Oct 29, 2011

Kegunaan Lain Pen Khat


Dear Istana Cinta...

Ini entry kosong....Tiada isi kandungan yang boleh buat isi penting dalam karangan pun...
Emm...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 saat sudah merenung skrin, tajuk dah terbentang luas.. tapi isi entry belum ditaip.. eh sekarang tengah taip..tengah memikirkan ayat paling bombastik untuk dimengarutkan... biasalah bila menulis blog tanpa arah tuju nih atau dalam bahasa bombastiknya tiada skop..harharhar.... 

2,3 hari lepas, errr..tak ingat sebenarnya hari apa...saya semacam syok sendiri pula melukis di atas kertas... kemudian ambil fon cokiaaa' punya snap dan masukkan dalam laptop.. sebelum tuh saya teringat pen khat... Ya pen khat yang digunakan untuk menulis seni kaligrafi khat tu lah..dah nama pun pen khat kan...heee.. saya buat stroke guna pen khat... kesiaan kan tak ada asas pendidikan seni macam saya, pen khat pun hentam la...janji line stroke terang tang tang bila masuk laptop...harharhar..mari saksikan...




Lukis atas kertas, lepas tuh ambil pen khat, kasi terang stroke...tapi tangan kasi gegar itu pen la..huhuhu

Lepas tuh masuk Photoshop, edit stroke tadi guna stroke photoshop pula...
buang stroke menggeletar tadi....heee..

lepas nih boleh buat drama sebabak cepat2 sikit kan..lukis pastu edit dekat photoshop..
kalau sebelum nih, lukis pakai photoshop sikit2, lepas tuh 2 minggu baru post dalam entry...hee

Saya suka layan kartun sebenarnya...Hati kat dalam semacam tenang & geli hati...
Semacam berada dalam dunia sendiri...

1. suka singgah sini
2. suka singgah sini jugak, tapi dah lama beliau tak update...
3. Sini pun suka jugak..

Semua yang suka semua bookmark.
satu lagi........ Bila la Aujinz nak update kartun beliau nih...

p/s : tulis khat tak elok-elok jugak,maka guna buat stroke doodle la pulak...kreatif tak kreatif tak?? hahaha...

Entry tamat! nanti update lagi.. =)


Oct 28, 2011

Doodle untuk Pen Biru

Dear Istana Cinta

Takrif Kehidupan

Tak penting, boleh skip... 2,3 hari saya lesap tanpa entry...siang saya ke kuliah, malam nak update blog tapi...time tuh jugak line internet nih buat hal...hujan-hujan lagi dia semacam dengki dengan saya untuk update...slow macam siput... 

saya baru balik kelas nih...kelas yang terbatal sebab LCD buat hal, bilik lain semua penuh..so boleh balik awal... yieeeehaaa...heee..tapi lepas raya haji kena ganti...huhuhuhu.. sedih balik... sedang menaip entry dengan mata yang mengantuk.. Pagi tadi pukul 8-9 pagi kelas, 10-11 pagi jumpa penyelia tesis, 11-12 jumpa lecture untuk subjek pembangunan Insan.. lepas tuh pukul 2.30 gi kelas P&P.. pastu kelas batal balik...heeee.. apa jenis takrif nih....kesimpulan, letih la naik turun bas, naik tangga sampai aras 6.. elok-elok sampai aras 6 lapar + mengantuk... tiap2 hari khamis malam jumaat mesti saya tak boleh tido...huhuhuhu... pelik..

Doodle untuk Pen Biru
Eh..muqadimmah yang sudah menyimpang jauh sesat lagi menyesatkan.. sebenarnya entry ini adalah untuk menghadiahkan pen biru hadiahnya... Pen Biru terimalah seadanya... =)

Rasa macam kecil pulak bila doodle tuh dibuat sekali dengan pen..so, Pen Biru boleh ambil
doodle di bawah sekali :

Hanya untuk Pen Biru

Kepada saudari Pen Biru, yang watermark tuh, nanti ye saya edit... =)
Entry Tamat! 







