalam sungai sebab emergency kes.. Mula-mula saya duduk dekat depan sekali sebab nak kemudi rakit la kononnya, Shuhada duduk dekat tengah, Sharifah duduk belakang sekali.. lepas terbabas saya bagi shuhada pula bawah.. lepas tuh shuhada pula bawa terbabas masuk bawa pokok, buluh rakit sangkut dekat pokok.. Sharifah dah selamat terjun kami dua pulak dok beraksi tido atas rakit sebab tak nak terlanggar dengan pokok tuh.. Pakcik tuh suruh terjun baru kami terjun.. 

Lama jugak berendam dalam air.. dari pukul 10 pagi macam tuh sampai pukul 3.30 petang.. baru naik atas darat makan nasik.. walaupun tak makan nasik masa tuh larat jugak bawa rakit...hehehehe..


Dari kiri shuhada, saya dan sharifah..
Masa nih baru lepas terbabas..
nak gerak semula rakit tuh.
asalnya saya jadi pemandu yang duduk belakang..
time terbabas tuh saya cuba nak pegang rakit tak nak terlepas tapi saya lak terjatuh dalam air
sebab dibawa arus. jatuh atas batu lak tuh. tangan luka-luka, lutut lebam-lebam sampai ari nih..
huhuhuhu..

Selesai semua aktiviti tuh, petang hari ketiga kami cuma buat latihan untuk malam persembahan je.. kumpulan saya kena buat drama & boria.. Dapat persembahan terbaik lak tuh boria... hahaha...macam apa gi... banyak sangat gambar yang diambil tapi semuanya ada dekat cameraman.. kami bawa sorang cameraman untuk ambil gambar sepanjang program.. kalau nak ambil sendiri memang tak sempat la..

Emmm...next time kalau blogger nak buat gathering boleh la buat kat Kela Adventure Camp.. mencabar sikit, boleh belajar benda baru, boleh rapatkan sillaturrahim sekaligus bila buat aktiviti berkumpulan macam nih...kan? heeee.. owh ye..kalau nak tengok blog Kela Camp boleh singgah SINI

Ok.. entry tamat! dah berjela taip..naik juling mata...

Dec 22, 2011

Koleksi Tempahan dari Istana Cinta Lagi

Dear Istana Cinta..

Title entry Koleksi Tempahan dari Istana Cinta.. maknanya saya nak buat pameran beberapa tempahan dalam koleksi arkib Istana Cinta la.. Marilah menjamu mata...


Tempahan Sis Saadah

Sis Saadah ada menempah header dan banner untuk blog ke dua dia.. Blog sis Saadah iaitu blog Juadah Malaysia.com penulisannya adalah berkisah tentang tempat-tempat makan yang menarik di seluruh Malaysia.. Setiap kali singgah blog akak nih mesti saya terliur dengan gambar-gambar makanan yang ditayangkan.. Kalau nak tau tempat-tempat yang best untuk menjamu selera silalah singgah ke blog Juadah Malaysia. comBoleh klik SINI untuk ke blog beliau. Di bawah nih header dan Banner Juadah Malaysia.com :


Header Juadah Malaysia.com


Banner Juadah Malaysia.com


Tempahan Sis Jemarisuri

Ok, seterusnya sis Jemarisuri.. saya tak tau nama sebenar akak nih.. hee... sis Jemarisuri ada menempah header dan watermark dari saya.. kadang-kadang saya keliru antara sis saadah dengan sis jemarisuri sebabnya saya merasakan mereka berdua nih mempunyai watak yang hampir sama.. hee.. 


kalau kak Saadah tadi blognya berkisah tentang tempat-tempat menarik untuk menjamu selera.. Akak Jemarisuri pula blognya banyak dengan gambar-gambar yang cantik berkaitan dengan tempat percutian yang pernah beliau pergi.. .. Pandai akak nih ambil gambar.. Cantik.. Ok..jom singgah blog Sis Jemarisuri pula.. Klik SINI


 Header Blog JemariSuri
Watermark JemariSuri

Entry tamat! 24 hb 12 hingga 27 hb 12 saya akan ke Raub Pahang..
Kela Camp.
4 Hari tanpa coverage.. huhuhuhuhu..
amat memilukan..
Kalau sempat esok update lagi! 

