Apr 13, 2011

Kenapa saya tidak update berbulan-bulan lamanya.....

Dear Istana Cinta...


Kenapa saya tidak update berbulan-bulan berhari-hari lamanya...? Sebabnya aku telah semacam menjawat suatu jawatan yang super power.. iaitu juru kumpul assigment dan projek serta report dan yang sewaktu dengannya..Jawatan ini amat menuntut komitment yang sangat jitu dariku.. konklusinya, saya sangat SEBOK.
Saya sangat SEBOK dengan hal-hal akademik...Walaubagaimanapun kesebokkan aku ini tidak akan mendapat sebarang pingat kebesaran melainkan hanya untuk mengekalkan pointer..huhu.. Entah kekal kukuh atau runtuh...Mari kita lihat kehidupan aku yang semacam berprestasi tinggi akhir-akhir ini.. Berhempas pulas sehingga titisan peluh terakhir lagaknya..


Perkampungan Orang Asli


Pada 24-27 hb Mac yang lalu, aku dan kawan-kawan sejawat dan seangkatan telah ditugaskan untuk berkampung di perkampungan orang Asli.. Kepenatan yang amat sangat membuatkan aku semacam tiada mood untuk update di sini.. walaupun hanya 4 hari disana banyak pengalaman yang diperolehi. Kebanyakkan penduduk di sana adalah dari suku kaum Temuan, daripada kajian kami, sebanyak 97.3% adalah kaum temuan, selebihnya proto-malay dan negrito. Dan mereka juga majoritinya tidak beragama.

Masa 1st day sampai sana, agenda sebenar nak buat majlis penyerahan anak angkat petang tuh, tapi memandangkan penduduk kampung kuala pangsun Hulu Langat bekerja dan tak ada di rumah.. so kami just bersuai kenal dengan Tok Batin je la.. Petang tuh kami berjalan-jalan sekitar kampung. Kat situ sangat BANYAKKKK anjing..


Selalunya situasi kita jumpa kucing banyak..tapi kat situ terbalik..anjing lebih banyak dari kucing.. kucing sekor dua je kot aku jumpa..Aku nih takut ngan anjing macam kawan-kawan lain jugak.. tapi sebelum kami gi sana, pensyarah ada gitau orang asli nih dia jenis cepat terasa.. diorang dah pesan sebelum kami masuk kampung diorang jangan kacau or pukul anjing diorang.. so takut-takut pun buat berani la... jalan buat muka rileks... padahal dalam ati sangat kecut.. Tapi Alhamdulillah anjing diorang tak ganggu manusia.. bila kita lalu kat sebelah,anjing tuh buat tak tau je... 



Sepanjang di sana kami selalu dikerumuni oleh anak-anak orang asli.. salah seorang dikalangan diorang yang menarik perhatian kami seorang adik perempuan nih.. dia ada hawian yang sangat comel.. kalau kat ukm nih, kalau jumpa maunya aku lari tak cukup tanah..tapi masa jumpa kat kampung tuh rasa nak pegang...



Tengok la apa yang dia bela? comel kan? heee... menurut adik nih, binatang peliharaan dia nih makan nasik dan susu.. ayah dia jumpa kat hutan.. ditinggalkan ibunya.. so ayah adik nih bawa la balik.. sekarang usianya baru 2 bulan.. dia tak letak nama rasanya,coz bila ditanya dia cakap tak letak nama pun.. tapi hari tuh dengar macam ada gak panggilannya..cuma aku tak pasti.. perangai binatang peliharaan dia nih kadang-kadang aku tengok semacam kelakuan manusia..macam baby2 tuh... dia tak nak dengan orang lain..dia just nak dengan tuan dia nih je.. kalau kami pegang dia, bunyi dia macam merengek nak nangis... aku nak pegang tapi aku takut dia gigit r.. heee...


Susah tol aku nak ambik gambar dia..
sebab kawan-kawan aku semua pakat nak kerumun..huhu..
Masing-masing rasa tertarik...


