Jan 22, 2011

Seorang Penulis... =)

Mood : Skema
Salam Alaik..
Akhir-akhir ini saya menjadi semacam ulat bulu..eh silap..ulat buku..sebab..tiba-tiba rasa macam nak pergi library pinjam buku banyak-banyak..tidur dengan buku..makan dengan buku...makan buku...tapi buku yang tidak berkaitan dengan assigment langsung.. kalau pinjam yang berkaitan assigment mungkin bisa memakan hati sendiri..jadi saya suka pinjam buku yang diluar keperluan akademik..tapi mungkin jugak keperluan rohani...hahaha..mungkin ada ilmu boleh saya kongsi...siapa tau..ya dak?? siang tadi..saya telah membeli sebuah novel..niat di hati hanya mahu baca-baca sinopsis sahaja..tapi apakan daya tertarik dengan penerangan akak yang menjual tuh..peminat karya penulis tersebut..maka saya membelinya...mungkin berguna getus hati kecil saya... =)  RM18.50 ..tak bazir la..ilmu... =) senyum lagi..sedapkan hati sendiri.. sedangkan banyak lagi saluran perlu disalurkan wang...AJK tertinggi untuk program ke kampung orang asli dah minta rm50 satu kepala..untuk keusahawanan modal rm30 satu kepala...tak mengapa lah farhah ILMU !! sudah..nanti alignment otak boleh lari sebab pikir duit...


Baiklah baiklah baiklah...jangan menangis sampai tujuh tempayan makan hati dengan saya sebab sudah perenggan ke dua tapi masih tak mulakan perkongsian sebenar..berbalik kepada tajuk utama..seorang penulis..bukan seorang bahkan berorang-orang mungkin ..seperti cendawan tumbuh selepas hujan..sebab lihatlah dunia...penulis di blog kan ramai.. =) baiklah..saya ingin berkongsi sepatah dua kata ayat-ayat yang berkesan di hati saya melalui pembacaan novel yang saya beli tadi.. bertajuk " Penulis yang disayang Tuhan".. novel ini baru saja terbit pada 10 januari 2011 yang lalu.. penulisnya Bahruddin Bekri..sekadar perkongsian..


Bila difikirkan benar kata-kata penulis bait-bait indah di atas..tapi mungkin sikap yang ada pada penulis yang sememangnya berperanan menghiburkan pembaca..bertanggungjawab menyampaikan ilmu..bukan penulis diari yang bercerita soal hidupnya sahaja..tak kisah suka atau duka..


SYURGA atau NERAKA..? PILIHLAH

Baca dan faham sendiri setiap bait di atas...tanpa kita sedar mungkin penulisan kita itu mampu menjerumuskan diri sendiri dan orang lain ke neraka..maka berhati-hati lah ketika menulis..jangan ada tulisan yang boleh menjadi hasutan sifat mazmumah kepada pembaca..

Mungkin inilah yang dikatakan penulis yang disayang tuhan..mengajak mencari redha dan rahmat tuhan... tapi jangan sekadar sebuah penulisan..kerana ilmu tanpa amal itu umpama pohon yang tidak berbuah...

Akhir kata..menulislah untuk sesuatu yang kamu perlu..
  • Perlu mengejar nama
  • Perlu kerana bertanggungjawab
  • Perlu kerana wang
  • apa sahaja keperluan yang manusia perlu..
  • Perlu kerana ALLAH
penulis akan menuliskan kerananya...

p/s : bestlah buku tuh..sedikit sebanyak motivasi diri sendiri... =)



Gadis bekeperluan:

12 comments:

aNnE said...

hehe betul2...penulisan menggambarkan perbadi,i guess :)

SyedGraphiX said...

sy baca entry ni pun mcam best je buku tu, penulis ni..semua mende ada di tangan die.. nak tulis mende baik ke buruk ke.. nak gi syurga ke neraka ke. sume die tntukan.. ;)

princess laila said...

bguslah..btol sgt.. mlalui pnulisan nih..org boleh jd ke arh p0sitif@negatif. kalo p0sitif. kita akn dapt lah sahmnye. kalo negatif...3ma juga saham n akibtnyer..huhu

Farhah Zaidah said...

anne- haah betul tuh anne..tulisan menggambarkan keperibadian...

SyedGraphix- betul 2 syed best..bla difikir-fikirkan semua tuh atas diri sendiri...baik buruk diri sendri yg hrus plih dan tentukan...

Princess Laila- yup...klu positif bgus la..kalau negatif itu yg x best... =)

nur aisya humaira said...

sye pun suke bace buku yg dapt motivate diri sye...kadg2, penulisan ni dpt positive kn diri kite..kan2??

Farhah Zaidah said...

nur aisya humaira- haah betul 2 aisya..heee

HonEyBuNNy said...

setuju....;-)

khairunnisa ♥ said...

hm, suka menulis sebab suka berkongsi. yepp, tapi nampak gembira tapi tak semuanya bahagia. nampak sedih, tapi tak semuanya derita kan kak farhah :')

Farhah Zaidah said...

honeybunny- =)

khairunnisa- betoi2...heee

Penulis Misteri said...

aku suka entry ni...sangat suka...:)

Tengku Puteri said...

penulis misteri- tima kasih...=)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

amii afandi said...

saya dah baca buku penulis yang disayang tuhan. memang best. semua buku tuan baharuddin bekri best :DD