Dec 20, 2011

Edit Blog Kak Basyee

Dear Istana Cinta,

Salam Alaik.. dah lama dah edit blog kak Basyee nih tapi tak post kat sini lagi.. sebab tak sempat dan banyak lagi yang saya tak update kat sini.. so malam nih sebab jari jemari semacam gian nak update blog, saya update la fasal edit blog kak basyee.. Kak Basyee nih dulu senior saya dekat sekolah Maktab Mahmud Alor Star.. satu asrama.. heee.. ada tak followers saya dari sekolah tuh? angkat tangan! heeee.. okey, tak ada kot.. heee.. Rindu pulak dekat bumi Maahad..

Kak Basyee serahkan design dekat saya, cumanya kak basyee bagitau nak ada doodle kak Basyee berjubah, suaminya berbaju arsenal dan ada baby girl dia.. warna tema pula pink atau biru.. so hasilnya macam nih la..  Alhamdulillah kak Basyee suka.. 




Sebenarnya kak basyee ada 2 blog.. yang saya edit kat atas nih personal blog kak basyee.. dan satu lagi blogshop kak basyee... kak basyee ada menjual tudung bidang 60.. sesuai untuk muslimah di luar sana yang mencari tudung-tudung yang labuh.. so boleh lah kawan-kawan singgah blog kak basyee ye.. Klik SINI


Owh ye.. saya pencen sekejap dari menerima tempahan.. yang dah email saya InsyaAllah saya teruskan kerja saya.. habis exam baru saya buka semula tempahan kot... sementara cuti sebelum praktikal.. 


Entry Tamat!

Dec 17, 2011

Lupakan Kekasih Lama



Jangan toleh ke belakang, terus pandang ke hadapan...

Tengok, dah 3 bulan soalan tersebut ditanya di formspring saya.. tapi baru hari ni saya berkesempatan nak jawab.. tak tau la apa dah jadi dengan yang bertanya.. samada masih hidup atau dah arwah.. Nauzubillah.. minta-minta sihat walafiat ye... saya pun pernah frust menonggeng... bila fikir balik rasa jijiknya perangai.. hahaha..

Sebelum tuh,saya nak tanya (saya anggap perempuan ye sebab dari soalan tuh macam perempuan je) ..  

saudari yang bertanya nih sekolah lagi ke? masih belajar ke? 

Kalau yang bertanya nih masih bersekolah, akak nasihatkan adik belajar lah rajin-rajin.. tak untung pun bercinta time sekolah nih, bukan boleh kawin pun.. kalau boleh tak apa la.. heee.. masak pun tak pandai lagi kan.. nak bercinta pulak.. yang pakwe adik pun gi sekolah mak bapak dia bagi duit tuh pun ada hati nak mencurahkan kasih sayang dekat adik.. ish..ishk.. iskh... tak boleh buat laki pun..


Lupakan Kekasih Lama

Nak tau cara nak lupakan kekasih lama? senang je... cuba la ikut tips yang saya nak bagi nih ye..moga-moga mustajab la hendaknya.. kalau tak mustajab jugak pi beli losyen mustajab...eh2.. tak dak kena mengena plak..heeeee... (lukisan dekat bawah sangat lah tidak comel sebab nak buat cepat-cepat)

1. Kalau pasangan awak pernah bagi barang, buang terus barang-barang yang dia bagi tuh. Nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi rumah ke, kereta ke awak fikir la masak-masak.. buat apa membazir.. simpan je..heee..


2. Buangkan jugak no fon dan gambar beliau. kalau dah buang pun masih teringat.. boleh buat macam tips no 1. bakar sekali fon-fon.. puas hati aku.. awak pun tak gatal nak call dia.. dok tunggu-tunggu bila dia nak call balik.. kalau teringat jugak hantuk kepala kat dinding.. agak-agak macam dah hilang ingatan ok la tuh.. settle masalah.. haha..



3. Ingat yang buruk-buruk tentang bekas pasangan awak. kentut kuat-kuat tak kira tempat contohnya.. jangan ingat yang baik-baik, kalau ingat yang baik-baik sampai bila pun awak tak dapat nak lupakan dia.. bila ingat yang buruk-buruk bertambah la takat benci awak dekat dia.. jadi senang sikit nak lupakan dia.. 