Macam nih la tuan dia bawa naik basikal tiap-tiap ari..
menurut adik nih, setiap hari lepas balik sekolah mesti binatang peliharaan dia nak jalan-jalan..
sebab dah biasa macam tuh kot...
Kalau dia pergi sekolah mak dia lak amik alih jaga..

Ok...aku cuma nak cerita tentang binatang ini sahaja untuk aktiviti di sana..kalau diceritakan semua sudah jadi seperti report program yang dihantar kepada pensyarah... Tapi sebelum tuh, semasa kami buat soal selidik, berbual-bual dengan responden.. ada yang pernah berkawan dengan orang melayu dan tahu sedikit sebanyak tentang agama Islam, dia berminat dengan Islam namun hasrat terhalang dengan keluarga.. dan ada juga responden yang mana ramai dikalangan saudaranya sudah memeluk islam tapi bagi dia belum sampai seru lagi.. Kita doakan sama-sama agar terbuka hati-hati mereka untuk menjadi saudara seIslam denan kita.. Aminnn...

Presentation

Balik daripada perkampungan orang asli, sekali lagi aku menyondol pangkat SEBOK.. sebabnya kena bentang program Alam Sekitar yang group aku anjurkan pada 13 Mac. Pensyarah pembimbing kami agak cerewet.. so semacam takut dan nervous la nak bentang depan dia...huhu... 4 jam kredit subjek tuh.. dan tak ada exam...gerun aku.. rasa macam A- pun tak boleh gengam dalam tangan dengan lecture nih.. entah lah tunggu result keluar nanti macam mana...

Assigment & Report

Entah kenapa sem nih aku rasa semacam banyak sangat assigment dan report.. walhal cuma ambik 7 subjek saja sem nih berbanding sem-sem sebelum nih sampai 9 subjek.. Maunya tak banyak, assgment semakin mencabar bila tahun semakin meningkat. konsentrasi amatlah diperlukan dari aku.. komitmen yang tinggi juga sangat diperlukan.. Ada setengah subjek kena buat assigment 2,3 kali sebabnya tak ikut gaya UKM.. Sangat bergaya sehinggakan 4 kali aku hantar assigment yang sama..hohoho... Untuk program yang dah lepas pula, kena buat report.. report ala-ala tesis...huhuhuhu... berkajang-kajang kertas diperlukan untuk menaip.. penat bukan dengan kesibukkan? Yang pasti untuk sem depan iaitu tahun 4 lagi-lagi la aku rasa mencabar... harap masih punya waktu untuk berlibur... heee..

Exam
Okeh sekarang aku sedang menduduki peperiksaan.. sudah 2 paper aku selamat jawab.. markah pula tak tahu lah selamat seperti sangkaan aku atau tidak.. Lagi 4 paper perlu bertarung.. Owh..paper semalam, adalah paper yang buat program perkampungan orang asli tuh... bila aku baca buku untuk exam baru aku tau kisah-kisah pengislaman orang asli di tempat-tempat lain bagi program yang sama seperti kami sebelum ini...

So sekarang aku agak SEBOK dengan study.. Semacam sebok la kadang-kadang... tapi bila ada gap sampai seminggu aku mula sebok membuat kerja-kerja lain... En.Kekasih ati sudah warning aku.. kalau tak dapat 3.5 ke atas siap... then dia teringat pointer aku sem lepas..terus dia up lagi.. 'kalau tak dapat 3.8 SIAP!' Mak aii banyak tuh.. nak dapat macam sem lepas pun berhempas pulas siang malam...sob sob sob... kalau jatuh pointer tak tau la apa hukuman balak menanti aku... hohoho..

Aku PENAT...ok berjumpa di lain kali.. entry sudah tamat... maka boleh bersurai bagi yang sudi berkumpul secara jemaah membaca entry aku yang tidak berkualiti ini...







1 comments:

Amirrah Zawani said...

eh monyet... comelll :)