Feb 27, 2011

Kita semua dah tahu cuma untuk memperingati..

Boleh klik untuk dengar




Aku merenung lama ke arah skrin laptop milikku...Bosanlah...! sedari tadi aku mati kutu, mati akal, mati katak..! 

melayari facebook sudah...memeriksa email sudah..membaca update entry blog yang difollow pun sudah...

Bosannya! terasa semacam mahu jerit BOSAN ! kuat-kuat...huh.......



Ulat bulu naik daun buku

Aku bukanlah ulat bulu ataupun ulat buku..aku adalah manusia yang penciptaannya dinyatakan dalam al-quran..seperti dalam surah al-insaan..

Bila aku bosan, aku cuba isikan dengan membaca...membaca buku yang isinya semacam magnet..magnet yang boleh tarik hati aku.. lagipun sudah aku bilang, kalau boleh aku mahu update entry yang ilmiah bukan perihal hidup yang sibuk semata-mata...Minggu lepas memandangkan aku harus menyiapkan ulasan kitab lama ataupu ulasan kitab turas..aku telah menjumpai pelbagai kisah, pesanan Rasulullah s.a.w dan sebagainya.. Apa yang menarik mata aku mengenai apa yang Rasulullah sebut dulu kini sedang berlaku.. banyak lagi yang terkandung dalam buku itu..Ini salah satu yang aku terbaca..untuk peringatan diri sendiri dan berkongsi bersama...




Wanita bersolek dan berhias dengan pelbagai fesyen mendedah aurat 
Nabi s.a.w bersabda ;’ Akan berlaku di akhir zaman ke atas umatku kelihatan lelaki menaiki kenderaan mempunyai pelana besar, mereka singgah dan masuk ke dalam masjid, sedangkan isteri berpakaian baju separuh (singkat mendedahkan aurat) , di atas kepala isteri mereka terletak topi dan ada yang bersanggul tinggi bagai goh (bonggol) belakang unta. Jika kamu lihat isteri mereka itu hendaklah kamu laknat, kerana mereka telah dilaknat oleh Allah. “ (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad dari Abdullah bin Amru bin ‘Aas dari Rasulullah s.a.w)
            Hadis lain riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Terdapat dua puak yang akan menghuni neraka, yang sebelum ini aku belum pernah melihatnya. Iaitu puak pertama yang memiliki cemeti (alat pemukul) seperti ekor lembu (mempunyai bulu di hujungnya), mereka sewenang-wenang memukul manusia dengan cemeti itu. Kedua wanita berpakaian tetapi bertelanjang (pakaian ketat, nipis dan mendedah aurat) serta memakai topi. Mereka tidak masuk syurga hatta bau (syurga) pun tidak dapat dihidu. Sesungguhnya bau syurga itu amat jauh sekali.”
            Riwayat Imam Tabrani dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Apabila umat Islam (Lelaki dan wanita) telah mula memakai kasut (sepatu) berlapis-lapis (tinggi) dan berwarna-warni, mereka asyik menggilap sepatu sahaja. Maka ketika itu Allah melupa (tidak menolong) mereka.
            Hadis-hadis di atas menerangkan tanda-tanda akhir zaman, lahir pelbagai sifat wanita dengan pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, antaranya telah dan sedang berlaku seperti berpakaian “baju separuh” atau baju singkat, memakai set rambut tinggi bagai goh unta. Keadaan fesyen pakaian ketat, nipis, dan jarang sehingga menampakkan susuk badan yang keadaannya “ berpakaian tetapi macam telanjang”. Selain itu mereka mengenakan pula kasut tumit tinggi atau kasut berbagai-bagai fesyen dan warna. Keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W 15 abad lalu itu kini sedang menjadi kenyataan dan dapat disaksikan dihadapan mata kepala kita sendiri.-Jaafar Salleh, Keanehan dan Keajaiban Dalam Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Kuala Lumpur, Penerbitan Seribu Dinar Sdn.Bhd, 2010 , hlm. 286

Sama-sama kita renungkan..yang buruk jadikan sempadan...


Istana Cinta
Baiklah...aku sudah menukar nama blog...dulu bisikan rindu...rindu-rindu yang dibisik-bisik tuh dah membentuk jadi istana..maka aku lah tuan puterinya...heee...


Header baru...dah tak pandai lukis-lukis...tengok tuan puteri tuh..rambut dia dah tak bertocang..
sebabnya bila aku try nak buat tocang jadi tak cantik..menggeletar tangan...huhu






Feb 25, 2011

Masa Berlalu....

Dear Bisikan Rindu...


Radang Emosi
Hidup aku semacam sempit akhir-akhir ini...dah lama aku tak update blog...sebabnya aku terlalu sibuk sampai tak sempat untuk menaip di sini..maka semakin lingkup la blog ini..Dan radang emosi jugak akhir-akhir ini selalu menyerang aku...boleh terkorban begini... Aku tak suka dengan kehidupan yang sesak dan sempit semacam sekarang....aku ditekan dan tertekan...tekanan dengan tugasan-tugasan yang belum siap.... 