4.Jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu-lagu yang ada unsur rindu, sayang dalam lirik lagu tuh. sebabnya time putus cinta nih la awak rasa sangat memahami setiap bait lagu tuh.. kalau sebelum nih tak perasan pun lirik lagu tuh macam mengejek awak sebenarnya tapi bila putus cinta setiap lirik semacam sangat bermakna.. tiba-tiba awak semacam jadi orang yang hebat sastera... Tengok la cerita fasal kematian dan dengar lagu-lagu nasyid, selawat, takpun ceramah agama.. ada gak pekdahnya..



5. Berdoa. Lastly berdoa lah pada ALLAH.. sesungguhnya DIA Yang Maha Mengetahui baik buruknya setiap sesuatu.. Apa kata sekarang cuba bercinta dengan tuhan pulak.. mungkin sebab dah terlalu lama anda mengabaikan cinta anda padaNYA.. maka DIA merampas cinta palsu anda itu.. hapuskanlah air mata awak.. Jangan menangis sebab dia yang tak pasti tapi awak menangis lah sebab DIA yang sentiasa disisi.. cuba awak muhasabah, pernah tak awak menangis sebab cinta awak padaNYA yang terlalu sedikit?




Sepatutnya awak tak perlu bersedih hati, menangis macam orang gila.. sepatutnya awak gembira sebab sekarang awak bebas dari cinta palsu yang melalaikan.. kalau benar dia cintakan awak mesti dia dah jumpa mak bapak awak sampaikan niat nak memperisterikan awak.. oleh sebab dia dah tinggalkan awak, awak bagitau je dekat mak bapak awak, awak nak kawen! comfirm mak bapak awak akan cari jodoh yang terbaik untuk awak..

Macam mana nak pikat hati si dia? yang nih next time la saya kupas.. belum ada idea.. yang pasti awak kena ingat, cinta itu ibarat remote control. 

Sekian! tak fasal-fasal guwa kena baca buku panduan bercinta...hahaha.. nanti update lagi..

Andai ku tahu cinta itu membunuhku..
nescaya akan ku sediakan kafan sebelum aku menemui cinta..


Dec 11, 2011

Selamat Pagi....

Entry cecah lantai.

Dear Istana Cinta...

Lama sungguh saya menyepi tanpa berita..lesap tanpa entry-entry cetek akal macam selalu..harharhar.. Maaf Disember terlalu sebok bagi saya... Minggu cuti yang awal Muharam saya pulang ke kampung halaman.. Saya nak flash back cerita sepanjang saya meninggalkan arena blog..Bersedialah dengan penulisan saya yang bakal mencecah lantai Istana Cinta..harharhar... tak sudi membaca boleh main jauh-jauh... 

29 Nov 2011 - Kehadiran si Kecil
sehari sebelum pulang semula ke kampus, adik saya pula bersalin.. hura hara rumah... sebabnya saya tak pernah tengok orang sakit nak bersalin... adik saya nak bersalin hari tuh bukan main sakit lagi saya tengok... saya nak buat kerja lain pun tak tenang..sebab telinga tak henti2 dengar dia mengerang sakit dan sebagainya... Ummi saya dah ke hulu ke hilir..dalam pukul 4.30 pagi saya terjaga nak ke toilet..nampak ummi macam serba tak kena..ke hulu ke hilir... suami beliau nampak relaks sahaja.. lepas selesai tunai hajat, saya masuk tido semula sebab tak berapa kisah apa yang sedang terjadi.. pukul 6.00 macam tuh ummi masuk bilik saya cakap :

" kaklong suruh anak menakan keluaq sangat, nu angah sakit nak beranak dah" 

barulah saya kelam kabut bangun solat lepas tuh pergi tengok adik saya yang tengah mengerang.. sekejap mengerang sekejap dia ok.. siap boleh sembang dengan saya bagitau : 

" sakit gila weh...macam nak putus urat.." 

kaklong beliau yang belum berkahwin nih hanya mendengar sebabnya tak tau macam mana orang sakit nak bersalin... saya cuma senyum seronok nak dapat anak saudara.. nampaknya baby dalam perut adik saya menunaikan hajat mak sedara dia nak tengok dia sebelum balik kampus...hahaha...  

