Dec 17, 2011

Lupakan Kekasih Lama



Jangan toleh ke belakang, terus pandang ke hadapan...

Tengok, dah 3 bulan soalan tersebut ditanya di formspring saya.. tapi baru hari ni saya berkesempatan nak jawab.. tak tau la apa dah jadi dengan yang bertanya.. samada masih hidup atau dah arwah.. Nauzubillah.. minta-minta sihat walafiat ye... saya pun pernah frust menonggeng... bila fikir balik rasa jijiknya perangai.. hahaha..

Sebelum tuh,saya nak tanya (saya anggap perempuan ye sebab dari soalan tuh macam perempuan je) ..  

saudari yang bertanya nih sekolah lagi ke? masih belajar ke? 

Kalau yang bertanya nih masih bersekolah, akak nasihatkan adik belajar lah rajin-rajin.. tak untung pun bercinta time sekolah nih, bukan boleh kawin pun.. kalau boleh tak apa la.. heee.. masak pun tak pandai lagi kan.. nak bercinta pulak.. yang pakwe adik pun gi sekolah mak bapak dia bagi duit tuh pun ada hati nak mencurahkan kasih sayang dekat adik.. ish..ishk.. iskh... tak boleh buat laki pun..


Lupakan Kekasih Lama

Nak tau cara nak lupakan kekasih lama? senang je... cuba la ikut tips yang saya nak bagi nih ye..moga-moga mustajab la hendaknya.. kalau tak mustajab jugak pi beli losyen mustajab...eh2.. tak dak kena mengena plak..heeeee... (lukisan dekat bawah sangat lah tidak comel sebab nak buat cepat-cepat)

1. Kalau pasangan awak pernah bagi barang, buang terus barang-barang yang dia bagi tuh. Nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi rumah ke, kereta ke awak fikir la masak-masak.. buat apa membazir.. simpan je..heee..


2. Buangkan jugak no fon dan gambar beliau. kalau dah buang pun masih teringat.. boleh buat macam tips no 1. bakar sekali fon-fon.. puas hati aku.. awak pun tak gatal nak call dia.. dok tunggu-tunggu bila dia nak call balik.. kalau teringat jugak hantuk kepala kat dinding.. agak-agak macam dah hilang ingatan ok la tuh.. settle masalah.. haha..



3. Ingat yang buruk-buruk tentang bekas pasangan awak. kentut kuat-kuat tak kira tempat contohnya.. jangan ingat yang baik-baik, kalau ingat yang baik-baik sampai bila pun awak tak dapat nak lupakan dia.. bila ingat yang buruk-buruk bertambah la takat benci awak dekat dia.. jadi senang sikit nak lupakan dia.. 



4.Jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu-lagu yang ada unsur rindu, sayang dalam lirik lagu tuh. sebabnya time putus cinta nih la awak rasa sangat memahami setiap bait lagu tuh.. kalau sebelum nih tak perasan pun lirik lagu tuh macam mengejek awak sebenarnya tapi bila putus cinta setiap lirik semacam sangat bermakna.. tiba-tiba awak semacam jadi orang yang hebat sastera... Tengok la cerita fasal kematian dan dengar lagu-lagu nasyid, selawat, takpun ceramah agama.. ada gak pekdahnya..



5. Berdoa. Lastly berdoa lah pada ALLAH.. sesungguhnya DIA Yang Maha Mengetahui baik buruknya setiap sesuatu.. Apa kata sekarang cuba bercinta dengan tuhan pulak.. mungkin sebab dah terlalu lama anda mengabaikan cinta anda padaNYA.. maka DIA merampas cinta palsu anda itu.. hapuskanlah air mata awak.. Jangan menangis sebab dia yang tak pasti tapi awak menangis lah sebab DIA yang sentiasa disisi.. cuba awak muhasabah, pernah tak awak menangis sebab cinta awak padaNYA yang terlalu sedikit?




Sepatutnya awak tak perlu bersedih hati, menangis macam orang gila.. sepatutnya awak gembira sebab sekarang awak bebas dari cinta palsu yang melalaikan.. kalau benar dia cintakan awak mesti dia dah jumpa mak bapak awak sampaikan niat nak memperisterikan awak.. oleh sebab dia dah tinggalkan awak, awak bagitau je dekat mak bapak awak, awak nak kawen! comfirm mak bapak awak akan cari jodoh yang terbaik untuk awak..

Macam mana nak pikat hati si dia? yang nih next time la saya kupas.. belum ada idea.. yang pasti awak kena ingat, cinta itu ibarat remote control. 

Sekian! tak fasal-fasal guwa kena baca buku panduan bercinta...hahaha.. nanti update lagi..

Andai ku tahu cinta itu membunuhku..
nescaya akan ku sediakan kafan sebelum aku menemui cinta..


13 comments:

Alia Syaza :) said...

wahh. comel jea gambar2 nih.. hehe.
betul3 apa yg akak kata tuu. setujuu!
hee. menarik ni :D

Tengku Puteri said...

Alia Syaza- haha..akak hentam kromo ja alia.. x fasal2 kna baca buku panduan bercinta kan...hahahahaha..

Puan Kutu said...

haha jadik dr love palk cikgu kita.dah macam segmen keluh kesah kak esah plak.kehkeh...

mmg ssh nak lupa kekasih lama,cuba ikut arahan puteri yer adik2..nasihat dr kakak2 ni lg pedas.hoho..

Tengku Puteri said...

Puan Kutu- akak, sebab saya boh nama istana cinta dkat blog la kot dapat soalan cinta..hahahaha..

haah la kan mcm segmen keluh kesah kak esah la..hahahahaha...

nurdani said...

betul tu.nak lupakan kekasih lama,kita kena usaha la buang memori indah tu.kalau tak nanti,sampai bila2 pun asyik termenung menangis je.

merahitujambu said...

bukan mudah nk lupakan si dia.tp mungkin cari penganti lain boleh.heee

mekar24 said...

Bila ada pengganti insyaAllah boleh lupakan si dia. Tapi bukan mudah kan !

from : juadahmalaysia.com

~Dr.CiNta~ said...

insyaallah jumpa yg lagi better ;D

btw nice doodle auww kiut ;D

Nur-nba said...

Hidup mesti diteruskan.. Bagus nasihat Farhah ni.

Eyra Meow said...

Teheww :) ta bole kata apa . comel . hehe

Chikova_Airashii said...

boley copy x.. t sy credikan to ur blog. bley? let me know if awak bg ye :)

Anataenotsuki said...

COMELNYE AWAK NIEEEEEEEEEE... KITE SUKE.
HAHAK:)

NURUL ◕‿◕ said...

nak minta guna gambar di atas ye untuk letak dekat entri..nanti saya kredit :) thanks!