Apr 24, 2011

Tak pandai melukis? Tapi nak lukis ?


Salam Alaik...sebenarnya ati dan otak sedang tak berapa center.. kerna..ada amarah sedang bermaharaja lela.. sebabnya ada mesej yang tak ku undang di formspring kat bawa sana nuh...
aku suruh tanya soalan dekat situ..bukan buat kenyataan...huh...
Istighfar agar aku tidak sesat atau melencong dari tajuk sebenar..sebabnya bila marah...

'for every minute you are angry with someone, 
you lose 60 seconds of happiness that you can never got back"

Lagipun bila marah..macam-macam kata-kata yang kurang enak boleh meledak..
maka jadi keterlaluan..atau aku akan menaip dengan gaya cetek akal seperti selalu..haha..

"Anger is a condition in which the tongue works faster than the mind"

Tips atasi..
  1. solat asar dulu..pastu..
  2. aku main lukis-lukis..eh..bukan main cantum-cantum..so lupa sat pasal marah tadi noh..sebabnya semacam seronok ibarat budak-budak tadika yang baru pandai main kaler-maler...
  3. Pastu terbit entry tak berkualiti dan tak bertauliah kat sini..
Baiklah dah terlalu jauh aku melencong..maka harus berpatah balik ke jalan yang lurus bendul... Dolu-dolu aku pernah buat entry cantum-cantum jugak...so basic tengok situ lah... klik sini tapi entry dulu-dulu tuh tak berapa cantik r lagi..sekarang pun masih tak cantik..masih mencuba dan terus mencuba...ini cara saya nak jadikan orang lidi tuh..

Bahan-bahan :
Photoscape je..kalau nak kaler guna photoshop..tengok tutorial sebelum ini jugak la..aku malas nak printscreen banyak-banyak step..dan aku tak suka buat video...hahaha...


Sebab tengah hangin..maka muka kartun nih pun berangin..Hah... 
  1. mula-mula buka photoscape..
  2. pastu klik kat atas bahagian kanan tuh...klik menu..new photo..
  3. pastu buatlah berapa saiz yang kamu sekalian nak..tengok macam entry dulu-dulu tuh la kalau tak faham..
  4. Untuk kartun kat atas nih aku guna bentuk :
  • Bulat untuk kepala
  • Garisan untuk badan
  • Huruf : C untuk kening, V untuk tangan
  • Koma ( , ) untuk mulut kartun tuh..
  • Titik/ noktah ( . ) untuk biji mata
    5. Siap...cuma main dengan bentuk-bentuk dan huruf-huruf saja..tak rugi kecik-kecik dulu belajaq A sampai Z.. belajar macam-macam bentuk..bukan setakat boleh guna untuk akademik..tapi manipulasi untuk lukis-lukis...


Baiklah boleh la try bagi yang berminat dan tak tahu cara nak buat.. bagi yang dah tau abaikan or komen yang membina untuk saya ye..
ok cerita tamat..boleh bersurai...

Contest Alya : Aku dan Alam


Contest Alya : Aku dan Alam..Baiklah straight kepada titik sebenar... tadi tengok dekat shoutbox sebelah saudari Atiqah tag untuk joint contest Alya : Aku dan Alam..

Bila tengok syarat-syarat dia tak susah..maka joint la..ye dak..lama dah tak joint mana-mana contest di sebabkan kemiskinan waktu untuk joint..
kalau nak tengok syarat-syaratnya klik sini tak pun klik je banner kat atas tuh ye..

Maka saya pertaruhkan gambar ini :


Pict nih kat bendang belakang rumah..masa nih lepas menuai maka tinggallah jerami je..
alam jugak kan..ye dak...tak kisah la.. nawaitu nak meriahkan contest... =) 
Owh jarang aku bersikap sesuci itu...
selalu nawaitu lain..haha..

syarat seterusnya untuk contest nih kena tag 5 org..
baiklah kita tengok lak sapa yang nak di tag :







Apr 19, 2011

Tajuk letak kemudian...

Entry di bawah hanyalah entry murahan mengenai kehidupan saya..kadang-kadang berunsur cetek akal juga..so untuk mengelakkan kamu cetek akal seperti saya..boleh skip entry ini... =)

Dear Istana Cinta..

