Jan 20, 2011

Satu Perjalanan Yang Pasti

PENGENALAN :
Nama Sebenar  : Hamba Allah S.W.T
Gelaran             : Insan
Berasal              : Tanah
Alamat              : Planet Bumi


MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN :
Tempat Berlepas     : Kehidupan dunia
Destinasi Tujuan      : Alam Akhirat
Tempoh Perjalanan  : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi.
Masa Berlepas         : Ketika Malaikat datang menjemput.
Masa Hadir (check In) : Ketika dan selepas nyawa di cabut.
Bentuk Tempahan     : Tetap,pasti,mesti, dan tidak akan berubah.


SYARAT-SYARAT PERJALANAN :
Ditujukan kepada semua penumpang,diminta ambil perhatian kerana anda akan memulakan perjalanan anda dengan meninggalkan kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Sila pastikan ketua anda semua (pilot) atau juruterbang dikhaskan itu,malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas,dapatkan maklumat lanjut pada kenyataan yang terdapat di dalam Al-quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W serta mengikutinya dengan berhati-hati . Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para cendiakawan dan ulama'.


MUATAN YANG DIBENARKAN DIBAWA MASUK :

  • 5 Meter kain kapan putih
  • kapas putih secukupnya
  • muatan-muatan lain yang dipertimbangkan: 
  • amal soleh
  • sedekah jariah
  • anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
  • ilmu yang bermanfaat
PERHATIAN :
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

SAAT ATAU WAKTU BERLEPAS :
Kepada semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANGI :
Tempahan perjalanan adalah suatu yang tetap dan pasti dan tidak perlu diingatkan lagi. Hendaklah kamu ambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik sesuai dengan firman Allah S.W.T  " Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan tuhannya,maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang baik .janganlah pula mensyirikkan Allah S.W.T dengan sesuatu pun.

Nih lukisan time malas..tak apa,janji mesej sampai...ye dak?




7 comments:

h o n e y said...

salam.
thanks share.menarik.

ijatnuar87 said...

huhuhu...sangat menusuk kalbu...

Farhah Zaidah said...

honey- wslm..sama2.. =)

ijatnuar87- huhu...xper2...ksan mndalam tuh bla ditusuk..heee

misyamissyou said...

makan dalam tu kak.. :D

Farhah Zaidah said...

misyamissyou- eh..mkn dalam kenyang la dik..hee

mOhd Hafiz said...

hu....
nice entry kak..
keep it

Farhah Zaidah said...

mohd Hafiz- Thanks dik... =)