Apr 24, 2011

Tak pandai melukis? Tapi nak lukis ?


Salam Alaik...sebenarnya ati dan otak sedang tak berapa center.. kerna..ada amarah sedang bermaharaja lela.. sebabnya ada mesej yang tak ku undang di formspring kat bawa sana nuh...
aku suruh tanya soalan dekat situ..bukan buat kenyataan...huh...
Istighfar agar aku tidak sesat atau melencong dari tajuk sebenar..sebabnya bila marah...

'for every minute you are angry with someone, 
you lose 60 seconds of happiness that you can never got back"

Lagipun bila marah..macam-macam kata-kata yang kurang enak boleh meledak..
maka jadi keterlaluan..atau aku akan menaip dengan gaya cetek akal seperti selalu..haha..

"Anger is a condition in which the tongue works faster than the mind"

Tips atasi..
  1. solat asar dulu..pastu..
  2. aku main lukis-lukis..eh..bukan main cantum-cantum..so lupa sat pasal marah tadi noh..sebabnya semacam seronok ibarat budak-budak tadika yang baru pandai main kaler-maler...
  3. Pastu terbit entry tak berkualiti dan tak bertauliah kat sini..
Baiklah dah terlalu jauh aku melencong..maka harus berpatah balik ke jalan yang lurus bendul... Dolu-dolu aku pernah buat entry cantum-cantum jugak...so basic tengok situ lah... klik sini tapi entry dulu-dulu tuh tak berapa cantik r lagi..sekarang pun masih tak cantik..masih mencuba dan terus mencuba...ini cara saya nak jadikan orang lidi tuh..

Bahan-bahan :
Photoscape je..kalau nak kaler guna photoshop..tengok tutorial sebelum ini jugak la..aku malas nak printscreen banyak-banyak step..dan aku tak suka buat video...hahaha...


Sebab tengah hangin..maka muka kartun nih pun berangin..Hah... 
  1. mula-mula buka photoscape..
  2. pastu klik kat atas bahagian kanan tuh...klik menu..new photo..
  3. pastu buatlah berapa saiz yang kamu sekalian nak..tengok macam entry dulu-dulu tuh la kalau tak faham..
  4. Untuk kartun kat atas nih aku guna bentuk :
  • Bulat untuk kepala
  • Garisan untuk badan
  • Huruf : C untuk kening, V untuk tangan
  • Koma ( , ) untuk mulut kartun tuh..
  • Titik/ noktah ( . ) untuk biji mata
    5. Siap...cuma main dengan bentuk-bentuk dan huruf-huruf saja..tak rugi kecik-kecik dulu belajaq A sampai Z.. belajar macam-macam bentuk..bukan setakat boleh guna untuk akademik..tapi manipulasi untuk lukis-lukis...


Baiklah boleh la try bagi yang berminat dan tak tahu cara nak buat.. bagi yang dah tau abaikan or komen yang membina untuk saya ye..
ok cerita tamat..boleh bersurai...

2 comments:

izaidah hj jamaludin said...

saya dah cube lukis..jadi la..tapi tak cantik macam awak lukis...thanks ajar!

Tengku Puteri said...

Izaidah hj jamaludin- sama-sama kasih...xper..teruskan mencuba..sy dulu pun buat tak cantik..lama2 ada peningkatan..=)