Aku dah semacam tidak tahu apa tajuk yang sinonim dengan penulisan tidak berilmiah ini... Sehari sebelum exam paper Asas penyelidikan... Aku tak boleh tidur.. dalam kepala semacam igauan.. ternampak-nampak type of sampling..probability sampling & non probability sampling.. malam tuh jugak dalam otak aku semacam buat slide show dalam kuliah... aku nampak ANOVA, T-Test.. semua nota yang aku baca sebelum tido nonstop cross my mind....bergerak secara rawak sistemaik...huh..... kalau dalam exam nota-nota tuh terpampang seperti malam itu pasti aku dapat A+ + +... Tapi selalu indah dari khabar..

walaupun bergolek-golek ke sana ke mari persis gasing secara random..dari atas katil aku turun bawah katil.. tapi semacam tak boleh tidur juga.. exam pukul 8.30 pagi..macam mahu menangis bertempayan-tempayan sebabnya aku memang tak boleh tidur malam tuh... pukul 5.30 tiba-tiba shuhada misscall sebabnya semalam aku ada pesan dekat shuhada suruh kejutkan pagi tuh.. rasa macam hilang nikmat tuhan bila tak dapat tidur seperti yang aku harapkan..huhuhu.. aku mesej shuhada sebaik sahaja beliau selesai misscall 

Aku- 'gue belum bobok nih..,ngak bisa bobok....huhuhuhu..'
Shuhada- 'Waduh! ngak bobok? pasti mantap bangat gue rasa kamu stdy..'

Adess aku punya la sadis tak boleh tido dia kata aku punya stdy mantap...mana ada aku stdy..nawaitu aku mau tdo..so walaupun tak boleh tdo..kaki aku tak tegar nak melangkah ke meja stdy dan buka nota yang berhelai-helaian tuh...

Ok..kita buang yang keruh..ambik yang jernih ye..kita lupakan fasal tak boleh tido tuh..sekarang kita fokus ke paper seterusnya..lagi 2 paper minggu nih..1 paper minggu depan..selalunya aku semacam berkobar-kobar nak study..tapi selalunya jugak la..kobaran tuh dah bertebaran..maka jadi la begini......


nih 1st time saya lukis..selalunya saya suka main cantum-cantum jadi orang lidi..

Ok..cerita tamat..
boleh bersurai ramai-ramai..

Apr 17, 2011

Kisah disebalik Umar r.a. Menangis & ketawa tanpa sebab yang jelas..

Ini entry yang bukan cetek akal seperti selalu..di sini ada nota yang boleh di take note..ada nilai-nilai norma hidup...

Dear Istana Cinta..


Pengenalan : Perihal kehidupan saya =)

Bleh skip dari perenggan ini..sebabnya ianya hanyalah pengenalan entry yang tidak ada kena mengena dengan tajuk..

Hari ini, macam biasa..bangun pagi duduk mengadap laptop sebelum mandi..eh2..silap..ari nih aku mengadap laptop selepas mandi...sebabnya kawan roomate aku datang bilik.. maka aku hipokrit jadi ayu bangun mandi terus...harharhar.... (ceit...aku dengar kawan roomate ngumpat aku time aku tidur..ingat aku tidur betul ke hah...aku tidur ayam ja...sakit ati secara tiba-tiba dibuatnya...) Sem depan duduk bilik single tingkat 6..tak bangun-bangun pun tak dak sapa tau....harharhar.... 

Sudah menjadi rutin pulak aku update entry tengah-tengah malam akhir-akhir ini.. sebabnya di awal waktu aku semacam fokus dekat study atau tidur secara overtime..salah satu dari kedua-duanya..ataupun aku buat dua-dua sekali..letak buku sebelah bantal dan tidur..konon2nya kalau kawan roomate datang lagi dia akan expect aku keletihan study kemudian tidur bukan tidur secara overtime.... Baiklah berbalik kepada tajuk, aku suka menulis secara melencong ke lain tanpa perhatian utama kepada headline.. Minggu depan ada tiga paper aku kena harung...semacam mengharung arus yang deras..sebabnya satu berkaitan dengan penyelidikan,satu berkaitan sejarah dan satu lagi berkaitan al-Quran.. semuanya fakta... maka tadi ketika aku menyusuri sejarah lampau iaitu sirah Rasulullah s.a.w. aku tertarik dengan petikan ini...Umar menangis dan ketawa tanpa sebab yang jelas... mari kita susuri sirah Rasulullah ye kawan-kawan...


Kisah disebalik Umar r.a. menangis & ketawa tanpa sebab yang jelas


Dalam satu peristiwa, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. pernah melihat Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Dan akhirnya ada yang berani bertanya : 'Wahai pemimpin org Islam,kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang kami fahami?.."

