Jan 15, 2011

Setiap Hari Bumi Berkata....

mood : serius (semacam tiada mood..)

Renungan

Untuk renungan bersama..semakin bertambah hari,bulan dan tahun.. maka semakin hampir kita kepada sebuah perjalanan yang pasti... dimana perjalanannya cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi...masa semakin menghampiri kita...ianya datang tanpa diundang..

Luqman al-Hakim pernah berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Urusan yang tidak engkau ketahui bila ia akan menemuimu. Bersedialah sebelum ia datang kepadamu. Ia adalah kematian yang datangnya tidak pernah diundang.”

Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145).


ada sesetengah dari kita,nak tido dalam gelap pun takut..
apatah lagi bila kita disana..sekeliling gelap...tak ada suis lampu untuk kita on kan bila takut..maka jadikanlah solat tahajjud ibarat suis lampu kita...peringatan untuk diri sendiri jugak..yang susah nak bangun buat semua tuh...


ular yang saya lukis macam robot sikit..heeee

di atas muka bumi ini pun dah banyak ular berbisa yang mungkin kita sendiri tak kenal spesiesnya..apatah lagi jauh di dalam sana...kalau kat atas bumi boleh la lari-lari selamatkan diri..kalau dah dalam sana? nak lompat keluar pun tak boleh..sebab orang dah kebumikan kita..sapa nak tolong kita? 


Amalan saja yang akan menjadi teman setia si mati dalam menempuh kehidupan baru di alam kubur. Jika amal soleh yang dibawa bersama, pasti ia akan memberi manfaat serta keberkatan yang kelak akan menerangi kuburnya.Seandainya yang menemaninya itu adalah amal yang jahat, maka sejahat-jahat teman 
ialah dosa daripada amalan buruk yang akan mendatangkan malapetaka azab di dalam kubur.





p/s: tadi terbaca sesuatu di sini rasa gementar seluruh tubuh ini.. ianya semakin menghampiri kita tanpa kita sedari....

2 comments:

nohfee said...

terima kasih kerana mengingatkan.. =)

Farhah Zaidah said...

nohfee- sama-sama...