Jan 28, 2011

Cantum-cantum jadi kura-kura

Salam Alaik...
Ingat lagi cantum-cantum jadi orang lidi dulu? so kali nih saya nak tunjukkan cara cantum-cantum jadi kura-kura pulak... =) saja je nak abadikan disini setiap sesuatu yang saya pelajari dengan sendirinya...pada yang suka main cantum-cantum nih boleh la cuba...

software :  1.) PhotoScape (untuk melukis @ main cantum-cantum)
                 2.) Photoshop (untuk Mewarna)
Comel tak kura-kura saya? heee...tak comel pun ngaku jugak comel... =)

1.) Langkah pertama buka photoscape..kemudian pergi ke menu..new photo..pilih la saiz berapa pun yang ada suka..contoh macam saya buat Width :500 & Height :250..Kemudian klik pada objek..pilih bentuk empat segi..macam dalam gambar rajah di bawah...kemudian tarik cursor untuk membentuk petak @ segi empat tepat..nih untuk buat badan..


2.) Langkah seterusnya,buat petak kecil pula untuk membentuk kepalanya...seperti gambar rajah di bawah..


3.) Seterusnya,buat lagi petak-petak untuk membentuk kaki kura-kura tuh..
buat satu petak kemudian klik pada lambang ' + ' pada petak yang dibuat untuk membentuk petak2 lain yang sama saiz..seperti gambar dibawah..susun kakinya mengikut kehendak anda..


4.) Kemudian klik pada line seperti yang saya bulatkan dalam gambar rajah dibawah untuk membentuk ekor..
sambung-sambungkan line itu untuk jadi segi tiga tepat sebagai ekor..


5.) Seterusnya,untuk membuat mata,klik pada lambang 'T' iaitu teks..masukkan noktah untuk membentuk mata..mulutnya pula sambungkan line untuk jadi seperti dalam gambar rajah..
dan buat petak-petak pada cengekerang untuk corak cengkerangnya...


6.) Siap sudah cantum-cantum..maka kita kaler pula bagi nampak cantik sikit..sikit je.. =)
buka adobe photoshop..open..kemudian klik pada klik quick selection tool..dan klik pada corak yang terdapat pada cangkerang kura-kura..


7.) Kemudian klik new layer..
dan klik pada gradient seperti yang saya bulatkan pada gambar rajah dibawah..


8.) Kemudian akan keluar pop up seperti gambar rajah dibawah..
so pilih la kaler sesedap hati..dan klik ok..




9.) Kemudian klik select> inverse..klik pula edit > fill > colour..pilih la kalar yang ingin diwarnakan pada badan kura-kura tuh...selesai semua klik layer> flatten image...akhir sekali klik file> save as... 



Selesai...

Jan 25, 2011

Anda Ikut Iblis ke NERAKA Bila..... ( 1 )


Anda ikut iblis ke neraka bila....
-Anda Gemar diPUJI

Sape-sape pun suka dipuji..tapi ingat,puji-pujian itu hanya untuk pencipta kita..
bila dipuji...jantung seakan berdebar-debar..semacam sangat aktif mengepam darah
beroksigen ke seluruh badan...eh2...merapu pulak..
bila dipuji..
Kembang je hidung..kalau diameter lubang hidung tuh memang besar..bertambah-tambahlah saiznya..saintifik pulak haku..
(uih...perasan tak aku semakin tidak senonoh dalam menaip entry akhir-akhir ini..? Astagfirullah....kembali ke pangkal jalan...)
Emm..bila kita sukakan pujian sedikit sebanyak mungkin terdetik unsur riak di hati..
maka minta dijauhkan...

Anda ikut iblis ke neraka bila....
-Anda Gemar BOROS
Berbelanja hanya untuk keperluan..
bukan untuk keinginan dan kehendak  yang tidak pernah mengalami utiliti sut...


(Lukisan ini pernah guna untuk entry sebelum ini..tiada idea & tidak berapa rajin untuk melukis yang lain..)


