Apr 17, 2011

Kisah disebalik Umar r.a. Menangis & ketawa tanpa sebab yang jelas..

Ini entry yang bukan cetek akal seperti selalu..di sini ada nota yang boleh di take note..ada nilai-nilai norma hidup...

Dear Istana Cinta..


Pengenalan : Perihal kehidupan saya =)

Bleh skip dari perenggan ini..sebabnya ianya hanyalah pengenalan entry yang tidak ada kena mengena dengan tajuk..

Hari ini, macam biasa..bangun pagi duduk mengadap laptop sebelum mandi..eh2..silap..ari nih aku mengadap laptop selepas mandi...sebabnya kawan roomate aku datang bilik.. maka aku hipokrit jadi ayu bangun mandi terus...harharhar.... (ceit...aku dengar kawan roomate ngumpat aku time aku tidur..ingat aku tidur betul ke hah...aku tidur ayam ja...sakit ati secara tiba-tiba dibuatnya...) Sem depan duduk bilik single tingkat 6..tak bangun-bangun pun tak dak sapa tau....harharhar.... 

Sudah menjadi rutin pulak aku update entry tengah-tengah malam akhir-akhir ini.. sebabnya di awal waktu aku semacam fokus dekat study atau tidur secara overtime..salah satu dari kedua-duanya..ataupun aku buat dua-dua sekali..letak buku sebelah bantal dan tidur..konon2nya kalau kawan roomate datang lagi dia akan expect aku keletihan study kemudian tidur bukan tidur secara overtime.... Baiklah berbalik kepada tajuk, aku suka menulis secara melencong ke lain tanpa perhatian utama kepada headline.. Minggu depan ada tiga paper aku kena harung...semacam mengharung arus yang deras..sebabnya satu berkaitan dengan penyelidikan,satu berkaitan sejarah dan satu lagi berkaitan al-Quran.. semuanya fakta... maka tadi ketika aku menyusuri sejarah lampau iaitu sirah Rasulullah s.a.w. aku tertarik dengan petikan ini...Umar menangis dan ketawa tanpa sebab yang jelas... mari kita susuri sirah Rasulullah ye kawan-kawan...


Kisah disebalik Umar r.a. menangis & ketawa tanpa sebab yang jelas


Dalam satu peristiwa, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. pernah melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Dan akhirnya ada yang berani bertanya : 'Wahai pemimpin org Islam,kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang kami fahami?.."

Umar menceritakan : 
"Dahulu..aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan..Ketika aku mendapat anak prempuan..daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula..aku pendam rasa benci itu. aku sabar sampailah umurnya 6 tahun..

aku sudah tidak tahan lagi.. aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang..dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang..apabila lubang sudah siap, aku menolaknya ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir.. anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main..dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku..

tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan..Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami memuliakan anak lelaki teapi menghina anak perempuan..bahkan membunuh hidup-hidup..Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia..Marilah kita bersyukur atas nikmat ini..Itulah rahsianya apabila aku teringat kisah ini aku menangis.."


umar berkata lagi..

"berkenaan mengapa aku tersenyum..pada satu hari aku keluar dari bandar Makkah..
Apabila keluar dari bandar Makkah, biasanya kami membawa batu dari Makkah untuk dijadikan sembahan..tetapi hari itu aku terlupa membawa batu..tetapi aku ada membawa kurma..aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu..Apabila makanan aku habis..mulalah aku makan tuhan aku sedikit demi sedikit..Apabila aku teringat kisah ini..aku ketawa sendirian..." =)

Rujukan : Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad bin Abdullah-Perjalanan Hidup Seorang Nabi, Selangor, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003, hlm. 5.


Cuba renung-renungkan..ada isi yang tersirat di situ..Cerita tamat..boleh bersurai..

p/s:


kalau aku menangis kemudian ketawa..har..! har..! har..! 
maknanya aku semacam bohsan maut la tuh...atau..
mungkin perlu dihantar ke hospital sesegera mungkin..
ada virus yang menjangkiti aligment otak aku...



0 comments: