Aug 28, 2011

Salam Aidil Fitri & freebies kad raya doodle dari Istana Cinta

Dear Istana Cinta & hulubalang istana

Update blog sambil menahan kesakitan.. gigi kat dalam mulut nih semacam berpesta.. hantu gigi tengah menepuk2 gendang.. hangin wa der! benar-benar membuatkan beta radang hati...haissssh... sakit gigi yang boleh buatkan saya hilang konsentrasi serta pertimbangan diri.. err..baiklah..di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.. Khususnya wa punya cikaroii(sinonim dengan cikaro kot) harharhar... Ini kad raya wa buat khas untuk lu der dan followers yang setia menyinggah di blog saya..


Der..hati-hati di jalan raya tau..ingatlah wa..wa kan insan tesayang lu...
harharhar..

Baiklah...Inginkan kad raya seperti saya?
haa...nih untuk followers saya pula...
mungkin awak semua nak buat ucapan di blog ataupun fb atau mana-mana saja lah..
boleh lah gunakan freebies kad raya yang saya nak bagi kad bawah nih..
hiasilah ucapan raya anda dengan kad raya doodle buatan istana cinta ini..
Tapi saya cuma datangkan dalam 3 kaler sahaja..
kalau tak berkenan tak payah ambil...=)
kalau berkenan nak ambil tinggal kan lah komen anda..
saya pun nak tahu jugak sape yang sukakan doodle saya nih...









Yang belum dapatkan doodle raya dari Istana Cinta, klik sini.
Entry tamat! jumpa lagi...


Design With Love

Aug 26, 2011

Koleksi Doodle yang di Tempah dari Istana Cinta


Dear Istana Cinta

Sebenarnya rasa nak kumpul semua doodle yang di tempah dekat blog yang satu lagi..tapi edit blog tak habis-habis lagi...kadang-kadang semacam malas nak mengedit blog yang satu lagi... masih kekeringan idea untuk mengedit mengikut kehendak hati yang satu ini.. Maka saya tumpangkan doodle-doodle ini di sini dulu sebelum siap blog sana..Tajuk entry semacam tajuk nanad pula...hee...pinjam tajuk ye nanad...heee..

Baiklah ini antara koleksi doodle yang ditempah oleh pelanggan Istana Cinta. Yang tidak berkenaan jangan la copy dan edit ye... anda punya kelebihan mengedit maka kelebihan yang ada hasilkan bakat sendiri.. tuhan beri anda bakat cuma perlu digelapgilap. Masuklah kelas pendidikan seni kat menu tab di atas..gilap lah bakat anda 'Semeghelip-ghelipnya' okeh... Amboiii mamu menghelip aih.....heeee


Doodle Couple
Ini doodle kesukaan saya...heee..
Gambar yang dihantar sangat cantik..maka doodle mereka pun cantik..hee
saya rasa  ini lah doodle hero heroin paling cantik pernah saya buat setakat ini..
harharhar...keperasanan yang bisa diberi pelempang...hee...


Doodle Family
Ini doodle Miz Atirah..
Kakak kepada doodle couple di atas tadi..
memandangkan saya tak tahu blog akak yang mana,
saya tak link kan ke blog akak ye...


Doodle Raya
Ini doodle raya Cik Iti & Cik Bubu..
Cik Iti tempah hari tuh katanya untuk buat sampul duit raya..

Doodle Couple
Ini doodle Miera Dodot
boleh singgah blog miera dodot..
untuk tengok header comel Miera..hee


Doodle Wedding
Ini pula doodle wedding Shahirah..
yang nih 1st time buat doodle baju wedding lelaki..
nih pun doodle kesukaan saya sebab 1st time buat doodle kawin...hee

Berminat? Inginkan doodle sendiri? Klik sini

Baiklah entry tamat! jumpa lagi...mungkin dalam kelas pendidikan seni pula..