Umar menceritakan : 
"Dahulu..aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan..Ketika aku mendapat anak prempuan..daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula..aku pendam rasa benci itu. aku sabar sampailah umurnya 6 tahun..

aku sudah tidak tahan lagi.. aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang..dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang..apabila lubang sudah siap, aku menolaknya ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir.. anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main..dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku..

tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan..Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami memuliakan anak lelaki teapi menghina anak perempuan..bahkan membunuh hidup-hidup..Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia..Marilah kita bersyukur atas nikmat ini..Itulah rahsianya apabila aku teringat kisah ini aku menangis.."


umar berkata lagi..

"berkenaan mengapa aku tersenyum..pada satu hari aku keluar dari bandar Makkah..
Apabila keluar dari bandar Makkah, biasanya kami membawa batu dari Makkah untuk dijadikan sembahan..tetapi hari itu aku terlupa membawa batu..tetapi aku ada membawa kurma..aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu..Apabila makanan aku habis..mulalah aku makan tuhan aku sedikit demi sedikit..Apabila aku teringat kisah ini..aku ketawa sendirian..." =)

Rujukan : Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad bin Abdullah-Perjalanan Hidup Seorang Nabi, Selangor, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2003, hlm. 5.


Cuba renung-renungkan..ada isi yang tersirat di situ..Cerita tamat..boleh bersurai..

p/s:


kalau aku menangis kemudian ketawa..har..! har..! har..! 
maknanya aku semacam bohsan maut la tuh...atau..
mungkin perlu dihantar ke hospital sesegera mungkin..
ada virus yang menjangkiti aligment otak aku...



Apr 14, 2011

Tragedi Roomate berbulu...

Tiada nota ilmiah dalam entry aku di bawah.. hanya tulisan picisan tentang kehidupan aku..


Dear Istana Cinta..

Hari ini sangat sedih..
hari ini sangat menakutkan..




Hari sangat menakutkan
2 jam yang lalu aku terbangun dari tidur... tidur yang sangat enak..tidur di malam yang muda.. sekarang malam yang tua.. maka saat ini aku berjaga disebabkan sudah di cas bateri tadi...terus terkenang-kenangkan bencana yang agak agung.. yang julung-julung kalinya berlaku ke atas diri aku yang lemah ini...


13 April..di pagi yang suri ram itu aku bangun.. terus mengadap skrin laptop.. dalam keasyikan aku tonton 'kembar siang'.. ada makhluk tuhan tengah mencangkung di jendela bilik.. bersaiz dewasa.. aku hilang kata-kata.. aku hilang pertimbangan... tidak tahu dimana boleh cari pertimbangan yang hilang di saat-saat genting seperti itu.. dia tak boleh di handle dengan diplomatik... aku hanya mampu menjerit ala-ala usop wilca.. nasib aku punyai roomate yang hebat semacam power rangers.. dia uruskan monyet itu secara kuku besi...hilang terus mood dramatik aku di pagi yang suri ram itu.. huhu..berengsek punya MONKEY


Maaf encik monkey, walaupun anda sudi berunding secara diplomasi, saya tak hingin anda jadi roomate saya..! wuaaaa...wajah anda menakutkan saya..sampai ke saat ini tau... apa yang terkeluar dari mulut saya di saat yang penuh genting itu "SHUUUUUUUUUUUUUH! " Aku semacam terlupa makhluk tuhan di depan aku itu bukan lah seekor ayam untuk dihalau dengan kalimah seperti itu.. memang dia sedikit tidak cuak pun.. aku gagal bab menakut-nakutkan dia...

Sangat tidak comel ye monkey berperangai seperti itu di pagi hari...

Disebabkan monkey berengsek itu aku jadi fobia kepada jendela.. masih terbayang-bayang dikepala aku aksi monkey tuh nak berperang dengan roomate aku.. dia nganga mulut luas-luas konon-kononnya nak tunjuk gigi dia yang super kuning tajam itu.. akhirnya dia mengalah bila dihempuk2 dengan buku-buku roomate aku..hahaha.. tapi aku semacam nak gelak guling-guling jugak teringatkan aksi-aksi stunt monkey itu dengan roomate aku... hakhakhak... tapi sukur (syukur) monkey tuh tak main kejar-kejar dalam bilik aku yang tak berapa luas apabila dikira panjang darab lebarnya...Itulah hari yang menakutkan aku di akhir-akhir sem ini..


