Sep 30, 2012

Utusan Maut


Seseorang telah didatangi oleh malaikat Izra'il, iaitu malaikat yang mencabut nyawa..
Lelaki tersebut berkata :
"Adakah kedatanganmu ini sebagai kunjungan biasa atau untuk mencabut nyawaku.."

Izra'il menjawab :
"Kunjungan biasa.."

Lelaki itu bertanya lagi :
"Demi persahabatan kita, jika telah dekat sampai ajalku nanti kirimlah utusan untuk
memberitahuku.."

Suatu hari Izra'il datang untuk mencabut nyawanya..
Lelaki tersebut terkejut lalu berkata :
"Bukankah belum pernah ada utusanmu yang datang kepadaku untuk memberitahuku
tentang perkara ini..?"

Izra'il menjawab :
"Sudah datang, bahkan telah beberapa kali..................

1.) Bukankah tulang punggungmu bongkok padahal sebelum ini ia lurus....


2. Rambutmu telah memutih walhal sebelumnya hitam..

3. Suaramu bergementar sesudah dahulunya lantang..

4. Bahkan akhir-akhir ini kamu lemah setelah dahulunya kamu kuat perkasa.

5.Penglihatanmu kabur setelah dahulunya terang..

6. Kamu dahulu penuh pengharapan,tetapi akhir-akhir ini sering berputus asa...

..........aku telah mengirim sekian banyak utusan kepadamu padahal kamu hanya meminta 
satu utusan. Oleh kerana itu kamu janganlah menyalahkan aku..."

Muhasabah sebelum tidur...
cepat atau lambat kita pasti dijemputnya...
Moga kita dapat hadiri jemputannya dalam keadaan husnul khatimah...
Moga jumpa kalian lagi di entry akan datang.... =)

11 comments:

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

insyaallah.. semoga dipermudahkan urusan oleh NYA

HusnaShuib said...

Lama dah xbukak baca blog ni. Hee comel! Pandai lukis. Sangat talented dan skilled. :)

blog-tips-kurus said...

saya dah lama rabun. huhu!

BiskOt said...

teringat lagu Hijjaz.. =') risau kalau2 tidak dpt jemputan, tiba2 kena pergi.

m(_ _)m

Aujinz said...

Saling ingat mengingati

Puan Kutu said...

good entry wit a nice doodle.hehe

Insyaallah sama2 kita mengingatkan..:)

Ctie Anis Nisa said...

Muhasabah...ajal rahsia Allah..:)

nazha anua said...

banyaknya utusan yang tolong ingatkan..

Atirah ★ said...

muhasabah diri . :D

keri ikhwan said...

tapi kena bersedia walaupun utusan2 kat atas tu belum sampai.
skang ni ramai mati muda :)

Haris Khairuddin said...

kadang2 maut menjemput tak kira masa.. jadi, setiap masa perlu bersedia.

tazkirah yang sangat bermakna. (ada ke tazkirah yg x bermakna??? hoho..)