Gambar saya yang telah dikartunkan

Dear Istana Cinta

Salam jumaat..Jumaat terakhir ramadhan kali ini...jumaat?? errr...adik saya tidak perlu ke sekolah, maka tidak best, harus beratur menunggu giliran broadband.. emmm.. 2,3 hari saya lesap tanpa entry...saya semacam sebok la akhir-akhir ini...saya percaya orang lain pun sebok..mungkin sudah berhari-hari lesap tanpa entry semacam saya tapi tidak heboh satu belog...  harharhar...Ini entry pendek..baiklah terus kepada entry..malas sudah menguasai diri untuk terus berbasa basi...nanti saya menaip mengalahkan novel cinta setebal 2,3 bulan bacaan pula..Ini adalah entry seni... jom tengok hasil kesenian ini



Kawaiiiii... harharhar... 
semalam tengok cerita Doraemon dengan adik lelaki saya..
maka terpengaruh bila dengar adik doraemon sebut Kawaiiiiiiiiii...
Cantik kan hasil kerja Dani?
Dah lama dah teringin pict saya dikartunkan oleh Dani..
akhirnya masa dia buat cabaran pantas komen saya tersenarai..
gembira bukan kepalang...
Dani nih pandai bermain dengan excel dalam kerja-kerja seni nih..
maka jomlah terjah blog Dani!

Next entry saya tunjukkan cara mencorakkan baju doodle ye.. kepada yang bertanya dalam entry sebelum ini..Bagi yang dah tahu tak perlu menantikan entry mencorakkan doodle...
Baiklah entry tamat.. jumpa lagi...!

p/s: sila komen KAWAIIIII... setelah melihat gambar comel saya.. ini paksaan! heee



Aug 22, 2011

Kelas Pendidikan Seni Doodle Paint.NET


Dear Istana Cinta & hulubalang istana

Berjumpa lagi di kelas pendidikan seni kita..TAPI kali nih, kita belajar buat doodle dengan paint.NET pula.. cuba try test mana lebih senang..hee.. sebelum tuh saya nak tunjukkan lukisan pelajar yang ikut kelas lepas...kelas doodle photoscape free hair.



Ini doodle normala...comel kan? siap ada hairband lagi..hee..


Yang nih pulak doodle mrs.farhan
doodle nih may b Mrs.Farhan tak guna sepenuhnya photoscape..
maka nak tau kena terjah tanya dia..hee




Baiklah..sebelum memulakan kelas cikgu nak ingatkan bahawa lukisan cikgu kat bawah adalah agak hodoh sedikit..err mungkin hodoh banyak.. sebab pertama kali try guna Paint.NET untuk buat doodle.. may b pelajar-pelajar cikgu boleh buat lagi baikkkkkk dari cikgu... jom belajar! minta maaf kalau bahasa tunggang langgang sebab hilang kosa kata..huhuhu...ikut sahaja macam dalam gambar rajah.
















alahai..tersilap bulat lak...awk klik kat brush ye..
yang saya bulat tuh bukan brush...silap...brush atas sikit..
Saiz brush tuh boleh adjust ye..ikut kesesuaian..nak besar mana..
adjust saiz dekat brush width  kat atas tuh...




Kelas tamat! bagi followers yang belum ambil freebies doodle raya boleh singgah sini..
terimalah pemberian saya seadanya...jumpa lagi! =)



Aug 21, 2011

Freebies Doodle Raya untuk semua Followers Lelaki & Perempuan


Dear Istana Cinta & Hulubalang-hulubalang istana..

Jam menunjukkan tidak beberapa minit saja lagi mahu berbuka.. maka saya haruslah update entry ini sesingkat mungkin. Baiklah..terus kepada tajuk, kali ini saya buatkan freebies doodle raya lelaki dan perempuan.. si kacak tak perlu radang hati sebab selalunya saya pilih kasih pada si cantik manis.. heee .. Entry semalam saya ada tanya ada sapa-sapa nak tak doodle raya, cuma Pn.Kutu yang respon entry saya cakap 'Nak!' so untuk Pn.Kutu special sikit.. saya buat doodle ikut warna tema raya dia bersama family.. Doodle Pn.Kutu untuk Pn. Kutu saja. yang lain-lain orang lain boleh ambil ye... Kalau awak ambil tinggalkan komen ye...supaya saya rasa dihargai...=) 

Doodle Pn.Kutu & Family

Tima kasih Pn.Kutu sebab selalu singgah komen entry-entry saya.. 
dengan harapan Pn.Kutu & Aiman suka ye!
minat gila kat lawak aiman..heee