Anda ikut iblis ke neraka bila....
Anda Gemar MENGUMPAT
Emm..part nih cukup susah nak elak..ye dak..
ada je kekurangan diri orang lain yang engkau suka pertikaikan..
seolah-olah engkau begitu sempurna..
tiada langsung cacat dan celanya..
huh! benci haku..

Nanti ada masa aku sambung lagi ye..walaupun tak ada orang baca..at least peringatan untuk diri aku sendiri..ye dak?




Jan 24, 2011

Nukilan seorang kawan

(ini cuma entry mengarut...tiada isi-isi penting..boleh pergi sana..main jauh-jauh...)


Salam Alaik...
Lain yang ingin saya post...lain pula yang saya post...sebabnya..hati kat dalam nih tak berapa seronok...tak tahu sebab apa...pernah tak engkau sedih tapi engkau tak pasti..engkau sedih kerana apa? pernah? ke aku saja yang alignment otak selalu lari...


Maka idea untuk saya melukis dan menulis berkaitan ilmu yang ingin saya kongsi tiada....jadi saya cuma mahu tunaikan janji kepada seorang kawan..iaitu ingin mengabadikan pemberian lukisannya kepada saya disini..Cantik bukan?







Gadis berduka lara di malam hari..



Jan 23, 2011

Tidak Percuma...

Tidak Percuma

Ingat lagi tentang seorang penulis?
kalau tak ingat engkau boleh klik sini
Sudah sihat dari amnesia? amnesia ke amsonia? heee..
okeh..
aku ingin kongsikan lagi disini...ayat-ayat yang best dalam buku 'penulis yang disayang tuhan'

'Dalam dunia,tidak ada perkara yang percuma..
Sama ada kita berusaha bagi memperolehnya 
ataupun 
kita perlu membayar selepas kita diberi..'

100% setuju...tidak ada yang percuma..hatta kau nak kencing pun kena bayar..
tapi setakat ini kentut je belum kena bayar kot..sebab kau bebas kentut di mana-mana
secara diam mahupun bising-bising...ye dak? haha...( maaf saya tidak senonoh sikit untuk entry ini)
dan bernafas pun tak perlu bayar lagi kan..? ke aku cetek ilmu tak tahu dah kena cas..

Baiklah...kata-kata aku tidak bermakna...
kita teruskan lagi kata-kata yang bermakna ku kutip dari sebuah buku...

emm..terpukul jugak dengan kata-kata di atas...sebab selalu je buka pili paip duit..hee
secara sepuas hati...maka bila duit dah tahap kronik mahu kering baru aku mahu berjimat cermat..haha..
setan besaq betoi la dok hasut aku nih!
Marilah berjimat cermat wahai kawan-kawan..

Okey..tiba-tiba jantung berdebar-debar..jantung semacam bekerja secara overtime..
mengepam darah secara ekstrem di dalam sana..
semacam sangat sesak di dalam ini....
sebab aku tengok dekat follower..
Abang Ben baru je jadi follower yang ke 744...
heeeeeeeeeeeeeeeeee...
suke..sebab dia follow blog picisan aku nih..

Owh..aku sudah melampau...sekarang sudah pukul 11.30 masih tidak tidur..
sedangkan esok kelas dari seawal pagi hingga selewat 6 petang..

Jom tido..

10 sebab kenapa doa ditolak...


1. Kamu mengenal Allah..
tetapi kamu tidak menunaikan hakNYA..

2.) Kamu menyatakan kamu cintakan Rasulullah ..
tetapi kamu meninggalkan sunnahnya..

3.) Kamu membaca Al-Quran 
tetapi kamu tidak beramal dengannya..

4.) Kamu menggunakan nikmat-nikmat Allah 
tetapi kamu tidak bersyukur dengannya...

5.) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu..
tetapi kamu tidak menentangnya..


6.) Kamu telah berkata syurga itu benar.. 
tetapi kamu tidak beramal untuknya...