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Oct 23, 2011

Drama Sebabak : Episod : Buaya


Dear Istana Cinta : Mai layan drama nih sat...heee










Huhuhuhu...pening kepala cikgu..
nih yang seram nak masuk sekolah buat praktikal sem depan nih...
adik-adik yang follow istana cinta kalau tetiba ustazah ke sekolah adik-adik untuk praktikal,
silalah jangan loyar buruk tahap kronik macam tuh ye...merajuk aii...heee
Kalau tak kena bertapa dulu tuntut ilmu gangster...baru gerun..haha..
ari tuh kawan saya cerita dekat sekolah adik dia kot,

Kes 1 : Cikgu Perempuan
form 3 .. cikgu praktikal tuh perempuan, comel lak tuh..
student nih lelaki cakap kat cikgu dia, ''cikgu nih comel la..geram saya..''
lebih kurang macam tuh la dialog dia..saya pun dah lupa sikit-sikit..
tiba-tiba dia pegang punggung cikgu tuh...huhuhuhuhu... naya r...
main kasaq noh...huhu

Kes 2 : Cikgu lelaki
yang nih pulak cikgu lelaki tapi cikgu nih jenis lembut..pastu anak murid lak macam gangster..
cakap pun stail KL Gangster..
hentak-hentak kaki cikgu tuh keluar kelas...heee...
gaya kawan saya cerita sangat kelakar la..hee

Pensyarah saya selalu cakap :
Cikgu bukan sekadar mengajar tetapi mendidik..
nak mengajar, semua orang boleh tapi nak mendidik tak semua orang boleh..
Mencabar bukan tugas seorang cikgu...

Entry tamat! 

Oct 22, 2011

Simple Header & Doodle Tempat Ke-2 Pemenang Contest Tengku Puteri & Puan Kutu

Dear Istana Cinta...

Laporan Kehidupan
Akhir-akhir ini saya dah jadi macam chipsmore bak kata puan kutu...heee.. yela..minggu nih paling letih saya rasa...dah siap buat bab 1 proposal tesis..kena ambil semula dan edit semula...ambil ari jumaat semalam dan nak kena hantar semula hari isnin nih...hari isnin nih pembentangan untuk subjek Proses Pengurusan P&P.. Dah ready slide powerpoint minggu lepas lagi tapi tengok-tengok tak kena bentang..seronok la hari tuh, nih nak kecut perut balik sebab budak-budak kelas tutor saya tuh aktif bertanya...huhuhuhu...

Hadiah Tempat Ke-2 Pemenang Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu
Pagi nih siapkan hadiah untuk tempat ke-2.. Nasuha minta guna doodle yang sama buat untuk header...
so ini lah hadiah doodle untuk Nasuha.. 




Header untuk blog Nasuha..



Doodle Nasuha

Hanya untuk Nasuha

Yang tak terlibat tak perlu ambil ye...nampak tak feedjit kat bahagian bawah sidebar saya tuh? 
bukan setakat tau pelawat dari mana..pelawat yang datang klik doodle-doodle kat sini pun boleh tau...
Klik untuk tengok atau klik untuk save? =)

Setakat ini baru 2 pemenang yang email saya...Doodle hadiah untuk pen biru dalam proses..tak warnakan lagi..pemenang GA Aten dulu pun baru seorang je email saya..



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Oct 19, 2011

Edit blog Sweet Garden Korean


Dear Istana Cinta



Dah siap edit blog Sweet Garden Korean..
Makanya boleh lah kalian menjenguk ke blog Sweet Garden Korean.
Blogshop yang menjual pakaian, beg & accessories...

Nak singgah klik SINI
kemudian boleh lah follow ye kalau berkenan..=)


Oct 18, 2011

Pemenang Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri dan Puan Kutu..


Salam Alaik...sekadar entry pendek sebabnya saya sedang buru-buru... Baiklah setelah juling mata saya dan Puan Kutu menganalisis satu persatu gelak guling-guling kami telah sebulat suara untuk mengumumkan pemenang yang telah berjaya mencuri hati kami dalam mengarang cerita merapu tak ingat alam...harharhar...