Doodle Raya untuk followers lelaki

Ni pulak doodle untuk followers lelaki.. kalau si gadis-gadis followers nak matchkan dengan doodle awak pun boleh.. amik la..macam tuh gak la kalau si jejaka-jejaka followers nak matchkan dengan doodle-doodle raya perempuan silakan... marilah menyunting bunga di taman...harharhar.. eh...jemput ambil ye abang-abang, adik-adik...=)






Doodle Raya untuk Followers Perempuan
Kenapa saya rasa macam semacam pelik sahaja tajuk...owh..abaikan...sila lah ambil ye adik-adik, kakak-kakak...heee





Baiklah..entry tamat.. jumpa di lain entry..=)



Aug 20, 2011

Header Syue Syada & Header Doodle Tempahan Rabitah Hanim


Dear Syue Syada & Istana Cinta

Entry ini berkenaan hadiah header dari segmen terdahulu yang belum habis diserahkan.. Haish...jangan contohi saya, penganjur contest tidak bertanggungjawab... tapi saya rasa masih bertanggungjawab sebab tidak lari dari tanggungjawab lagi...hee Baiklah terus kepada tajuk utama.. 

Header Syue Syada nih bukan header doodle sebab tuan badan tak minta doodle..tapi dia suruh letak pict doll.. tergaru-garu kepala saya 2,3 bulan sudah mencari idea bagaimana nak mencantikkan header dengan elemen yang diberi.. benar-benar menguji tahap kegeniusan saya... walaupun tidak la genius... harharhar... Maka saya masukkan juga seketul doodle perempuan dalam header dia..dan seketul doodle rama-rama.. sebab tahap perasan doodle sendiri comel adalah sampai tiada tahap..atau infiniti.. harharhar..


Maafkan saya wahai syue syada sebab telah berpurnama membiarkan tuan hamba ternanti-nanti..
Yang lain-lain boleh terjah blog Syue Syada untuk suai kenal..
tambah rakan taulan..Klik sini untuk terjah dan geledah blog dia...

Tinggal satu lagi hadiah header tempoh hari untuk Farah.. InsyaAllah cuba segerakan secepat mungkin.
saya memang gagal la bab membuat header dengan gambar-gambar nih..
sebab tuh lama termenung..header tak siap-siap.


Header Doodle Tempahan Rabitah Hanim

Ingat lagi doodle baby dalam entry sebelum ini? baiklah tiba masanya untuk tunjuk mama & papa baby tuh sekali..heee.. Mama baby tuh Pn. Rabitah Hanim. Dia ada menempah header dengan Istana Cinta nih. Jadi saya nak tunjukkan header yang telah ditempah oleh Pn.Rabitah Hanim. Header nih yang awal saya hantarkan pada beliau.. dan sudah diedit semula berdasarkan kehendak dia..



Jom terjah blog Pn.Rabitah Hanim! blog dia comel sangat dengan warna pink! penggemar pink mesti suka..
saya suka sangat! hee..

Emm..sempena raya kan..rasa macam nak bagi freebies lagi.. mungkin doodle raya.. ini bukan janji.. saya tak janji sebab takut masa tak mengizinkan.. dan tak mahu la jadi munafik sebab tak tunaikan janji..sangat la tak nak.. InsyaAllah kalau rezeki kalian...eh...tapi ada ke yang nak doodle raya saya? sebab dah ramai bagi doodle raya...heee.. baju raya awak-awak semua kaler apa eh...=)

Baiklah entry tamat.. boleh bersurai..berjumpa lagi di lain entry..

p/s : banyak blog yang tak sempat saya terjah balik dan yang komen tak sempat saya komen balik...yang follow tak sempat saya follow balik.. bila dah bebas sikit saya kunjung balas ye... minta maap banyak2..huhu.


Aug 19, 2011

Kelahiran doodle baby pertama dari istana cinta


Dear Istana Cinta

Doodle Baby
Rasa semacam sangat sebok akhir-akhir ini... belog picisan ini semakin ditinggalkan.. kurang dari sebulan dari sekarang akan pulang ke pangkuan ukm. maka masa itu semakin mencemburui kita...huhuhu.. eh..ini bukan entry sadis..ini adalah entry ingin menunjukkan baby doodle yang pertama kali di hasilkan oleh istana cinta.. mungkin jugak entry 2 dalam 1 atau 3 dalam 1.. sebabnya tengku puteri kan sangat suka mencampur adukkan entry dia..1st time buat doodle baby, maka boleh la kiranya saya meletakkan tajuk Kelahiran doodle baby pertama dari istana cinta kan? baiklah jom tengok baby nih...hee