7.) Kamu telah berkata neraka itu benar.. 
tetapi kamu tidak lari darinya..

8.) Kamu telah berkata mati itu benar...  
tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya..


9.) Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban orang 
tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri



10.) Kamu kebumikan mayat sahabat kamu..
tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar dari kematiannya..



JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI



Buat kedua kalinya nak joint segmen abang Ben.. 
walaupun hakikatnya header saya tak cantik...
sape nak joint boleh la klik pict header abg ben kat atas ye..

1.) Siapa yang buat header tersebut :
- saya buat sendiri..

2.) Perisian yang digunakan:
- photoScape & paint.Net

3.)Maksud header tersebut :
- kisah dua insan sebagai watak protagonis bagi blog bisikan rindu ini..

4.)Jangka masa yanng diambil buat header itu:
- setengah jam.

5.) Header blog lain yang anda suka tengok- 



Jan 22, 2011

Merenung Diri... =)

Pernah tak engkau tak berapa tahu apa yang engkau rasa??Emm..aku selalu rasa semacam demikian...mati ke hati aku..? emm..kurang hidayah gamaknya..ye dak..hahaha..okey mari merenung diri sendiri.. kembali ke pangkal jalan...(lukisan tak cantik sebab nak lukis simple-simple dan cepat...malas nak buka adobe kaler bagai...)

-Siapa yang banyak bercakap,banyak bohongnya...




-Siapa yang banyak bohongnya, kurang malunya...


-Siapa yang kurang malunya, sedikit wara'nya...


-Siapa yang sedikit wara'nya, mati hatinya...

Apabila hati menjadi mati,manusia akan sukar menerima hidayah Allah..Tanpa hidayah,manusia akan berkata dan berbuat sebarang kehendak menurut hasutan iblis lalu menderhakai ALLAH..



Perindu

Seorang Penulis... =)

Mood : Skema
Salam Alaik..
Akhir-akhir ini saya menjadi semacam ulat bulu..eh silap..ulat buku..sebab..tiba-tiba rasa macam nak pergi library pinjam buku banyak-banyak..tidur dengan buku..makan dengan buku...makan buku...tapi buku yang tidak berkaitan dengan assigment langsung.. kalau pinjam yang berkaitan assigment mungkin bisa memakan hati sendiri..jadi saya suka pinjam buku yang diluar keperluan akademik..tapi mungkin jugak keperluan rohani...hahaha..mungkin ada ilmu boleh saya kongsi...siapa tau..ya dak?? siang tadi..saya telah membeli sebuah novel..niat di hati hanya mahu baca-baca sinopsis sahaja..tapi apakan daya tertarik dengan penerangan akak yang menjual tuh..peminat karya penulis tersebut..maka saya membelinya...mungkin berguna getus hati kecil saya... =)  RM18.50 ..tak bazir la..ilmu... =) senyum lagi..sedapkan hati sendiri.. sedangkan banyak lagi saluran perlu disalurkan wang...AJK tertinggi untuk program ke kampung orang asli dah minta rm50 satu kepala..untuk keusahawanan modal rm30 satu kepala...tak mengapa lah farhah ILMU !! sudah..nanti alignment otak boleh lari sebab pikir duit...


Baiklah baiklah baiklah...jangan menangis sampai tujuh tempayan makan hati dengan saya sebab sudah perenggan ke dua tapi masih tak mulakan perkongsian sebenar..berbalik kepada tajuk utama..seorang penulis..bukan seorang bahkan berorang-orang mungkin ..seperti cendawan tumbuh selepas hujan..sebab lihatlah dunia...penulis di blog kan ramai.. =) baiklah..saya ingin berkongsi sepatah dua kata ayat-ayat yang berkesan di hati saya melalui pembacaan novel yang saya beli tadi.. bertajuk " Penulis yang disayang Tuhan".. novel ini baru saja terbit pada 10 januari 2011 yang lalu.. penulisnya Bahruddin Bekri..sekadar perkongsian..