pagi tuh adik saya pergi hospital tinggalkan saya dengan adik lelaki kat rumah... dalam pukul 10.30 macam tuh, adik saya balik... saya pun hairan la jugak tengok perut buncit lagi...tak jadi beranak ke apa budak nih... lepas tuh ummi citer Doktor suruh balik sebab baru 2 inci buka.. minimum 4 inci... doktor suruh pergi lak pukul 3 petang... yang adik saya nih dia punya mengerang bukan main lagi.. saya yang awalnya ingat nak buat assigment & tempahan tak boleh nak fokus..terus tutup laptop... rasa kesian tengok dia menahan sakit...huhuhuhu.. adik lelaki saya yang tengah study untuk exam petang tuh pun sama jugak tak boleh fokus.... 

dalam pukul 12 macam tuh adik saya bagitau ada lendir apa ntah...sementara nak tunggu suami dia balik yang hilang ke mana tadi tuh pukul 12 lebih jugak la baru kami bertolak pergi hospital. sekali lagi kelam kabut nak pergi hospital.. Kali nih saya ikut... dalam pukul 1.40 macam tuh kami sampai hospital... dalam pukul 2.15 angah dah selamat bersalin... Alhamdulillah lega rasa... dalam pukul 3.30 macam tuh baru angah keluar dari dewan bersalin.. saya tengok dia senyum je sebelah baby dia.. tadi bukan main lagi dia mengerang tadi sekarang dah boleh senyum...hahaha... bila tengok kesakitan beliau nak bersalin, saya rasa macam TAKUT....huhuhuhuhuhuhuhu... Lepas tuh saya ngan ummi pun sebok lah tanya itu ini dekat angah.. dia gtau masa dia masuk dewan bersalin tadi doktor cakap dah buka 8 inci dah... Haisssh..nasib la tak tunggu sampai pukul 3 kan..kalau tak memang beranak dekat rumah la... okey..marilah kita berkenalan dengan si kecil yang selalu saya nanti-nantikan nih :



Muhammad Furqan Amzar
29 November 2011. 2.15 PM. 3.1 kg.


Ummi cakap sekarang lagi comel... dah pandai berinteraksi dengan orang...
lambat lagi la maklong nak balik tengok...sebulan lebih lagi...huhuhuhu


Tamat satu bab...heee


Pertandingan Debat antara program Pendidikan sempena Karnival Fakulti Pendidikan

30 hb Nov saya pulang semula ke kampus... saya tengok dekat group batch Pendidikan Islam Bahasa Arab ada tulis minta wakil debat tahun 3 dan 4.. dari awal saya tengok post tuh, saya buat tak reti.. sebab nawaitu memang tak nak masuk.... kawan-kawan yang satu sekolah dulu yang kenal saya, diorang memang tau saya pernah wakil sekolah... so diorang dok saran nama saya.. tapi saya tetap menolak..huhuhuhu... sebab saya rasa macam saya tak cukup waktu nak buat tesis yang nak kena hantar minggu selepas tuh la.. mana nak berlatih debat lagi.. memang tak cukup masa la saya rasa..

Kelas Jumaat petang 2 hb Dis, salah seorang yang masuk debat wakil program kami datang jumpa saya ajak saya masuk... dia cakap tak ada orang dah nak masuk.. yang mana mengaku nak masuk sebelum nih semua tarik diri sebab ada komitmen lain.. saya tengok muka akak tuh rasa macam tak berapa nak sampai hati nak tolak pulak.. jadi dalam air liur tersekat-sekat di kerongkong saya mengiakan ajakan dia.. huhuhuhu... mulanya saya ingat hari jumaat tuh lawan..rupanya hari sabtu...yakni esoknya..malam tuh kami bincang isi untuk setiap tajuk yang diberi.. 

Sabtu esoknya, awal-awal pagi lagi kami dah pergi fakulti sebab nak bincang dan berlatih... saya memang nak jadi simpanan je.. sebab saya macam tak confident.. huhuhuhuhu... masa pertandingan pukul 2 tapi jadi pukul 3.. team debat saya dah bersedia.. cuma menunggu team pihak lawan.. rupa-rupanya program pendidikan sukan tarik diri.. jadi team kami petang tuh lawan dengan team debat pendidikan khas untuk saringan.. Alhamdulillah, kami berjaya menjuarai pertandingan... Maka kami berjaya ke final... Esoknya hari ahad pagi sepatutnya saringan untuk program Pendidikan TESL vs Pendidikan Sains tapi kami dimaklumkan program Pendidikan TESL tarik diri... maka Pendidikan Sains menang tanpa bertanding... Hari ahad petang sampai pukul 2.30 pagi team kami berbincang & study apa yang patut untuk lawan di peringkat final. 