Tempat Pertama
Mr.Doctor

cerita yang diadaptasi dari rapunzel kelakar bagi saya dan puan Kutu. Pandai diolahnya..
menyebabkan rambut saya busuk dalam tuh...dan beliau bukan berkahwin dengan tengku puteri tapi berkahwin dengan puan kutu...hahahaha...so kalau pembaca istana cinta sekalian nak tumpang gelak jugak jom terjah entry Mr.Doctor di sini
Kes Rambut Busuk

Tempat Kedua :
Chocolate

Cerita dia ada watak baik dan ada watak jahat..tengku puteri dengan puan kutu kedua-duanya dapat kawin dengan anak raja..pertemuan tak disangka akibat disihir...part paling saya suka dengan mantera sihir yang direkanya...gelak guling-guling saya baca..hahahaha..
sedikit petikan mantera dari Chocolate..

"Tan tan tut,keladi we we,sape suke kentut dia jadi kura-kura."Tiba-tiba Puan Kutu bertukar menjadi kura-kura comel.[Nampak sangat suka kentut]

"Anak cina mati masuk lorong,jadi merpatilah kau kalau suka korek hidung"Tengku Puteri bertukar menjadi merpati putih.

Kalau pembaca semua nak ketahui keseluruhan kisahnya haruslah terjah blog Chocolate di sini
Nih kes Kentut dan korek hidung

Tempat Ketiga :
Ninie

Walaupun cerita ninie tak kelakar tapi saya suka dengan dongeng yang diceritakan...
hero untuk tengku puteri Aaron Aziz lak tuh...heeee..dari awal baca sampai abis senyum je keje saya..hahaha..kalau pembaca lain nak ikuti kisah yang ninie coretkan boleh terjah sini

Tempat keempat:
Puan Bee

Cerita yang ditulis Puan Bee mampu buat saya gelak tak ingat dunia jugak..
cerita bermula dengan kes tengku puteri sakit gigi bawa ke mimpi dapat rantai bertatah berlian merah...
menurut puan kutu nenek kebayan dalam mimpi kalau dia smpan gigi yang dicabut bawah bantal, 
segala yang dihajati akan tertunai..bangun pagi tengok bawah bantal ada rantai yang diidamkan tapi dimarahi pula oleh maknya...nak tau kenapa mak tengku puteri marah jom terjah blog Puan Bee di sini
Nih kes Kedekut

2 Saguhati :

Pen Biru
Pen Biru mengisahkan tentang tengku Puteri yang ada tabiat tak elok..
yakni suka korek hidung dan korek telinga...
yang menariknya tentang dongeng yang dicipta pen biru, dia timbulkan masalah dan dia bawakan penyelesaian untuk masalah tengku puteri dalam dongeng tersebut.. Menarik...heee..
untuk ketahui kisah sebenar boleh terjah di sini

Reena
Reena pula membawa kan kisah dongeng Tengku Puteri yang ada masalah digilai ramai..
sehinggakan dia tidak dapat keluar menghirup udara segar seperti sediakala..
kesedihan itu telah smpai ke pengetahuan Puan Kutu,
maka disebabkan puan Kutu lah Tengku Puteri tak digilai ramai lagi..
nak tahu kenapa tuan puteri tak digilai ramai lagi sejak Tengku Puteri bertemu Puan Kutu?
Klik Sini
Nih pun kes rambut busuk jugak..

Untuk menuntut Hadiah :
1. Bagi pemenang tempat pertama, sila emailkan butir-butir diri anda untuk pos hadiah kepada Juanita
di alamat email berikut : 

juanitaasani@yahoo.com

2. Bagi pemenang yang dapat hadiah berkaitan doodle boleh email kepada saya details doodle berkenaan di 

alamat email berikut :

farhah_zaidah@yahoo.com

3. Bagi pemenang yang dapat hadiah top up boleh bagi no fon kat Puan Kutu di alamat email berikut :

puankutu@yahoo.com

yang tempat ke 4 ada hadiah simple header dari puan kutu kan? puan kutu tanya kalau tukar kepada top up RM5 boleh? 

Huhuhu..baru saya perasan setiap cerita yang saya pilih di atas ada tema pengotor belaka untuk tengku puteri..sungguh sadis hati beta..tapi apakan daya cerita mereka amat menggelikan hati beta..hahaha..tapi hakikatnya saya tak berkelakuan sedemikian ye..maunya ummi saya bagi pelangkung kalau buat perangai tak senonoh demikian...