Bila difikirkan benar kata-kata penulis bait-bait indah di atas..tapi mungkin sikap yang ada pada penulis yang sememangnya berperanan menghiburkan pembaca..bertanggungjawab menyampaikan ilmu..bukan penulis diari yang bercerita soal hidupnya sahaja..tak kisah suka atau duka..


SYURGA atau NERAKA..? PILIHLAH

Baca dan faham sendiri setiap bait di atas...tanpa kita sedar mungkin penulisan kita itu mampu menjerumuskan diri sendiri dan orang lain ke neraka..maka berhati-hati lah ketika menulis..jangan ada tulisan yang boleh menjadi hasutan sifat mazmumah kepada pembaca..

Mungkin inilah yang dikatakan penulis yang disayang tuhan..mengajak mencari redha dan rahmat tuhan... tapi jangan sekadar sebuah penulisan..kerana ilmu tanpa amal itu umpama pohon yang tidak berbuah...

Akhir kata..menulislah untuk sesuatu yang kamu perlu..
  • Perlu mengejar nama
  • Perlu kerana bertanggungjawab
  • Perlu kerana wang
  • apa sahaja keperluan yang manusia perlu..
  • Perlu kerana ALLAH
penulis akan menuliskan kerananya...

p/s : bestlah buku tuh..sedikit sebanyak motivasi diri sendiri... =)



Gadis bekeperluan:

Jan 20, 2011

Satu Perjalanan Yang Pasti

PENGENALAN :
Nama Sebenar  : Hamba Allah S.W.T
Gelaran             : Insan
Berasal              : Tanah
Alamat              : Planet Bumi


MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN :
Tempat Berlepas     : Kehidupan dunia
Destinasi Tujuan      : Alam Akhirat
Tempoh Perjalanan  : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi.
Masa Berlepas         : Ketika Malaikat datang menjemput.
Masa Hadir (check In) : Ketika dan selepas nyawa di cabut.
Bentuk Tempahan     : Tetap,pasti,mesti, dan tidak akan berubah.


SYARAT-SYARAT PERJALANAN :
Ditujukan kepada semua penumpang,diminta ambil perhatian kerana anda akan memulakan perjalanan anda dengan meninggalkan kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Sila pastikan ketua anda semua (pilot) atau juruterbang dikhaskan itu,malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas,dapatkan maklumat lanjut pada kenyataan yang terdapat di dalam Al-quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W serta mengikutinya dengan berhati-hati . Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para cendiakawan dan ulama'.


MUATAN YANG DIBENARKAN DIBAWA MASUK :

  • 5 Meter kain kapan putih
  • kapas putih secukupnya
  • muatan-muatan lain yang dipertimbangkan: 
  • amal soleh
  • sedekah jariah
  • anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
  • ilmu yang bermanfaat
PERHATIAN :
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

SAAT ATAU WAKTU BERLEPAS :
Kepada semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANGI :
Tempahan perjalanan adalah suatu yang tetap dan pasti dan tidak perlu diingatkan lagi. Hendaklah kamu ambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik sesuai dengan firman Allah S.W.T  " Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan tuhannya,maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang baik .janganlah pula mensyirikkan Allah S.W.T dengan sesuatu pun.

Nih lukisan time malas..tak apa,janji mesej sampai...ye dak?




Jan 19, 2011

JOM GEGAR BLOG!




JOM GEGAR BLOG !

Bismillah......
1st time joint segmen abg ben..sebab aku selalau tak sempat...ada je keje..heee

okeh..sape nak joint bleh lah klik kat gambar abg ben tuh

Sekian pengumuman..

Masa Berlalu


Biar masa berlalu....
namun jangan biarkan cinta dihati pudar dibawa arus masa berlalu...
Masa kita muda-muda....
Harap-harap bila dah tua pun tetap macam muda-muda dulu...

p/s : merasakan masa semakin tidak cukup..terlalu banyak hal perlu dilakukan..maka update dengan kadar penulisan yang pendek....



