Feb 15, 2011

Teruja dengan diri sendiri & malam yang tak berapa seronok

Dear Bisikan Rindu...


Teruja dengan diri Sendiri...
Aku mahu tulis...tapi yang pendek saja..fikiran tak berapa baik...entah kenapa akhir-akhir ini mood aku semacam lari dari perasaan.. menyorok entah kemana...emm..mungkin sebab banyak sangat kerja maka mood aku protes...hee... 

Okeylah berbalik kepada tajuk utama.. aku semacam teruja dengan diri sendri..bila aku secara tidak sengaja terjumpa software ni....AvancePaint sebabnya aku dengan maju jayanya boleh melukis sebuah motor yang tidak sempurna...hahaha...rasa macam mahu gelak golek-golek atau guling-guling atas katil... atas keberjayaan aku... =) tool dia memudahkan aku melukis...sangat suka... ini hasil kejayaan aku..kahkahkah..


see..walau tak cantik..aku suka..sebab air tangan eh...hasil tangan aku...hahaha..sudah lama bukan tiada entry lukis-lukis kartun lidi..emm..berkabung sebentar kerana kematian idea..atau kematian kartun... =) tapi nanti-nanti aku nak lukis lagi dengan penemuan terbaru aku ini...tapi sekarang...aku miskin...miskin masa...sangat sedih bukan hidup ini..tolak tambah campur bahagi sama dengan miskin masa...maka umur pun semakin pendek bukan...huh... 



Sirap I Love You
Ops...luar senarai sub tajuk diatas...Pernah korang jumpa sirap i love you? aku tak pernah tapi baru kali pertama dengar... tak tahu kenapa nama sirap kena love - love pulak... semalam, operasi aku dengan shuhada merempit mencari barang beserta ketua kumpulan kami..satu-satunya jejaka dalam group kami untuk subjek pengenalan keusahawanan dalam pendidikan... kami kena berniaga secara kecil-kecilan di sekitar fakulti pendidikan.. aku dah langsung tak minat berniaga...orang lalu lalang aku takkan panggil singgah..

okey berbalik ke sirap I Love You ..lepas dapat bekalan nasi lemak untuk di jual hari ini, kami singgah satu kedai makan, belum sempat aku duduk.. encik yang ambil order tuh dah tanya kami nak minum apa.. semua jenis minuman dia nak sebut..last sekali dia sebut 'Sirap I Love You pun ada..' telinga aku yang kurang pendengaran nih terpinga2...aku dengar you je...shuhada dah gelak-gelakkan aku... 'dia nak kata i love you kot kat hang...hang  ada manderem kot? hahaha' bukan main dia gelakkan aku..pastu encik tuh asyik tengok ke meja kami.... tak senang lenang aku...huh...! tak suka..aku cerita dekat ketua group kami tuh.. dia cakap 'len kali kata balik kat dia...nak sirap i hate you...' haha... kami ketawa secara berjemaah... kehkehkeh... =)

hari ini, nasib shuhada lagi bertuah dari aku...walaupun tidak mendapat luahan sirap i love you.. tapi ada pakcik separuh usia kenyit-kenyit mata kat dia masa kami keluar dari WARTA tadi.. hahahahaha...aku gelak kaya atas motor untuk shuhada...hahaha...hebat bukan..




(Boleh skip untuk sub topik dibawah sebelum muntah hijau..sebab ini cerita cinta aku dan dia...boleh main jauh-jauh..pergi la main sana..)

Malam yang tak berapa seronok



Hati aku kat dalam tak berapa seronok..maka malam ini secara tidak rasminya aku katakan malam yang tak berapa seronok...sakit kat dalam nih tak boleh ubat sebab tak nampak...emm..sakit rindu... hukhukhuk... sob..sob..sob.. kenapa dia sangat miskin masa sekarang..aku sangat jeles dengan tempat kerja dia.. mendapat perhatian dia sepanjang masa...setiap hari hanya 4 perkataan sahaja aku mampu bercakap dengan dia...

aku- 'hello..kat mana?"
dia- ' kat tempat keje..'
aku- ok...

tutttttttttttttttttt....(telefon mati) aku nak mati 5,6 minit boleh? huuuu...bila dia cakap kat tempat keje, or on the way g keje...or baru balik keje...aku jadi semacam tidak sampai hati nak teruskan perbualan..sebab aku semacam dapat rasa suara dia kat sana sangat keletihan.....rindu di hati terus aku abaikan...jadi la dapat dengar 3 perkataan pun suara dia... =)

Minggu lepas dia datang lawat aku kat sini...jumpa di cafe saja..dia bawa sebungkus nasi ayam dara favourite aku... =) dia pula makan nasi kat cafe kolej kediaman aku...sangat happy...dekat cafe ada jual coklat yang berbentuk hati di dalam bekas berbentuk hati..dia belikan 2 kotak untuk aku.. macam tak percaya.. sebab dia nih bukan spesies yang suka tunjuk kasih sayang... =) kejadian petang tuh buat aku senyum sampai telinga...sayang nak makan...hahaha...tapi cepat sangat masa berlalu.. sungguh...aku dan dia sangat miskin masa saat ini untuk betemu lama-lama....

Cerita tammat..boleh main jauh-jauh...


7 comments:

shark said...

berbakat btuil dia mlukis ek..
dari org lidi sampi ke moto..
jeles nie..

Farhah Zaidah said...

shark- hahaha...lukis pun x berapa jadi lgi nih awk...jgn jeles..klau awk guna software 2 mesti motor awk lukis kalah sy... =)

Tasha said...

my email: natashaintan@live.com

Farhah Zaidah said...

tasha- i dah emailkan header yg i pnah jnji dulu..sorry kalau tak cntik... =)

Tasha said...

@Farhah Zaidahmintak maaf la kalau menyusahkan u. tukar memek muka dan hati jer. boleh?

Tasha said...

mintak maaf la kalau menyusahkan u. tukar memek muka dan hati jer. boleh? kalau tak boleh pun tak pe, i redha jer

Farhah Zaidah said...

Tasha- okey..nnti i tukarkan.. =)