Melayan karenah kawan-kawan.. kembali dengan hobi lama... ambil gambar sini sana situ.... dan sudah lama tidak melukis-lukis atau mencantum-cantum... mungkin sudah hilang six sense aku... Rindukan masa berlalu untuk meluangkan lebih masa dengan melukis dan mencantum-cantum.... huhu.. Aku harap aku punyai masa untuk berkongsi perkara-perkara ilmiah disini lagi.. bukan kisah hidup sibuk semata-mata...


Kosong
Aku hanya mampu menulis dan berbual kosong di sini buat masa ini.. menulis kosong maknanya menulis tanpa isi...sama saja dengan berbual kosong bukan...maka penulisan aku hanya sia-sia..hanya menerangkan perihal hidup aku yang semacam super duper busy... aku bukan penulis disayang tuhan...







Feb 15, 2011

Kalau lah masa boleh dibeli...

Dear Bisikan Rindu...

Kalau la Masa Boleh dibeli...
Kalau la masa itu boleh dibeli..mesti aku dah simpan duit banyak-banyak untuk beli masa..mahu saja aku cari usahawan yang mengusahakan masa..' encik! saya nak beli masa lalu...! masa arwah abah saya masih ada... masa pertama kali kenal dia...masa pertama kali keluarganya datang ke rumah saya... masa saya kecil-kecil dulu...'  ingat lagi 6 soalan yang dijawab imam Al-Ghazali? soalan kedua yang dijawab tentang masa..


Kalau la masa boleh dibeli...mesti ianya diperdagangkan dengan sangat mahal..maka aku yang miskin masa nih sudah tentu tak mampu milikinya jugak...huuuuu..tapi mungkin jugak ada yang akan jual masa cetak rompak bukan? hahaha..



Terkenang

Sebut tentang masa..aku jadi semacam terkenang zaman dulu-dulu...masa lalu yang takkan berulang lagi...emosi melankolik mula merajai jiwa aku...huhuhu...


Baru-baru nih,aku jumpa kembali nostalgik keropok tuh...
aku jumpa keropok tuh kat gudang yang jual barang dekat apa nama tempat tuh aku tak ingat...sungai apa ntah...
then aku beli satu plastik besar keropok tuh...
balik bilik aku buka satu-satu keropok tuh..
dengan harapan aku jumpa rantai manik-manik merah macam dulu...
tapi keciwa...banyak lori pink nih je...

Terkenang masa budak-budak dulu...masa aku kecik-kecik dulu suka sangat beli keropok yang kat dalam tuh ada mainan...sekali tuh aku beli keropok tuh,kat dalam dia ada rantai manik-manik kaler merah... suka gila aku time tuh..lepas tuh beli lagi..tapi dapat benda len lak...rasa semacam sedikit keciwa kalau aku dapat lori mainan or kereta mainan or gasing plastik ke....engkau orang pernah beli keropok tuh? alaa..yang bungkusan dia klasik sikit tuh..kaler hitam kot tak salah aku...keropok king kong ke apa entah...sangat nostalgia...
uwaaaaaaaaaa...rindu zaman dulu-dulu...tapi aku perlu menjadi dewasa yang sebenar...Aku semakin miskin masa..malah mungkin masa hidup semakin suntuk..hahaha..



Me myself...


(Lagi pict yang diambil masa balik kampung time cuti raya cina ari tuh...
umi aku cakap pict aku nih rupa aku macam Yuna...haha...)

Simpton-simpton yang tidak best seperti perasaan bosan dan mahu menangis bertempayan-tempayan mula merajai lela....tidak tahu kenapa...tapi aku pasti ada sebabnya yang akan menyusul dikemudian hari...saat ini aku mengalami kegawatan motivasi...emosi yang kronik.. yang entah-entah kenapa...

I miss him...! masa amat mencemburui aku...huhuhu...
berharap kaya dengan masa satu hari nanti...



Header Untuk Tasha's

Salam Alaik...
Dulu Tasha pernah minta saya buatkan satu header untuk dia..yang simple macam saya punya.. oleh kerana saya agak sibuk..saya janji dengan dia bila free saya buatkan...dan akhirnya saya sudah siapkan untuk dia satu header.. harap dia suka...tadi dah emailkan kat dia header tuh.. dia dah letak kat header blog dia... 


Teruja dengan diri sendiri & malam yang tak berapa seronok

Dear Bisikan Rindu...


Teruja dengan diri Sendiri...
Aku mahu tulis...tapi yang pendek saja..fikiran tak berapa baik...entah kenapa akhir-akhir ini mood aku semacam lari dari perasaan.. menyorok entah kemana...emm..mungkin sebab banyak sangat kerja maka mood aku protes...hee... 