Jan 16, 2011

Saya sudah reti lah.... =)

Mood : Happy + emosi sedikit tidak stabil = bercampur baur..
Dear Bisikan Rindu..................


Malam ini mood semacam tidak baik..akhir-akhir ini mood tidak stabil..tak tahu kenapa..rasa mahu nangis kencang-kencang yang boleh..lepas tuh boleh buat hantaran 7 tempayan air mata macam lagenda puteri gunung ledang...so bila saya semacam berperasaan seperti itu..saya perlu buat sesuatu agar saya sibuk..tapi sibuk yang meng excited kan diri sendiri...yeay! bukan sibuk dengan assigment...itu langsung tidak gembira.. boleh makan hati...!


So,malam ini saya secara bermati-matian melukis! kali ini saya melukis...bukan main cantum-cantum lagi tau...heeeeee...sangat happy...sampai mengantuk pun sudah terlupa... saya melukis secara bekerja keras sampai ke titisan keringat terakhir...walaupun tidak secantik lukisan zackzukhairi ...tapi tetap teruja dengan diri sendiri....kahkahkah...haha..



Inilah hasilnya setelah berjam-jam melalui proses cuba jaya...dan akhirnya berjaya... =)kenapa saya lukis orang lidi tuh dengan segala anak ayam,itik dan burung?emm..sebab dulu saya budak nakal..masa kecik-kecik dulu..kecik-kecik dulu..saya tak boleh tengok binatang-binatang comey..terutama anak ayam,anak itik n anak burung...kalau dapat kat saya terus jadi arwah..anak kampung macam saya nih semua benda saya nak teroka..

satu hari tuh saya nampak anak itik tuh macam lambat-lambat je jalan ikut belakang mak dia..so disebabkan geram lihat kecomelannya,saya ikut dari belakang perlahan-lahan.mak itik tuh awal-awal lagi dah lari sebab terkejut dengan kehadiran saya..tapi anak itik nih kan macam lembab sikit..so berjaya la saya tangkap dan culik anak dia..dekat belakang rumah ada telaga...so pengetahuan sedia ada saya,itik pandai berenang..so saya masukkan anak itik tuh dalam telaga tuh..anak itik tuh pun berenang la..bila dia nak ke tepi telaga saya tolak dia ke tengah lagi..jahat kan saya..huhu..kesian anak itik tuh..lama-lama dia tak kuat..bila tengok dia tak kuat..saya ambil baldi..masukkan air..lepaskan dia dalam baldi plak..nak jugak dia berenang lagi..lepas tuh idea jahat saya lagi..nak mandikan anak itik tuh...macam umi saya mandikan adik kecil saya dalam besen..so saya mandikan la...abis basah anak itik tuh..lama-lama dia tak kuat dan terus mati..lepas tuh saya baling dalam parit belakang rumah...huhuhuhuhu...bila saya dah sekolah..belajar kelas kafa..tahu dosa pahala..saya teringat dekat semua binatang tuh..yang pernah jadi alat mainan saya...mesti banyak kan dosa saya dengan haiwan...huhuhuhu...



Dalam banyak-banyak binatang comey yang saya zalimi..kucing je saya tak pernah zalimi.. tuh memang binatang kesayangan saya la...siap tulis dalam diari g kecik-kecik dulu bila kucing saya mati...tapi diari tuh dah saya buang dalam parit...sebab satu hari tuh adik saya terjumpa diari saya..dan gelak-gelakkan saya bila baca kisah kucing saya yang mati tuh...ayat budak-budak sekolah rendah masa tuh..memang la kelakar sikit...

Ni pula hasil cantum-cantum jugak... =)
macam tutorial cantum-cantum dulu
saya nak buat anak ayam dengan kucing..
tapi kucing tuh nampak macam bukan kucing..
mungkin sebab tak ada misai... =)

OKey..cerita tamat..boleh bersurai...=)

Gadis emosi tidak stabil...