Feb 7, 2011

Tanya Sama Hati..



Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


julung2 kalinya letak pict sendiri disini...
tapi cuti hari tuh banyak bergedik ambil gambar...
heeee..
secara tiba-tiba sangat sukakan lagu di atas...huhuhu..
Baru sampai Uni pagi tadi...seminggu tak on9..
dan mungkin jarang on9..
sebab busy sikit..huhu


11 comments:

Blur said...

lagu glamer time zaman kanak2...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Pelancaran Live Blog

Farhah Zaidah said...

Blur- Haah betul 2...heee..comel je lagu nih..

MJ said...

suke lagu ni jugak..best2..
kak farhah stdy kat ukm ea..wahh, xde ler jauh mane dgn rumah mj,hihi..

Farhah Zaidah said...

MJ- haah akak stdy kat ukm...eh dkat ke? leh la cuti2 akak g menumpang mkn tgh ari kat umah kmu...heee

sembil9n said...

lagu tu cam nenek2 je yg nyanyi =_=

Farhah Zaidah said...

sembil9n- emm? nenek pun bleh nyanyi kalau nak..hahahah

NuR 'aQiLaH said...

cantek gambar tu :D

alexa yussida said...

bila nyanyi or dgr lagu ni kompem igt cite p.ramlee n kisah kanak2..sonoknyee:D lawa pic!

Farhah Zaidah said...

Nur 'Aqilah- thanks dear... =)

Alexa yussida- betol 2 alexa...thanks..hee

tomato said...

cantekk la :)

Farhah Zaidah said...

tomato- tima kasih cik tomato... =)