Feb 27, 2011

Kita semua dah tahu cuma untuk memperingati..

Boleh klik untuk dengar




Aku merenung lama ke arah skrin laptop milikku...Bosanlah...! sedari tadi aku mati kutu, mati akal, mati katak..! 

melayari facebook sudah...memeriksa email sudah..membaca update entry blog yang difollow pun sudah...

Bosannya! terasa semacam mahu jerit BOSAN ! kuat-kuat...huh.......



Ulat bulu naik daun buku

Aku bukanlah ulat bulu ataupun ulat buku..aku adalah manusia yang penciptaannya dinyatakan dalam al-quran..seperti dalam surah al-insaan..

Bila aku bosan, aku cuba isikan dengan membaca...membaca buku yang isinya semacam magnet..magnet yang boleh tarik hati aku.. lagipun sudah aku bilang, kalau boleh aku mahu update entry yang ilmiah bukan perihal hidup yang sibuk semata-mata...Minggu lepas memandangkan aku harus menyiapkan ulasan kitab lama ataupu ulasan kitab turas..aku telah menjumpai pelbagai kisah, pesanan Rasulullah s.a.w dan sebagainya.. Apa yang menarik mata aku mengenai apa yang Rasulullah sebut dulu kini sedang berlaku.. banyak lagi yang terkandung dalam buku itu..Ini salah satu yang aku terbaca..untuk peringatan diri sendiri dan berkongsi bersama...




Wanita bersolek dan berhias dengan pelbagai fesyen mendedah aurat 
Nabi s.a.w bersabda ;’ Akan berlaku di akhir zaman ke atas umatku kelihatan lelaki menaiki kenderaan mempunyai pelana besar, mereka singgah dan masuk ke dalam masjid, sedangkan isteri berpakaian baju separuh (singkat mendedahkan aurat) , di atas kepala isteri mereka terletak topi dan ada yang bersanggul tinggi bagai goh (bonggol) belakang unta. Jika kamu lihat isteri mereka itu hendaklah kamu laknat, kerana mereka telah dilaknat oleh Allah. “ (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad dari Abdullah bin Amru bin ‘Aas dari Rasulullah s.a.w)
            Hadis lain riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Terdapat dua puak yang akan menghuni neraka, yang sebelum ini aku belum pernah melihatnya. Iaitu puak pertama yang memiliki cemeti (alat pemukul) seperti ekor lembu (mempunyai bulu di hujungnya), mereka sewenang-wenang memukul manusia dengan cemeti itu. Kedua wanita berpakaian tetapi bertelanjang (pakaian ketat, nipis dan mendedah aurat) serta memakai topi. Mereka tidak masuk syurga hatta bau (syurga) pun tidak dapat dihidu. Sesungguhnya bau syurga itu amat jauh sekali.”
            Riwayat Imam Tabrani dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Apabila umat Islam (Lelaki dan wanita) telah mula memakai kasut (sepatu) berlapis-lapis (tinggi) dan berwarna-warni, mereka asyik menggilap sepatu sahaja. Maka ketika itu Allah melupa (tidak menolong) mereka.
            Hadis-hadis di atas menerangkan tanda-tanda akhir zaman, lahir pelbagai sifat wanita dengan pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, antaranya telah dan sedang berlaku seperti berpakaian “baju separuh” atau baju singkat, memakai set rambut tinggi bagai goh unta. Keadaan fesyen pakaian ketat, nipis, dan jarang sehingga menampakkan susuk badan yang keadaannya “ berpakaian tetapi macam telanjang”. Selain itu mereka mengenakan pula kasut tumit tinggi atau kasut berbagai-bagai fesyen dan warna. Keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W 15 abad lalu itu kini sedang menjadi kenyataan dan dapat disaksikan dihadapan mata kepala kita sendiri.-Jaafar Salleh, Keanehan dan Keajaiban Dalam Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Kuala Lumpur, Penerbitan Seribu Dinar Sdn.Bhd, 2010 , hlm. 286

Sama-sama kita renungkan..yang buruk jadikan sempadan...


Istana Cinta
Baiklah...aku sudah menukar nama blog...dulu bisikan rindu...rindu-rindu yang dibisik-bisik tuh dah membentuk jadi istana..maka aku lah tuan puterinya...heee...


Header baru...dah tak pandai lukis-lukis...tengok tuan puteri tuh..rambut dia dah tak bertocang..
sebabnya bila aku try nak buat tocang jadi tak cantik..menggeletar tangan...huhu






3 comments:

cahayacintarabbi a.k.a atenatra said...

comey!!!!!!!!
nk jugak..hihihi

misz FaTiN said...

kita manusia akhir zaman.. byk rintangan perlu di hadapi.. godaan syaitan semakin menjadi.. mampukah kita bertahan. aku hny manusia biasa.. -_-

tengs sharing,, berusaha utk berubah. sbb,, sy tahu sy tidak sempurna. tp, perubahan itu sukar.. nape ek?

Farhah Zaidah said...

aten- bleh2...heee...tpi aten pun pndai buat la...

misz Fatin- emm..betul tuh..mungkin perubahan itu sukar sebab kita manusia punyai tahap keimanan yang tidak konsisten..ada berkurang dan ada bertmbah....