Segala salah dan silap harap dimaafi...terima kasih yang telah menyahut cabaran..yang tidak menang jangan berwalang hati...boleh cuba di lain waktu...=) 
Doodle saya akan siapkan satu persatu mengikut waktu terluang...=)

Oct 17, 2011

Mai Dah.............

TAMAT!
Dear Istana Cinta...

Nampaknya sesedap hati saya saja meletakkan tajuk entry siang tadi hingga ke detik saat ini.. Tadi entry 'Akan datang..' sekarang entry 'Mai dah...' kesinbambungan dari akan datang...harharhar....









Kata-kata aluan
Puan Kutu tak suruh buat ucapan alu-aluan pun...saya yang berkuasa penuh ke atas istana cinta ini ingin melafazkan kata-kata aluan jugak..harharhar...Terima kasih kepada semua pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sudi menjenguk belog buruk saya nih....errrrrr..

Baiklah, saya ni kan sudah kehilangan modal untuk menaip tanpa batasan.. maka saya harus lah terus kepada tajuk... Ada yang pernah tanya saya di shoutbox, 'bila awak nak buat header free untuk 10 orang terpantas lagi ye?' okey, tak tahu bila...kesian yang tak sepantas pantas..maka mari kita beradu buah fikiran dengan menyertai contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu... sape2 yang berminat boleh lah terjah blog Puan Kutu ye...tengoklah segala terma dan syarat... klik sini.. buat lah tulisan fiksyen yang berkarat-karat sekalipun asalkan menarik hati saya...hahah..


Baiklah entry tamat!

Oct 15, 2011

Doodle Mira


Setiamu dapat ku rasa..
dari sinar matamu...




Ni doodle yang ditempah oleh Mira Ed Osmera..
emm..sekadar entry pendek, sebabnya saya nak gi library jap..
cari buku, rabu minggu depan kena hantar proposal tesis..huhuhu...

kenapa entah akhir-akhir ini merasakan hidup ini tidak seronok..hoho..
kegawatan emosi kembali melanda...

lusa dah nak tamat...hadiah doodle saya may b la tak mengiurkan tapi tak terliur ke dengan hadiah utama?
huhuhu..

Baiklah..entry tamat! nanti menconteng lagi..=)



Oct 12, 2011

Header Sweet Garden Korean

Dear Istana Cinta

Header Sweet Garden Korean



Sis Zara buat tempahan edit blog untuk blog dia...blog nih baru je lagi..
Blog yang menjual Pakaian-pakaian korea...
comel-comel je pakaian yang dia jual..
dekat blog nih belum update apa-apa lagi la sebab saya belum siapkan sepenuhnya..
tengok date dalam kotak tepi entry tuh pun kedudukan tak betul lagi..
header tuh nak kena tambah huruf N sebab tertinggal..huhu..
so saya fokuskan dekat header tuh je untuk entry nih...
nanti dah siap edit semua baru saya bagi link untuk awak semua terjah,
boleh cuci mata dengan baju yang mengiurkan..hee

At least update blog menunjukkan saya masih maujud..harharhar...


Boleh skip, entry kat bawah adalah entry tidak berilmiah sahaja..entry berkepentingan sendiri sahaja..
Laporan Diri Sendiri

11 Okt 2011

Sungguh cepat masa itu berlalu dan berambus pergi tanpa meminta izin dari saya.. Semalam ada perjumpaan dengan PTPTN. Dari pukul 9 pagi - 1 petang, kebas punggung wa der... bagus jugak la perjumpaan tuh, berguna untuk masa depan nak bayar hutang...huhuhu.. pastu balik je dari perjumpaan tuh settlekan mind map yang nak bentang dengan supervisor tesis.. nak buat mind map tuh tak lama tapi nak mengerahkan otak nak tulis apa tuh yang berejam-rejam.. dah la baru semalam tuhan tetapkan hati saya untuk pilih tajuk tentang tulisan jawi sebagai kajian.. Rasa macam baru tenang sikit setelah hati ditetapkan..