Harap-harap esok dia tidak datang menziarah bilik aku lagi.. aku angkat bendera putih.. surrender pada seekor monkey dewasa.. 


Hari yang sedih... 
Aku semacam dapat detect simpton-simpton yang tidak berapa best dalam diri aku.. terasa patah hati secara tiba-tiba, amarah cepat menguasai diri, air mata menjadi murahan... emmm.. lagu titanic berkumandang tiba-tiba di corong radio yang aku dengar..tiba-tiba hati menjadi sayu... tengok kan aku sudah bilang simpton ini kadang-kadang mencederakan hati aku yang tersedia tak berapa centre aligmentnya.. huhuhu.. melewati hari-hari yang rimas dengan simpton seperti ini... aku tidak suka..tapi aku terjebak jugak..


Baiklah lagi beberapa angka di muka jam, bakal menghampiri pagi.. maka aku stop di sini dulu berhikayat hidup.. sampai bertemu lagi istana cinta dengan hikayat hidup yang tidak berapa indah..

Apr 13, 2011

Kenapa saya tidak update berbulan-bulan lamanya.....

Dear Istana Cinta...


Kenapa saya tidak update berbulan-bulan berhari-hari lamanya...? Sebabnya aku telah semacam menjawat suatu jawatan yang super power.. iaitu juru kumpul assigment dan projek serta report dan yang sewaktu dengannya..Jawatan ini amat menuntut komitment yang sangat jitu dariku.. konklusinya, saya sangat SEBOK.
Saya sangat SEBOK dengan hal-hal akademik...Walaubagaimanapun kesebokkan aku ini tidak akan mendapat sebarang pingat kebesaran melainkan hanya untuk mengekalkan pointer..huhu.. Entah kekal kukuh atau runtuh...Mari kita lihat kehidupan aku yang semacam berprestasi tinggi akhir-akhir ini.. Berhempas pulas sehingga titisan peluh terakhir lagaknya..


Perkampungan Orang Asli


Pada 24-27 hb Mac yang lalu, aku dan kawan-kawan sejawat dan seangkatan telah ditugaskan untuk berkampung di perkampungan orang Asli.. Kepenatan yang amat sangat membuatkan aku semacam tiada mood untuk update di sini.. walaupun hanya 4 hari disana banyak pengalaman yang diperolehi. Kebanyakkan penduduk di sana adalah dari suku kaum Temuan, daripada kajian kami, sebanyak 97.3% adalah kaum temuan, selebihnya proto-malay dan negrito. Dan mereka juga majoritinya tidak beragama.

Masa 1st day sampai sana, agenda sebenar nak buat majlis penyerahan anak angkat petang tuh, tapi memandangkan penduduk kampung kuala pangsun Hulu Langat bekerja dan tak ada di rumah.. so kami just bersuai kenal dengan Tok Batin je la.. Petang tuh kami berjalan-jalan sekitar kampung. Kat situ sangat BANYAKKKK anjing..


Selalunya situasi kita jumpa kucing banyak..tapi kat situ terbalik..anjing lebih banyak dari kucing.. kucing sekor dua je kot aku jumpa..Aku nih takut ngan anjing macam kawan-kawan lain jugak.. tapi sebelum kami gi sana, pensyarah ada gitau orang asli nih dia jenis cepat terasa.. diorang dah pesan sebelum kami masuk kampung diorang jangan kacau or pukul anjing diorang.. so takut-takut pun buat berani la... jalan buat muka rileks... padahal dalam ati sangat kecut.. Tapi Alhamdulillah anjing diorang tak ganggu manusia.. bila kita lalu kat sebelah,anjing tuh buat tak tau je... 



Sepanjang di sana kami selalu dikerumuni oleh anak-anak orang asli.. salah seorang dikalangan diorang yang menarik perhatian kami seorang adik perempuan nih.. dia ada hawian yang sangat comel.. kalau kat ukm nih, kalau jumpa maunya aku lari tak cukup tanah..tapi masa jumpa kat kampung tuh rasa nak pegang...