Jumaat hingga ahad memang saya tak buat kerja lain melainkan debat sahaja...huhuhuhu... esoknya pukul 10 pagi pertandingan akhir debat sempena Karnival Fakulti Pendidikan.. saya memang set dalam kepala saya cuma nak jadi simpanan lagi... tapi adik tahun 3 tuh cakap, 'kalau akak nak masuk pun tak apa' time tuh dia tengah nervous.. so saya rasa macam nak masuk pulak... apa salahnya ambil peluang untuk masuk sebab saringan ari tuh dah jadi simpanan...

Undian di buat sebelum memulakan pertandingan, nampaknya kali nih team kami jadi pembangkang.. saya selaku ketua pembangkang... huhuhuhu... Tengok muka-muka budak-budak prorgam Pendidikan Sains rasa kecut perut juga sebab tau yang masuk tuh bukan calang-calang.. semua jenis pandai bercakap.. sepanjang perdebatan memang saya rasa macam diorang yang akan menang... Tapi Alhamdulillah..rezeki masih menyebelahi kami... Kami berjaya menjuarai final debat... Masa saringan best speaker dari team kami, masa final pun best speaker dari team kami... Najmi tahun 3.. blogger jugak... nak ke link? heeeee... dah la pandai..pointer PNGK & PNGS 3.6 ke atas.. ensem lak orangnya.. haha..


Sebelah kiri team debat program Pendidikan Sains
Sebelah kanan team debat Pendidikan Islam (Pink)



Nih la team debat kami.. =)

Selesai bab debat...

Bengkel Kerjaya

Selesai bab debat, malamnya saya sebok pula dengan tesis.. yang nak kena hantar hari khamis.. hari selasa berkampung di library Fakulti... hari selasa juga meeting untuk program bengkel kerjaya.. hari khamis jumpa penyelia tesis..  hari jumaat siapkan assingment Proses P&P untuk dihantar.

Bengkel kerjaya nih program kecil-kecil sahaja sebabnya untuk program Pendidikan Islam dan Bahasa Arab..  Program ni hari Sabtu, yakni semalam la.. Dalam meeting sebelum nih, saya dimaklumkan untuk jadu emcee majlis penutup program.. semalam dalam berdebar-debar menunggu majlis penutup, saya tanya semula ajk program, dia cakap tak per budak lelaki je jadi emcee... Fuh....lega... sebabnya saya pun tak prepare untuk jadi emcee...pagi tuh baru kalut sebab malam sebelum tuh saya tertido... huhuhu



Alhamdulillah..program tuh memang sangat memberi maklumat.. Memandangkan sekarang isu pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tidak dipostingkan hangat diperkatakan.. membuatkan motivasi kami menurun namun melalui program bengkel kerjaya tuh kami dapat pendedahan jalan lain untuk menjadi pendidik ataupun kerja lain..cipta kerjaya sendiri... saya rasa macam lebih bermotivasi.. =)

Selesai bab bengkel..

Selamat Pengantin Baru

2 orang kawan saya dari batch Pendidikan Islam Bahasa Arab 08/09 dah selamat menjadi isteri orang.. Tahniah kawan-kawan.. moga menjadi isteri solehah..penyejuk mata suami... selamat melayari bahtera perkahwinan... 

Penolong ketua batch kami, minta saya buatkan kad ucapan untuk 2 orang kawan kami nih...
maka nih lah hasilnya dalam tergesa-gesa..







Murabbi Adventure Camp 
Akan Datang..... 

Program seterusnya Murabbi Advanture Camp.. 24-27 hb Disember di Pahang... saya selaku penolong ketua Unit Teknikal.. minggu depan kami ada meeting dengan semua AJK dan pensyarah.. huhuhuhu.. sekarang unit kami tak sebok lagi..di tempat kejadian baru sebok...

Hari ini
Hari nih, saya nak rehat dan saya nak buat kerja-kerja doodle takat termampu... yang nak kena edit semula la..yang tuh, yang nih.. 2 minggu tak buat doodle.. rasa macam keras je jari jemari saya..heee.. Yang email tidak berjawab nanti saya jawab... hari ni baru saya dapat bernafas dengan tenang sikit...

Baiklah selesai kegianan menulis entry...Jumpa lagi!

Nov 22, 2011

Uittt... Uitttt...

