Jun 15, 2011

Hobi baru....

Mood : Tengku Puteri semacam syok sendiri.. =)

Dear Istana Cinta..
Terasa semacam sudah berdekad lamanya aku tidak menjadi tukang karut di sini.. Pertamanya aku sibuk dengan hal akademik.. eh! tipulah...sekarang kan tengah cuti semester.. aku tengah jadi penanam anggur yang tidak maju ke depan atau mundur ke belakang... aku tak boleh mengarut secara berterusan sebabnya berukband semakin slow...sob sob sob... 

Baiklah.. aku sebenarnya sedang sibuk dengan hobi baru aku... setelah cubaan demi cubaan barulah terhasil ini semua... aku sibuk dengan hobi baru mengacau dodol...har har har... ini lah hasilnya setelah menerima didikan daripada cikgu wan dan cikgu Nad .Cantik tak? okeh tak payah jujur jawab sebab aku dah semacam dapat hidu jawapan kalian... tak cantik... sob sob sob ... mana tisu nak kesat mukus...? perangai macam kambing je aku mengarut tak tentu hala.. okey tengok lah...



Satu lagi...aku sangat suka buat benda ini... comel tak? comel tak? sekali lagi buat perangai macam kambing atau monkey...

Kalau lah semua benda yang kita nak boleh dapat macam tuh saja kan best.. sebab tak boleh dapat macam tuh saja.. maka aku lukislah sendiri...imagine itu ini yang comel-comel... walaupun hasilnya tak secomel imaginasi... lepastu nak tidur buka laptop tenung lagi lukisan sendiri...har har har...

Baiklah entry tamat...ada orang datang umah..umi dok panggil aku bancuh air...ceittt...potong line betul umi nih...heeee... boleh bersurai ye kawan-kawan.. tunggu sidang seterusnya... =)

2 comments:

~syue~ said...

comella,tenang je lukisan2 tu..sebab pink.hehehe

Tengku Puteri said...

syue- pink itu menenangkan mata... heee... =)