12 Okt 2011
Hari nih, awal-awal pagi lagi dah liat nak bangun sebab semalamnya pukul 2 pagi baru tido..huhuhu.. pukul 10 harus jumpa supervisor tesis.. semalam saya sangat tidak sabar untuk bangun di pagi hari semacam hari-hari lain bukan sebab terlalu seronok nak jumpa supervisor yang selalu jumpa seminggu sekali itu tapi saya semacam seronok untuk bangun pagi-pagi pergi membeli sarapan di cafe.. harharhar.. awak tahu, sekarang cafe kolej kediaman sangat sedap masakannya.. saya semacam ketagihan.. huhuhuhu... sangat kronik la ketagihan macam nih.. boleh mengundang lemak-lemak berlebihan tahu... haissssssh... saya risau berat badan naik macam dulu-dulu.. dan saya rasa muka saya membulat...haisssssh lagi sekali...

Pukul 2 petang tadi sampai pukul 4 ada kelas penulisan tesis.. Owh..baru ku tahu rupanya cara-cara paling cepat nak mengedit assigment.. tanpa perlu check satu-satu muka surat untuk masukkan halaman.. tak perlu taip satu-satu rujukan... tak perlu itu tak perlu ini.. semuanya auto bukan lagi manual..kalau lah 3 tahun pengajian sebelum ini saya sudah arif lagi bijaksana tentang itu semua, pasti saya tak perlu bersengkang mata 2,3 pagi sambil mengumam di dalam hati untuk edit assigment.. sangat lah klasik dan jahil bila difikirkan diri ku ini... huhuhu...

Saat ini, saya sedang mengedit tempahan Mira ed Osmera sambil update blog..Minggu depan ada presentation untuk subjek Pengurusan Proses Pengajaran & Pembelajaran ( P & P) Saya punya impian semacam nak buat video doodle sahaja.. ala-ala kartun..tapi itu hanya impian dan angan-angan keberangkalian untuk buat adalah berada di tahap sangat lah tipis..hee

baiklah entry tamat! habis gian menaip secara berkajang-kajang.. 


Oct 9, 2011

Kelas Pendidikan Seni- Doodle Photoshop Part 2

Dear Istana Cinta & Hulubalang..


sape nak boleh ambil doodle nih..=)
hari nih kita akan buat muka doodle macam kat atas nih..



2,3 hari saya lesap tanpa entry.. sebabnya takrif kehidupan sebok lagi... tak cukup tidur, tak cukup rehat, tapi makan cukup...heee...maka entry ini adalah entry untuk latihan kognitif.. mari menjadi cendiakawan doodle..kalau nak jadi cendiamusuh pun saya tak boleh halang...dah la, malas nak menaip berkajang-kajang sampai setebal novel 2,3 bulan bacaan. kita terus sahaja kepada sesi pembelajaran kita...

Sebelum tuh ingat lagi Doodle Photoshop Part 1 dulu? kalau tak ingat klik sini sebabnya mata yang kita buat sebelum ini akan digunakan untuk tutorial kali ini.. Diingatkan : Setiap kali buat line/shape baru WAJIB buat LAYER BARU

1. Buka photoshop- create new file





untuk delete line shape, tekan backspace pada keyboard.





Right klik, pilih stroke path.








Baiklah entry tamat! selamat mencuba..

tempahan yang masih belum disiapkan & perlu disegerakan:
1. Luqman- tak warna lagi
2. Miss Apple - baru buat muka doodle perempuan. tengah blur nak buat piano.
3. Sis Zara- dah siapkan doodle tapi belum warnakan, blog xsentuh lagi..
4. Amirah Ed Osmera- dah buat muka doodle..
5. Fyza pelangi- belum mulakan apa-apa lagi...

ada banyak lagi kat dalam email tuh yang belum disentuh..huhuhuhu...

Tempahan yang perlu di edit semula :

1.Noralisme
2. Amirah Hasane






Oct 5, 2011

Jadual semester ini

Dear Istana Cinta

Pengenalan
Sekadar entry mengalas mata...heh? perut sudah di alas, maka entry ini adalah untuk mengalas mata...
Sudah lama tidak menconteng entry untuk kepentingan diri sendiri..bukan kepentingan awam..maka malam ini saya mahu menconteng entry kepentingan diri sendiri.. boleh undur, jangan teruskan pembacaan sebabnya nanti kamu bisa radang hati dengan penulisan tidak berilmiah ini...ini adalah perenggan pengenalan...harharhar..

