Mar 20, 2011

Hari Bahagia..!


Maaf.. entry di bawah berkualiti rendah... tiada nota-nota ilmiah....maka tidak perlu take note..


Ini gambar cincin aku dan cincin kawan-kawan..
cincin yang tidak punya sinonim atau antonim..
Bila bohsan dalam kelas aku akan snap gambar sini sana...
ganggu ketenangan kawan-kawan...harharhar..

Dear Istana Cinta

Bertemu lagi...Hari Bahagia! hari ini bukan hari bahagia aku pun...cuma terasa semacam bahagia bila mendengar lagu-lagu pengantin ini...Skang aku semacam tersangat suka dengan lagu nih...sangat menepati halwa telinga aku..Aku tengah dilanda bencana lagu pengantin...hahaha..

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru


haish...aku semacam tak boleh dibiarkan mendengar lagu-lagu pengantin ni...semacam satu aura nak kawin berkobar-kobar kat dada...rasa macam nak call umi aku kemudian cakap "umi! cek nak kawin...sila call mak abah mertua cek...!" hakhakhak...haru.... maunya kena lempang dengan mak yang belum jadi mertua ku.. inilah akibatnya bila duduk berjauhan dari umi..jauh dari pantauan maka anaknya ini secara sewenang-wenangnya terdedah kepada persekitaran yang tidak  perlu...

Jam sudah menginjak angka satu pagi..tapi aku masih menjegil mata semacam sebok menyiapkan assigmant.. walhal aku hanya menadah telinga mendengar lagu 'kompang di paku palu' sudah hampir lebih 10 round rasanya aku mainkan lagu yang sama...hahahaha... bunyi kompang tuh semacam buat aku nervous...darah dalam jantung aku mengepam secara ekstrem...ekekekeke... PARAH..!


Sebut fasal kahwin, aku terbaca satu lagi artikel best dalam ujang 1 Mac 2011 baru-baru ini :

Alasan Pakwe Korang Tak nak Kahwin dengan Korang :

  1. Tak Cantik Konon - Kurang asam keping..kapel dah dekat 8 tahun tapi bila ajak kawin alasannya dah tak cantik macam mula jumpa dulu..Memang dasar jantan mata keranjang!
  2. Ekonomi tak stabil - Apa hal pulak dengan masalah ekonomi. Ekonomi okey ke tak okey...kalau korang kata okey..esok dah boleh kawin.
  3. Belum Sampai Seru- Tak sampai seru apanya lagi? dah kapel lapan blas tahun nih dah kira sampai jodoh la nih.. nak seru jodoh macam mana lagi...
Okeh..aku share tiga je point penting..lagi-lagi point korang boleh la baca sendiri dalam ujang ye... tak pun korang tambah la senirik...Okeh...aku semacam sudah mahu muntah sebab terlalu banyak kali mendengar lagu yang sama..sekarang nak dengar lagu pengantin lain pulak...hikhikhik...okeh mata sudah pening...kepala sudah sakit..tilam dan bantal kata 'mari-mari kemari..'  Cerita sudah tamat ..maka boleh bersurai..wassalam...

Mar 19, 2011

Muqaddimah.....


(entry aku kali ini semacam ada isi-isi penting...walaupun berkualiti rendah...sila take note...kekekeke)

Dear Istana Cinta

Semacam pelik bila aku taip 'dear istana cinta' sebabnya dulu aku taip 'dear bisikan rindu'.. Tidak mengapa..abaikan.. =) aku semacam happy untuk hujung minggu kali ini ..sebabnya aku dah tidak sebok semacam menteri ... happy! aku tidak perlu tidur persis ayam lagi..atupun hari-hari yang aku lalui dengan wajah ayam berak kapur... heeee...

Sekarang teka sudah pukul berapa? aku jenguk jam di sebelah..pukul 1.45 pagi.....ceit..! ingat pukul 4 or 5 pagi..cakap semacam berjaga siang malam tidak tidur-tidur... aku berjaga sampai ke detik ini bukan atas dasar kerjaraya yang bertimbun-timbun tapi sebab berfikir nak conteng apa kat dinding istana aku nih...last-last aku capai sebuah majalah ujang kat ujung meja...selak satu satu..sambil selak sambil baca... 

Aku dah jumpa satu tajuk best..boleh kongsi di sini ye dak..cumanya aku tak boleh melukis seperti kartunis.. tapi tidak semua aku kongsi di sini...kalau nak tau isinya lagi pergilah kedai apek sana beli satu majalah Ujang nih... best okeh...bukan takat boleh gelak sampai tahap senak perut..tapi ada gak manfaatnya yang aku peroleh...semacam tazkirah pendek...tajuknya :

Muqaddimah Orang Mengumpat

Tajuk pun sudah semacam best..kreatif... sedap mengumpat..macam makan nasik... heeee... eh..salah ..sebenarnya bukan makan nasik..tapi makan daging sedara sendiri... kalau tak caya cuba engkau buka Quran terjemahan..buka surah ke 49 iaitu Al-Hujurat ayat 12...engkau baca sendiri... hah...pergi sana ambil quran bukak...=)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha penerima taubat, Maha Penyayang...."

