Dec 29, 2011

Kela Camp Best!

Dear Istana Cinta,



Sudah 2 hari pulang dari Kela Adventure Camp Raub Pahang. Best! Sangat best la.. Masa mula-mula tuh, sebelum pergi ke kem nih memang dalam kepala pikir macam tak best je.. 4 hari tak ada coverage la, pikir nak kena buat aktiviti lasak2 la.. TAPI.......... Bila dah sampai sana best yang amat saya rasa.. sekarang terasa rindu-rinduan lagi kat tempat tuh... Macam-macam aktiviti yang kami buat, jurulatih-jurulatih lak kebanyakkannya terdiri dari bekas tentera.. baik lak tuh melayan kami walaupun selalu juga kami tak tepati masa.. nasib tak kena denda rendam dalam sungai kan...huhuhu...


kawan-kawan saya yang suka durian tiap-tiap hari diorang makan durian..
siap dapat bawak balik lagi..
saya pulak tengok durian tak bernafsu...
sebabnya saya memang tak suka durian..huhuhu

Untuk program kali nih gabung antara tahun 3 dan tahun 4 program Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Antara aktiviti yang kami buat kat sana water confident, water tracking, cabaran berakit, burma bridge, flying fox, silara bridge, jungle tracking, night walk, latihan jasmani, group aktiviti, anyam atap dan lain-lain lagi la..

Ari 1st kami sampai, kami diberi penempatan iaitu kami tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada buluh dan beratap daun. Rumah yang saya duduk untuk 4 orang je..muat-muat je dengan 4 orang... saya, shuhada, ina dan husna.. malam tuh ada aktiviti night walk.. Berjalan dalam hutan sekitar jam 9.30 macam tuh kot kami mula berjalan dalam hutan. dalam pukul 12 baru kami balik semula ke kem..satu-persatu kumpulan dilepaskan masuk ke dalam hutan.. hanya dengan berbekalkan 2 lampu suluh.. Malam tuh, kami berjalan dalam hutan kelapa sawit. Kami ada 10 kumpulan jadi dibahagi 2. kumpulan angka genap masuk hutan kelapa sawit, kumpulan angka ganjil masuk hutan getah. 


Sebelum berjalan malam dalam hutan panaskan badan dulu...

Susah jugak berjalan dalam hutan tanpa lampu yang banyak, tergelincir la. masuk lopak air la.. kena gigit agas la.. pacat lagi.. bunyi binatang la.. kami cuma berjalan ikut lampu yang dipasang oleh jurulatih.. lampu waran merah yang berkelip-kelip.. Mula-mula bergerak dalam kumpulan sampai tengah hutan kami berhenti sebab pakcik tuh nak ajar kami dengar bunyi yang dibuat oleh binatang dan bunyi yang dibuat oleh manusia.. dapat pengetahuan baru, rasa macam duduk dekat rumah pernah je dengar bunyi tertentu yang disangka binatang rupa-rupanya manusia.. Selesai dengar bunyi-bunyian tuh, kami teruskan perjalanan dalam kumpulan. sampai lah ke check point terakhir, kami kena bergerak seorang demi seorang dalam hutan tuh.. takut juga la.. saya langkah luas-luas time berjalan sorang-sorang sebab nak bagi cepat sampai.. hehehehe...



nih gambar kawan saya masa meredah arus sungai,
masa nih saya dah selamat sampai pun...

Hari kedua, aktiviti jungle tracking pula, sebelum masuk hutan kami kena meredah arus sungai dahulu sebab hutan simpan pahang tuh, terletak di seberang sungai.. disebabkan arus sungai kuat kami kena meredah dengan tali.. Masa orang pertama meredah sungai tuh cuak juga tengok sebab dia terlepas dari tali dan di bawa arus, tapi jurulatih semua hebat-hebat, mereka boleh tahan budak-budak yang terlepas dari tali.. yang kurus-kurus, kebanyakkannya terlepas dari tali la... di bawa arus.. yang besar-besar macam saya nih boleh bertahan lagi.. cuma ada jugak yang kaki kejang tiba-tiba.. macam-macam la kerenah..heeeee...


nih la titian silara..
gambar kat atas nih ketua batch kami..


Selesai jungle tracking, petang tuh aktiviti burma bridge, flying fox dan silara bridge. saya tak berapa suka burma bridge & silara bridge sebab saya gayat bila kena berjalan atas satu tali.. tambah-tambah silara bridge sebab kat bawah air sungai yang sedang mengalir.. saya jadi pening tengok arus sungai tuh.. saya jalan lambat macam siput kot time tuh...huhuhuhuhu... ketaq kaki ceq...