Kek Untuk Merahitujambu
memandangkan saya tidak sempat memeriahkan segmen merahitujambu sempena ulang tahun kelahiran beliau, maka dengan ini saya ingin jugak bagi kek dekat MIJ... Happy Belated Birthday ye MIJ... ceria-ceria selalu...maafkan saya sebab tak sempat join ari tuh...cupcake dengan love dari istana cinta...=)



Pertemuan Yang Terbatal

Siang tadi sepatutnya saya ke fakulti sebabnya ada pertemuan sama penyelia tesis.. tapi nasib lah penyelia saya seorang yang bertanggungjawab telah mesej saya dan kawan-kawan yang lain kalau tak pasti saya sudah  melencong ke Pusanika UKM memandangkan sekarang sedang diadakan PC Fair.. maka saya akan perasan habis saya adalah anak raja dan akan mencucuk duit secara rakus seperti anak raja yang tak kenal untung..tak kenal untung ke tak kenal rugi hah? kalau kenal rugi mesti tidak berbelanja dengan sakannya...harharhar... Maka pertemuan yang terbatal tadi telah membuatkan saya menulis entry petang tadi.. klik sini kalau terlepas..tapi pertemuan yang terbatal akan digantikan ke esok hari pukul 9... haisssh...terganggu waktu beradu tambahan beta...heeeee

Jadul Kuliah Saya
Hatiku girang sekali..malam ini membahagiakan..sebabnya ink yang dahulu kala ku sangkakan telah kering kontang rupanya masih berfungsi secara baik malam ini...ink telah berkelakuan baik dengan saya..maka saya dengan lahapnya telah print segala macam doodle untuk menjadikan bilik separa kecil ini kelihatan comel...Saya telah print jadual doodle saya dan juga saya telah mendesign door hanger untuk pintu bilik saya...hahaha...



Sudah masuk minggu ke 4 berada di kampus... sudah hampir sepurnama..err purnama kan bulan..maka sebulan adalah sepurnama...hahaha...baru hari ini saya menghasilkan jadual secara sistematik kalau tidak hanya berada di dalam akal yang acap kali terlupa ini... Sapa yang nak jadual macam saya, email saya dengan subjek : Nak jadual! 


Door hanger untuk bilik saya..harharhar....

Baiklah..entry tamat!

Oct 4, 2011

Drama sebabak : Episod : Boyfriend


Dear Istana Cinta...

Perut kat dalam nih tengah berkeroncong dengan kencang..sebab bertungkus-lumus siapkan drama sebabak nih..sebab kalau saya dah fikirkan satu perkara tuh, saya kena buat kalau tak saya tak boleh tidur...hahah... so entry nih kurang penulisan...biar doodle sahaja bercerita... 















Entry Tamat! kekasih saya dah call waktu asar tadi tapi belum jawab lagi nih...
nak jawab call dulu ye! sapa yang belum jawab call lagi, jom-jom! haiya a'la sollah...
lepas tuh nak ke cafe, nak cari makanan untuk mencekik...hee
nantikan drama seterusnya...haha








Oct 3, 2011

Doodle Wedding Shima

A Husband said this to his wife :

If Jannah was a flower..I would pick it for you..
If Jannah was a bird.. I would catch it for you...
If Jannah was a house...i'd build it for you..
But.. 
Since Jannah is a place no eye has ever seen..
I make dua to ALLAH to reserve it for you...




Doodle tempahan Shima..
Shima tempah 2 doodle..satu pegang board macam kat atas nih..
dan satu lagi pose dukung...
Selamat Pengantin Baru Shima..
lupa lak nak tanya bila majlisnya...heee..

Esok ada perjumpaan dengan penyelia tesis pulak..
jadi kena study tesis pulak..
esok kalau ada ruang update lagi..
Entry tamat!



Oct 2, 2011

Header & Edit Blog Izra

Dear Istana Cinta..

Semalam siapkan tempahan Izra.. Izra tempah header & edit blog dengan saya... saya nih tak berapa pandai sangat nak edit blog nih..takat simple-simple macam yang saya buat untuk tempahan Sis Sya & Izra nih boleh la...huhuhu.. so untuk Blog Izra saya buat :

1. Header
2. Footer
3. Sidebar Image
4. Shoutbox




Nak buat entry berdoodle lain tapi belum sempat...huhuhuhu...
Entry tamat! sambung buat tempahan lain pulak..huhu..