Alahai...aku hilang konsentrasi bila gegendang telinga di ketuk-ketuk dengan lagu dari sinar nih.... =) aku semacam nak taip lirik dari lagu yang aku dengar...aku nih kadang-kadang agak klasik orangnya ..sebab aku semacam suka melayan lagu-lagu klasik nih... aku sudah sesat dalam menulis...Baiklah sila salin nota cikgu nih ye...





Sudah abis salin?? makanya abis sudah pelajaran kita hari ini...maka kamu kamu dan kamu buatlah konklusion sendiri... (gagal micro teaching betul lah aku nih)

Emm..bukan setakat itu je muqadimmah nak mengumpat nih..macam-macam syle lagi la... yang kreatif dia punya intro memang mampu memikat hati yang kosong...kita sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan seharusnya mengawal diri dan cuba mengelak dari melakukannya...( semacam tidak best nasihat aku...ah! aku memang gagal nasihat... )

Owh..sudah hampir terlupa nak selitkan sekeping lukisan aku yang tidak cun..tapi kalau aku letak sini ada juga yang ambil lukisan tak cun aku nih... aku cakap macam tuh sebab aku pernah jumpa....huhuhu...dan paling mematah riukkan hati aku bila lukisan aku yang diambil itu dipadam watermarknya...dan lagi mematah dan memutuskan tangkai hati aku bila beliau yang mengambil lukisan aku tuh langsung tak ada permit dari aku...

 ceit...kalau aku jumpa beliau itu mau je aku luku 50 das kat kepala dia..biar berlekuk... baru tau macam mana sakitnya patah riuk kat hati aku ni... Mentang-mentang aku bukan blogger berkualiti tinggi makanya aku dipijak-pijak sesedap oren.. kalau jampi serapah boleh hantar dengan internet nih..dah lama aku baca maderam pastu hembus kuat-kuat kat lukisan huduh kat bawah nih...huh! 

Sekian w.b.t selesai sudah sesi tazkirah kita pada pagi ini...jam sudah menunjukkan puku 2.30 pagi...mata aku dah pedih semacam ditusuk-tusuk dengan mancis...kepala dah berat semacam batu... aku sudah sangat mengantuk...pelajaran sudah tamat.. maka kalian boleh pergi main jauh-jauh..nanti-nanti datang lagi..



Mar 16, 2011

Tajuk boleh bubuh ikut sedap hati

Salam Alaik....
Lama aku lesap tanpa entry...Akhir-akhir ini blog Istana Cinta ini dibiarkan sepi lagi menyepi..sebab Tengku Puterinya gering...heee.. bukan-bukan Tengku Puterinya sangat sibuk ...musim untuk melompat katak baginya sudah kian lama berakhir... sebabnya dia sangat sibuk dengan program-program kursus dan juga assigment..memandangkan pengakhiran sem sudah hampir tiba... Akhir-akhir ini juga tengku puteri selalu mengadu domba tentang kesibukkannya di blog bukan? sampai kesuntukan masa untuk membuat entry yang sedap mata memandang...Entry untuk hari ini cuma aku nak refresh beberapa aktivit yang membuatkan aku sibuk...huh...aku benci dengar perkataan ' sibuk ' sebabnya la aku kekurangan waktu tidur.... kadang-kadang tidur semacam ayam..iaitu tidur-tidur ayam...


Micro Teaching



Oleh sebab kena mengajar dua kali selang seminggu je kena mengajar..maka sibuklah aku...minggu yang diselang tuh bukan untuk menggoyang kaki atau sebagainya bahkan diisi dengan meeting dan sebagainya..huhu... tiada limpahan waktu yang boleh aku bazirkan dengan tidak bermoral...huhu



Dinner Kolej

Dinner kolej pun dah berlangsung...yang nih aku tak sibuk la..pergi bersantap sambil dihiburkan dengan tarian dan nyanyian...



Program bengkel Alam Sekitar

13 haribulan 3 baru-baru nih buat program bengkel alam sekitar untuk subjek sains kehidupan dalam pendidikan... subjek tuh tak ada exam.. 4 jam kredit pulak tuh...lect la macam cerewet je..huhuhu.. takut haku.... program tuh kami buat bersama-sama dengan adik-adik dari rumah pertubuhan ibu tunggal rangkaian hati (PITRAH) . Macam-macam la terjadi untuk buat program..kejutan demi kejutan... huuuu...5 orang je handle...mana tak cuak... seorang pegang 2,3 jawatan..hahaha..aku la timbalan pengarah..aku la MC.. aku la hanlde program...aku la buat banner aku la buat tag nama...haha....adesssssss.... Alhamdulillah dah selesai...