Tengok la apa yang dia bela? comel kan? heee... menurut adik nih, binatang peliharaan dia nih makan nasik dan susu.. ayah dia jumpa kat hutan.. ditinggalkan ibunya.. so ayah adik nih bawa la balik.. sekarang usianya baru 2 bulan.. dia tak letak nama rasanya,coz bila ditanya dia cakap tak letak nama pun.. tapi hari tuh dengar macam ada gak panggilannya..cuma aku tak pasti.. perangai binatang peliharaan dia nih kadang-kadang aku tengok semacam kelakuan manusia..macam baby2 tuh... dia tak nak dengan orang lain..dia just nak dengan tuan dia nih je.. kalau kami pegang dia, bunyi dia macam merengek nak nangis... aku nak pegang tapi aku takut dia gigit r.. heee...


Susah tol aku nak ambik gambar dia..
sebab kawan-kawan aku semua pakat nak kerumun..huhu..
Masing-masing rasa tertarik...


Macam nih la tuan dia bawa naik basikal tiap-tiap ari..
menurut adik nih, setiap hari lepas balik sekolah mesti binatang peliharaan dia nak jalan-jalan..
sebab dah biasa macam tuh kot...
Kalau dia pergi sekolah mak dia lak amik alih jaga..

Ok...aku cuma nak cerita tentang binatang ini sahaja untuk aktiviti di sana..kalau diceritakan semua sudah jadi seperti report program yang dihantar kepada pensyarah... Tapi sebelum tuh, semasa kami buat soal selidik, berbual-bual dengan responden.. ada yang pernah berkawan dengan orang melayu dan tahu sedikit sebanyak tentang agama Islam, dia berminat dengan Islam namun hasrat terhalang dengan keluarga.. dan ada juga responden yang mana ramai dikalangan saudaranya sudah memeluk islam tapi bagi dia belum sampai seru lagi.. Kita doakan sama-sama agar terbuka hati-hati mereka untuk menjadi saudara seIslam denan kita.. Aminnn...

Presentation

Balik daripada perkampungan orang asli, sekali lagi aku menyondol pangkat SEBOK.. sebabnya kena bentang program Alam Sekitar yang group aku anjurkan pada 13 Mac. Pensyarah pembimbing kami agak cerewet.. so semacam takut dan nervous la nak bentang depan dia...huhu... 4 jam kredit subjek tuh.. dan tak ada exam...gerun aku.. rasa macam A- pun tak boleh gengam dalam tangan dengan lecture nih.. entah lah tunggu result keluar nanti macam mana...

Assigment & Report

Entah kenapa sem nih aku rasa semacam banyak sangat assigment dan report.. walhal cuma ambik 7 subjek saja sem nih berbanding sem-sem sebelum nih sampai 9 subjek.. Maunya tak banyak, assgment semakin mencabar bila tahun semakin meningkat. konsentrasi amatlah diperlukan dari aku.. komitmen yang tinggi juga sangat diperlukan.. Ada setengah subjek kena buat assigment 2,3 kali sebabnya tak ikut gaya UKM.. Sangat bergaya sehinggakan 4 kali aku hantar assigment yang sama..hohoho... Untuk program yang dah lepas pula, kena buat report.. report ala-ala tesis...huhuhuhu... berkajang-kajang kertas diperlukan untuk menaip.. penat bukan dengan kesibukkan? Yang pasti untuk sem depan iaitu tahun 4 lagi-lagi la aku rasa mencabar... harap masih punya waktu untuk berlibur... heee..

Exam
Okeh sekarang aku sedang menduduki peperiksaan.. sudah 2 paper aku selamat jawab.. markah pula tak tahu lah selamat seperti sangkaan aku atau tidak.. Lagi 4 paper perlu bertarung.. Owh..paper semalam, adalah paper yang buat program perkampungan orang asli tuh... bila aku baca buku untuk exam baru aku tau kisah-kisah pengislaman orang asli di tempat-tempat lain bagi program yang sama seperti kami sebelum ini...

So sekarang aku agak SEBOK dengan study.. Semacam sebok la kadang-kadang... tapi bila ada gap sampai seminggu aku mula sebok membuat kerja-kerja lain... En.Kekasih ati sudah warning aku.. kalau tak dapat 3.5 ke atas siap... then dia teringat pointer aku sem lepas..terus dia up lagi.. 'kalau tak dapat 3.8 SIAP!' Mak aii banyak tuh.. nak dapat macam sem lepas pun berhempas pulas siang malam...sob sob sob... kalau jatuh pointer tak tau la apa hukuman balak menanti aku... hohoho..

Aku PENAT...ok berjumpa di lain kali.. entry sudah tamat... maka boleh bersurai bagi yang sudi berkumpul secara jemaah membaca entry aku yang tidak berkualiti ini...