Dear Istana Cinta...

salah satu doodle sedutan daripada drama sebabak yang belum habis dikerah idea...hee


Tajuk tak ada kena mengena dengan isi... ini entry sekadar menterjemahkan takrif kehidupan akhir-akhir ini... Minggu nih agak sebok..sebabnya saya nak kena hantar bab 2 tesis pada penyelia..hari khamis pula ada Kuiz.. 15% untuk kuiz tuh... ari jumaat kena jumpa penyelia pula.. tuh tak masuk sebok buat assgment...huhuhuhuhu..

Owh ya..semalam dup dap dap jantung kat dalam nih... tahu kenapa? sebabnya semalam keluar senarai penempatan praktikal.. Saya dapat praktikal di Sek Men Keb Agama (SMKA) .. Alhamdulillah Sek Agama.. Area Seremban.. Sekolah mana tak boleh bagitau la kat sini.. tapi nama sekolah tuh macam macam sangat familiar di pendengaran saya la..nanti takut-takut terjumpa adik-adik yang bersekolah kat situ di kalangan followers istana cinta pula.. tak fasal-fasal dapat gelaran Ustazah doodle kan...harharhar....Pastu masuk kelas ajar doodle pulak...hahaha..eh..tapi kalau ada adik-adik followers yang study situ...rasa macam kenal akak nih tegur2 la ye...heeeee...

Bila dah tau tempat nak praktikal nih jadi bertambah dup dap dup dap la...nak cari rumah sewa lagi..huhuhuhuhu...emmm..yang bertanya fasal tutorial doodle, doodle dan sebagainya nanti ada kelapangan InsyaAllah saya jawab ye...huhuhu 

baiklah entry tamat! nak ke library jap lagi... tata!

Nov 12, 2011

Freebies Doodle Perempuan untuk Followers Istana Cinta

Dear Hulubalang Istana Cinta...

Saya asyik lesap tanpa entry... tapi angka hulubalang semakin bertambah jugak, makanya saya rasa sangat terharu dan bertambah terharu bila blogger2 yang selalu singgah di istana cinta turut memberikan like kepada logo saya... haish...sangat terharu.......=) Oleh yang demikian saya nak bagi freebies doodle untuk followers istana cinta..terimalah seadanya... =) Sebelum tuh, sekali lagi ingin memohon bantuan, supaya like lah logo saya di SINI dulu, kemudian Like SINI pula.. kalau ambil, tinggalkan komen ye..nak tau jugak sape pembaca dan followers Istana Cinta...









Pemenang Contest hari tuh yang belum email, sila email ye...
Banyak lagi tempahan yang belum settle..huhuhu...
esok malam balik kampus...huhuhuhuhuhuhu..

Nov 10, 2011

Lagi Koleksi Tempahan Doodle dari Istana Cinta

Dear Istana Cinta,

Lama saya tak update sebab tak ada idea nak update..kena tag tapi tak jawab-jawab lagi...heee.. tak per la jamu mata dulu dengan doodle-doodle nih....
Doodle ditempah oleh Mish Apple..
nak doodle vintage katanya

Doodle Alia..
Doodle Cikgu katanya..


Doodle Afzan Amira..
Doodle polis dan maritim katanya..

Doodle Ili Dalila
Doodle ahli farmasi katanya..

Sekadar entry pendek..
sebabnya jiwa kat dalam nih tak berapa nak stabil..
mood hilang entah ke mana akhir-akhir nih...
nak berkarya pun mood umpama hilang ditelan naga...hee 

Nov 4, 2011

Logo dipertaruhkan untuk Vintage Freaks Yaw


Dear Istana Cinta..

Rasa semacam lama je tidak update di sini, malam nih nak balik Kedah.... mood nak balik menguasai diri.. tak sabar nak sampai kedah pagi esok berjumpa dengan kucing-kucing kesayangan.....heeeeee...  Okey, berbalik kepada tajuk... Saya ada menyertai pertandingan mencipta logo untuk Vintage Freak Yaw yang menjual pakaian-pakaian vintage untuk lelaki dan wanita... jadi kalau anda pencinta vintage boleh lah mengunjungi page Vintage Freak Yaw di SINI


Harap pihak tertentu tak copy logo nih ye...