Program Perkampungan Orang Asli

Yang nih lagi seminggu dari hari ini...iaitu 24 hb minggu depan kami akan ke Perkampungan orang Asli kat kampung Pangsun kalau tak salah aku...aku timbalan ketua unit teknikal je...skang kerja aku pinjam peralatan teknikal..ambil gambar je...tak berapa sibuk g... ari nih kami ambil gambar ajk ikut post... =) 



Suka gambar nih..aku semacam slim..kena buat banner gantung sepanjang jalan ukm utk pertontonkan gambar slim....kahkahkah...

Kesimpulannya kesibukkan yang ada boleh mendatangkan radang emosi kepada diri aku...
antara simpton-simptonnya
  • Aku cepat melenting...
  • Aku cepat tension
  • Aku sangat garang
  • Aku semacam tidak ada  mood untuk pandang wajah manusia yang buat aku hangin...boleh tawar hati okeh...!

Lagi-lagi boleh bengkak hati kalau manusia yang perlu bekerjasama dengan aku tapi tak bertanggungjawab..hanya tahu mengarah itu dan ini... aku rasa macam nak buat khianat saja sama beliau...! huhu..nak saja seru segala nenek moyang siam haku...huhu
"berdampinglah dengan ku wahai si mambang!"


Mar 6, 2011

Muhammad s.a.w

Salam Alaik...
Kegawatan masa membuatkan aku jarang sekali dapat menulis entry-entry baru..dan kadangkala aku kekeringan serta kemiskinan idea untuk menyampaikan sesuatu dengan kreatif. Maka disebabkan keadaan tersebut lah aku jarang update...Aku rasa semacam tidak best la kalau aku hanya menaip tanpa sebarang sesuatu yang bertindak sebagai magnet kepada pembaca. Baiklah, kita terus ke titik kandungan....


Muhammad s.a.w


Kehidupan Muhammad s.a.w benar-benar hebat dan luar biasa. Kisah hidup Baginda s.a.w takkan pernah habis untuk diceritakan. Kisah hidupnya mengajarkan kebesaran jiwa, keluhuran budi, keberanian, ketabahan dan nilai-nilai lainnya. Muhammad s.a.w Nabi kita.Dia seorang manusia istimewa. Luar biasa yang tiada taranya Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang Rasul yang diutus Allah s.w.t untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh umat manusia. Baginda memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia sehingga semua orang menggelarnya dengan Al-Amin atau insan yang dipercayai dengan sikap lemah lembut dan hikmah maka baginda dapat mengajak umat Jahiliyyah kepada Islam dan kebenaran.


Disini ingin saya kongsikan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku menjelang kelahiran Baginda s.a.w sebagaimana yang telah saya baca daripada beberapa buah buku.


Kelahiran Baginda s.a.w
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w amat berbeza dengan bayi yang lain. 

  1. Ibunya Aminah tidak mengalami kesusahan untuk melahirkannya. 
  2. Baginda dilahirkan dalam keadaan mengangkat kepala ke langit, seorang bayi yang lahir dengan menghulurkan jari telunjuknya bagi mengisyaratkan tauhid, kerana baginda adalah orang yang datang dengan membawa ajaran tauhid.
  3. Baginda juga dilahirkan dalam keadaan telah dipotong tali pusat dan telah dikhatankan.
  4. Baginda dilahirkan dalam keadaan yang suci, bersih, wangi, dan penuh berkah.1
Peristiwa lain yang ajaib
  1. Dinding istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh.
  2. Api di kuil Parsi padam.
  3. Air ditasik sawah menjadi kering.
  4. Berhala-berhala disekeliling kaabah tumbang.
  5. Cahaya yang terpancar dari tubuh Nabi s.a.w naik ke langit dan menerangi kalangan agama Zarahustra.2

Rujukan
  1. 'Aid 'Abdullah Al-Qarni, kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (intisari dari sirah), Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers, 2006, hlm. 13
  2. Abu Mazaya al-Hafiz, sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publications, 2009, hlm. 125
Sejarah Nabi Muhammad s.a.w bukanlah satu perkara yang diperkatakan. Namun dalam menongkah arus kemodenan dunia yang semakin menginjak usia, sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan risalah daripada Allah s.w.t dan menegakkan Islam semakin kian dilupakan. Tambahan pula akhir-akhir ini semakin ramai mereka yang tidak mengenali Rasulullah s.a.w bahkan ada yang sanggup menghina dan memperlekehkan Baginda s.a.w.

Untuk renungan buat diri sendiri dan juga kepada pembaca yang lain.... =)