Okeylah berbalik kepada tajuk utama.. aku semacam teruja dengan diri sendri..bila aku secara tidak sengaja terjumpa software ni....AvancePaint sebabnya aku dengan maju jayanya boleh melukis sebuah motor yang tidak sempurna...hahaha...rasa macam mahu gelak golek-golek atau guling-guling atas katil... atas keberjayaan aku... =) tool dia memudahkan aku melukis...sangat suka... ini hasil kejayaan aku..kahkahkah..


see..walau tak cantik..aku suka..sebab air tangan eh...hasil tangan aku...hahaha..sudah lama bukan tiada entry lukis-lukis kartun lidi..emm..berkabung sebentar kerana kematian idea..atau kematian kartun... =) tapi nanti-nanti aku nak lukis lagi dengan penemuan terbaru aku ini...tapi sekarang...aku miskin...miskin masa...sangat sedih bukan hidup ini..tolak tambah campur bahagi sama dengan miskin masa...maka umur pun semakin pendek bukan...huh... 



Sirap I Love You
Ops...luar senarai sub tajuk diatas...Pernah korang jumpa sirap i love you? aku tak pernah tapi baru kali pertama dengar... tak tahu kenapa nama sirap kena love - love pulak... semalam, operasi aku dengan shuhada merempit mencari barang beserta ketua kumpulan kami..satu-satunya jejaka dalam group kami untuk subjek pengenalan keusahawanan dalam pendidikan... kami kena berniaga secara kecil-kecilan di sekitar fakulti pendidikan.. aku dah langsung tak minat berniaga...orang lalu lalang aku takkan panggil singgah..

okey berbalik ke sirap I Love You ..lepas dapat bekalan nasi lemak untuk di jual hari ini, kami singgah satu kedai makan, belum sempat aku duduk.. encik yang ambil order tuh dah tanya kami nak minum apa.. semua jenis minuman dia nak sebut..last sekali dia sebut 'Sirap I Love You pun ada..' telinga aku yang kurang pendengaran nih terpinga2...aku dengar you je...shuhada dah gelak-gelakkan aku... 'dia nak kata i love you kot kat hang...hang  ada manderem kot? hahaha' bukan main dia gelakkan aku..pastu encik tuh asyik tengok ke meja kami.... tak senang lenang aku...huh...! tak suka..aku cerita dekat ketua group kami tuh.. dia cakap 'len kali kata balik kat dia...nak sirap i hate you...' haha... kami ketawa secara berjemaah... kehkehkeh... =)

hari ini, nasib shuhada lagi bertuah dari aku...walaupun tidak mendapat luahan sirap i love you.. tapi ada pakcik separuh usia kenyit-kenyit mata kat dia masa kami keluar dari WARTA tadi.. hahahahaha...aku gelak kaya atas motor untuk shuhada...hahaha...hebat bukan..




(Boleh skip untuk sub topik dibawah sebelum muntah hijau..sebab ini cerita cinta aku dan dia...boleh main jauh-jauh..pergi la main sana..)

Malam yang tak berapa seronok



Hati aku kat dalam tak berapa seronok..maka malam ini secara tidak rasminya aku katakan malam yang tak berapa seronok...sakit kat dalam nih tak boleh ubat sebab tak nampak...emm..sakit rindu... hukhukhuk... sob..sob..sob.. kenapa dia sangat miskin masa sekarang..aku sangat jeles dengan tempat kerja dia.. mendapat perhatian dia sepanjang masa...setiap hari hanya 4 perkataan sahaja aku mampu bercakap dengan dia...

aku- 'hello..kat mana?"
dia- ' kat tempat keje..'
aku- ok...

tutttttttttttttttttt....(telefon mati) aku nak mati 5,6 minit boleh? huuuu...bila dia cakap kat tempat keje, or on the way g keje...or baru balik keje...aku jadi semacam tidak sampai hati nak teruskan perbualan..sebab aku semacam dapat rasa suara dia kat sana sangat keletihan.....rindu di hati terus aku abaikan...jadi la dapat dengar 3 perkataan pun suara dia... =)

Minggu lepas dia datang lawat aku kat sini...jumpa di cafe saja..dia bawa sebungkus nasi ayam dara favourite aku... =) dia pula makan nasi kat cafe kolej kediaman aku...sangat happy...dekat cafe ada jual coklat yang berbentuk hati di dalam bekas berbentuk hati..dia belikan 2 kotak untuk aku.. macam tak percaya.. sebab dia nih bukan spesies yang suka tunjuk kasih sayang... =) kejadian petang tuh buat aku senyum sampai telinga...sayang nak makan...hahaha...tapi cepat sangat masa berlalu.. sungguh...aku dan dia sangat miskin masa saat ini untuk betemu lama-lama....

Cerita tammat..boleh main jauh-jauh...


Feb 7, 2011

Tanya Sama Hati..



Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


julung2 kalinya letak pict sendiri disini...
tapi cuti hari tuh banyak bergedik ambil gambar...
heeee..
secara tiba-tiba sangat sukakan lagu di atas...huhuhu..
Baru sampai Uni pagi tadi...seminggu tak on9..
dan mungkin jarang on9..
sebab busy sikit..huhu