Comel tak? soalan minta PJJ (penendang jarak jauh)
baby original memang comel la..
nanti mama dia dah guna header baru saya tunjuk header mama dia yang ada baby, mama baby & papa baby...heee
Tempahan kalian mematangkan doodle-doodle saya..
 terima kasih kerana sudi menempah...=)

Doodle dari Cik Pepel


Beberapa ari yang lalu, saya dapat doodle dari Cik Pepel.. comel sangat! heee...ini bukan doodle trade tapi bila diberi pandailah berbahasa...heee..jom tengok! 



Comel kan? bakat terpendam nih...dulu cik pepel pernah tinggalkan mesej di shoutbox sebelah katanya dia malu nak tunjuk doodle dia..sekali tunjuk ..haaa! jatuh cinta terus saya...
inilah yang dikatakan diam-diam ubi berisi..heee

Cik pepel nih cikgu yang garang tapi comel!
eh...bukan saya yang kata..tapi cik pepel yang tulis dekat profile dia..hee
apa lagi, jom la berguru dengan cik pepel!
Jom terjah blog cik pepel

P/s : hutang doodle dengan yayath...nanti saya lunaskan..heee..dan juga dengan cik purple... sabar ye...akan menyusul tak lama lagi... =)


Baiklah entry tiada skop sudah tamat.. boleh bersurai.. lain kali datang lagi...

Aug 18, 2011

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com





Cantik kan duit syiling Malaysia siri ke 3 nih? 
Klik pict untuk join..
nasib akak Marjan Ibtisam tag saya untuk join...hee..
Okey, tak boleh membebel secara berkawah-kawah banyaknya harus terus ke tajuk entry..

Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entry " Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com" dan linkkan ke entry ini
2) Di entry anda tag kan at least 3 bloggers lain.
3) Done . Hantarkan permalink entry anda di entry ini.
4) Tarikh tutup 21 August 2011
5) Hanya peserta yang berjaya menarik at least 2 rakan yang ditagkan itu untuk join sekali contest ini dikira layak untuk memenangi hadiah . 
Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah dari random.org.

Maka saya ingin tag :

Aug 15, 2011

I.S.T.I.M.E.W.A untuk followers 2


Dear Istana Cinta & hulubalang sekalian

KHAS untuk hulubalang ataupun followers istana cinta sahaja.. Terima kasih bagi yang tidak lenguh jari buka belog istana cinta.. apatah lagi yang selalu komen.. Syukran, tima kasih... =) maka saya untuk kali keduanya membuat entry bertajuk I.S.T.I.M.E.W.A untuk followers Istana Cinta.. Kali nih saya nak bagi freebies menu tab dekat awak-awak semua... sila senyum sampai telinga bagi yang berminat.. yang tidak berminat tidak perlu buat wajah kelat-kelat manis mahupun membuat komen puaka di dalam hati.. saya yang berketurunan siam ini lagi berpuaka.. saya garang tahu? hee.. Baiklah membuang masa itu tidak bagus... 

Kali ini saya sediakan menu tab doodle dalam 5 warna, pink, hijau, turquoise, purple dan hitam. Kalau ada sapa-sapa yang nak request kaler lain boleh tinggalkan di komen.. saya akan siapkan bila ada ruang kosong ye... =) dalam kotak menu tab tuh awak boleh isi sendiri, saya tak tau awak nak isi apa.. home ke.. rumah ku syurgaku ke.. saya tidak tahu... awak edit la sendiri.. untuk kod pun awak buat sendiri ye..upload dekat photobucket ke.. bagi yang tidak tahu cara-cara nak buat menu tab macam kat atas tuh, boleh tanya tutorial dekat pakcik google.. Pict dekat bawah nih saya besarkan supaya awak nampak wajah kelat-kelat manis doodle saya... saiz sebenar kecil saja..






Sila-silalah adik-adik, kakak-kakak ambil ye..dan jangan lupa kalau ambil tinggal la komen..=)an
untuk abang-abang saya belum buat lagi 
sebab rasa macam abang-abang dan adik-adik lelaki kurang minat... =)

Emm..baru perasan semua bertudung, haish...
nanti saya buatkan yang free hair pula ye...