Hari ketiga baru lah aktiviti water confident, kalau ikutkan aktiviti nih ari kedua tapi memandangkan air pasang, dan keruh jadi terpaksa la tunda sampai ke hari ke tiha.. Alhamdulillah malam hari kedua hujan tak turun jadi air dah jernih, arus pun dah tak berapa kuat.. 

 masa aktiviti water confident kami diajar cara-cara terapung dalam air. Mula-mula macam risau jugak sebab rasa macam tak boleh je nak buat terapung, tapi bila pakcik tuh lepaskan saya dalam air baru la saya tau boleh terapung jugak saya nih... kehkehkeh.. tapi air tuh macam berpusing-pusing, saya pun ikut berpusing-pusing dalam air lepas tuh kepala saya terhantuk dekat batu.. Comfirm kelakar je rupa saya time tuh...

Selesai buat terapung dalam air, kami teruskan dengan water tracking.. Iaitu berjalan dalam air.. Berjalan dalam air kena berhati-hati juga sebab ada batu-batu yang licin. Masa nak letak kaki dalam air kena pastikan tempat yang nak pijak tuh ok, baru lah pijak.. Tempat-tempat yang arus deras memang jurulatih akan tunggu dan tolong kami.. Selesai water tracking barulah kami boleh berakit.. 

Kalau ikutkan 1 rakit, 3 peserta perempuan dan seorang peserta lelaki.. tapi tengok saiz rakit jugak la.. macam rakit yang saya naik saya dan 2 kawan perempuan je.. sebab masa peserta lelaki tuh nak naik, rakit kami macam nak tenggelam.. hehehe.. sebelum naik rakit, jurulatih bagi taklimat dulu.. cara nak kemudi rakit, kalau rakit nak ke tebing sungai kena buat macam mana, kalau nak break macam mana, kalau break emergency kena buat apa.. so kami bertiga kemudi lah rakit tuh... 

masa di awal perjalanan memang selalu sangat terbabas.. yela nak bawa rakit bukan boleh main kayuh je.. buluh rakit yang kita pegang tuh kena cacakkan dalam air.. kalau kayuh macam kayuh kayak memang rakit tuh asyik nak serong ke kiri atau kanan tebing je.. banyak kali jugak la kena terjun dalam sungai sebab emergency kes.. Mula-mula saya duduk dekat depan sekali sebab nak kemudi rakit la kononnya, Shuhada duduk dekat tengah, Sharifah duduk belakang sekali.. lepas terbabas saya bagi shuhada pula bawah.. lepas tuh shuhada pula bawa terbabas masuk bawa pokok, buluh rakit sangkut dekat pokok.. Sharifah dah selamat terjun kami dua pulak dok beraksi tido atas rakit sebab tak nak terlanggar dengan pokok tuh.. Pakcik tuh suruh terjun baru kami terjun.. 

Lama jugak berendam dalam air.. dari pukul 10 pagi macam tuh sampai pukul 3.30 petang.. baru naik atas darat makan nasik.. walaupun tak makan nasik masa tuh larat jugak bawa rakit...hehehehe..


Dari kiri shuhada, saya dan sharifah..
Masa nih baru lepas terbabas..
nak gerak semula rakit tuh.
asalnya saya jadi pemandu yang duduk belakang..
time terbabas tuh saya cuba nak pegang rakit tak nak terlepas tapi saya lak terjatuh dalam air
sebab dibawa arus. jatuh atas batu lak tuh. tangan luka-luka, lutut lebam-lebam sampai ari nih..
huhuhuhu..

Selesai semua aktiviti tuh, petang hari ketiga kami cuma buat latihan untuk malam persembahan je.. kumpulan saya kena buat drama & boria.. Dapat persembahan terbaik lak tuh boria... hahaha...macam apa gi... banyak sangat gambar yang diambil tapi semuanya ada dekat cameraman.. kami bawa sorang cameraman untuk ambil gambar sepanjang program.. kalau nak ambil sendiri memang tak sempat la..

Emmm...next time kalau blogger nak buat gathering boleh la buat kat Kela Adventure Camp.. mencabar sikit, boleh belajar benda baru, boleh rapatkan sillaturrahim sekaligus bila buat aktiviti berkumpulan macam nih...kan? heeee.. owh ye..kalau nak tengok blog Kela Camp boleh singgah SINI

Ok.. entry tamat! dah berjela taip..naik juling mata...

6 comments:

Puan Kutu said...

wah best..dh lama tak buat camp macam nie..sgt suka!

ada plak terhantuk batu kt kepala.mmg lawak!

Ku Azhar said...

durian!!!! T_T teringinnya T_T

twinkle twinkle said...

xpernah rase camp mcm ni :)

fieha said...

best nye tempat ni.. :)

merahitujambu said...

seronoknyaaa..lama x camping cmni

Nur-nba said...

Teringat zaman sekolah dulu..
Lama benar tak buat aktiviti lasak seperti ni.. Mesti seronok sangatkan.. Deras juga air sungai tu.. ngeriii..