Mar 6, 2011

Muhammad s.a.w

Salam Alaik...
Kegawatan masa membuatkan aku jarang sekali dapat menulis entry-entry baru..dan kadangkala aku kekeringan serta kemiskinan idea untuk menyampaikan sesuatu dengan kreatif. Maka disebabkan keadaan tersebut lah aku jarang update...Aku rasa semacam tidak best la kalau aku hanya menaip tanpa sebarang sesuatu yang bertindak sebagai magnet kepada pembaca. Baiklah, kita terus ke titik kandungan....


Muhammad s.a.w


Kehidupan Muhammad s.a.w benar-benar hebat dan luar biasa. Kisah hidup Baginda s.a.w takkan pernah habis untuk diceritakan. Kisah hidupnya mengajarkan kebesaran jiwa, keluhuran budi, keberanian, ketabahan dan nilai-nilai lainnya. Muhammad s.a.w Nabi kita.Dia seorang manusia istimewa. Luar biasa yang tiada taranya Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang Rasul yang diutus Allah s.w.t untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh umat manusia. Baginda memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia sehingga semua orang menggelarnya dengan Al-Amin atau insan yang dipercayai dengan sikap lemah lembut dan hikmah maka baginda dapat mengajak umat Jahiliyyah kepada Islam dan kebenaran.


Disini ingin saya kongsikan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku menjelang kelahiran Baginda s.a.w sebagaimana yang telah saya baca daripada beberapa buah buku.


Kelahiran Baginda s.a.w
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w amat berbeza dengan bayi yang lain. 

  1. Ibunya Aminah tidak mengalami kesusahan untuk melahirkannya. 
  2. Baginda dilahirkan dalam keadaan mengangkat kepala ke langit, seorang bayi yang lahir dengan menghulurkan jari telunjuknya bagi mengisyaratkan tauhid, kerana baginda adalah orang yang datang dengan membawa ajaran tauhid.
  3. Baginda juga dilahirkan dalam keadaan telah dipotong tali pusat dan telah dikhatankan.
  4. Baginda dilahirkan dalam keadaan yang suci, bersih, wangi, dan penuh berkah.1
Peristiwa lain yang ajaib
  1. Dinding istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh.
  2. Api di kuil Parsi padam.
  3. Air ditasik sawah menjadi kering.
  4. Berhala-berhala disekeliling kaabah tumbang.
  5. Cahaya yang terpancar dari tubuh Nabi s.a.w naik ke langit dan menerangi kalangan agama Zarahustra.2

Rujukan
  1. 'Aid 'Abdullah Al-Qarni, kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (intisari dari sirah), Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers, 2006, hlm. 13
  2. Abu Mazaya al-Hafiz, sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publications, 2009, hlm. 125
Sejarah Nabi Muhammad s.a.w bukanlah satu perkara yang diperkatakan. Namun dalam menongkah arus kemodenan dunia yang semakin menginjak usia, sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan risalah daripada Allah s.w.t dan menegakkan Islam semakin kian dilupakan. Tambahan pula akhir-akhir ini semakin ramai mereka yang tidak mengenali Rasulullah s.a.w bahkan ada yang sanggup menghina dan memperlekehkan Baginda s.a.w.

Untuk renungan buat diri sendiri dan juga kepada pembaca yang lain.... =)



2 comments:

kay_are said...

memanglah muhammad rasul junjungan mulia =)

Tengku Puteri said...

Kay_are- betul tuh... =)