Ini logo yang saya pertaruhkan...
Makanya disini saya ingin memohon bantuan kawan-kawan pembaca blog saya untuk turut menyokong
saya dengan memberikan 'like' anda pada logo saya...heee..skema jap...

Langkah-langkah :

1.) Like Page Vintage Freaks Yaw di SINI
2.) Like Logo saya macam di atas di SINI

Terima Kasih, Salam Aidil Adha dari saya..=)

Oct 29, 2011

Kegunaan Lain Pen Khat


Dear Istana Cinta...

Ini entry kosong....Tiada isi kandungan yang boleh buat isi penting dalam karangan pun...
Emm...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 saat sudah merenung skrin, tajuk dah terbentang luas.. tapi isi entry belum ditaip.. eh sekarang tengah taip..tengah memikirkan ayat paling bombastik untuk dimengarutkan... biasalah bila menulis blog tanpa arah tuju nih atau dalam bahasa bombastiknya tiada skop..harharhar.... 

2,3 hari lepas, errr..tak ingat sebenarnya hari apa...saya semacam syok sendiri pula melukis di atas kertas... kemudian ambil fon cokiaaa' punya snap dan masukkan dalam laptop.. sebelum tuh saya teringat pen khat... Ya pen khat yang digunakan untuk menulis seni kaligrafi khat tu lah..dah nama pun pen khat kan...heee.. saya buat stroke guna pen khat... kesiaan kan tak ada asas pendidikan seni macam saya, pen khat pun hentam la...janji line stroke terang tang tang bila masuk laptop...harharhar..mari saksikan...




Lukis atas kertas, lepas tuh ambil pen khat, kasi terang stroke...tapi tangan kasi gegar itu pen la..huhuhu

Lepas tuh masuk Photoshop, edit stroke tadi guna stroke photoshop pula...
buang stroke menggeletar tadi....heee..

lepas nih boleh buat drama sebabak cepat2 sikit kan..lukis pastu edit dekat photoshop..
kalau sebelum nih, lukis pakai photoshop sikit2, lepas tuh 2 minggu baru post dalam entry...hee

Saya suka layan kartun sebenarnya...Hati kat dalam semacam tenang & geli hati...
Semacam berada dalam dunia sendiri...

1. suka singgah sini
2. suka singgah sini jugak, tapi dah lama beliau tak update...
3. Sini pun suka jugak..

Semua yang suka semua bookmark.
satu lagi........ Bila la Aujinz nak update kartun beliau nih...

p/s : tulis khat tak elok-elok jugak,maka guna buat stroke doodle la pulak...kreatif tak kreatif tak?? hahaha...

Entry tamat! nanti update lagi.. =)


Oct 28, 2011

Doodle untuk Pen Biru

Dear Istana Cinta

Takrif Kehidupan

Tak penting, boleh skip... 2,3 hari saya lesap tanpa entry...siang saya ke kuliah, malam nak update blog tapi...time tuh jugak line internet nih buat hal...hujan-hujan lagi dia semacam dengki dengan saya untuk update...slow macam siput... 

saya baru balik kelas nih...kelas yang terbatal sebab LCD buat hal, bilik lain semua penuh..so boleh balik awal... yieeeehaaa...heee..tapi lepas raya haji kena ganti...huhuhuhu.. sedih balik... sedang menaip entry dengan mata yang mengantuk.. Pagi tadi pukul 8-9 pagi kelas, 10-11 pagi jumpa penyelia tesis, 11-12 jumpa lecture untuk subjek pembangunan Insan.. lepas tuh pukul 2.30 gi kelas P&P.. pastu kelas batal balik...heeee.. apa jenis takrif nih....kesimpulan, letih la naik turun bas, naik tangga sampai aras 6.. elok-elok sampai aras 6 lapar + mengantuk... tiap2 hari khamis malam jumaat mesti saya tak boleh tido...huhuhuhu... pelik..

Doodle untuk Pen Biru
Eh..muqadimmah yang sudah menyimpang jauh sesat lagi menyesatkan.. sebenarnya entry ini adalah untuk menghadiahkan pen biru hadiahnya... Pen Biru terimalah seadanya... =)

Rasa macam kecil pulak bila doodle tuh dibuat sekali dengan pen..so, Pen Biru boleh ambil
doodle di bawah sekali :

Hanya untuk Pen Biru

Kepada saudari Pen Biru, yang watermark tuh, nanti ye saya edit... =)
Entry Tamat! 







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me