Jan 31, 2012

Contest Back To Black : Cover Ur Modesty






Salam Alaik...
Tengah tak ada idea nak update blog, tiba-tiba blogwalking terjumpa contest best nih..
Terus dapat idea untuk drama sebabak Istana Cinta.. 
Jadi dalam entry nih saya selit sekali drama sebabak..
Kalau nak join klik banner kat atas..atau boleh klik SINI

Jom tengok syarat-syaratnya :
1) Create and post one entry entitle "Contest Back To Black : Cover Ur Modesty"

2) Attach the contest banner, and link it to this entry.

3) Attach one picture of you
WEARING A MUSLIMAH ATTIRE IN BLACK ONLY. meaning, cover ur aurah ;)






4) Describe WHAT DID YOU WEAR and FROM WHERE YOU BOUGHT THE ATTIRE.
Baju yang saya pakai dalam gambar di atas ialah Abaya yang dibeli di Yaman..
pesan dekat kawan yang join program pertukaran pelajar masa kami tahun 3..
Longgar sangat abaya tuh,,tapi kain dia best...sejuk je..
Satu set dengan selendang dia..tapi dalam gambar kat atas nih saya pakai dengan Pashmina beli dekat Pesta Konvo UKM..saya juga pakai handsock memandangkan tangan abaya tersebut luas dan kembang-kembang


Boleh klik gambar kalau tak berapa nampak dialog drama saya nih..


Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)


Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu :
  1. Menutup seluruh tubuh , kecuali muka dan telapak tangan.
  2. Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.
  3. Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.
  4. Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.
  5. Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w. : Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.
  8. Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasulullah melalui sabdanya : Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.


5) Copy paste this link into your entry and make it hyperlink.

Link Penganjur Contest :


6) Dont forget to like fan page ARDINI HUMAIRA and mine, KHUMAERA ISMAIL

fan page penganjur :

Closing Date :
1ST FEBRUARY 2012







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Jan 27, 2012

Tajuk bubuh kemudian II


Salam Alaik..
Sekadar entry kesinambungan dari entry sebelum nih... Banyak yang teka betul..saya suruh pembaca teka tapi saya telah terkantoi sebenarnya...haha.. cuba perhati betul2 pict sebelum nih atau pict kat bawah nih...dah ada tulis kat situ 'skuter blackz'..


Awal..
kadang-kadang saya perlu buat line kasar macam nih dulu..
untuk lukis benda-benda yang saya rasa sukar..
supaya saya dapat bayangan..haha




Akhirnya...
saya cuba lukis skuter...walaupun hakikatnya tak tumpah macam motor biasa..
harharhar...
nama setiap layer terpaksa saya kaburkan..
kalau tak sekali lagi saya kantoi tak kenal bahagian2 sebuah motor...
hahahaha..
abis lingkup skuter blackz bila dilukis oleh saya...

Entry tamat! jumpa lagi... =)

Jan 26, 2012

Tajuk bubuh kemudian..




Salam Alaik....
sekadar entry pendek...sebab rasa macam dah lama membiarkan blog terkontang-kanting disini..
exam pun dah selesai..dah seminggu berada di kampung halaman..
sedang mencari mood untuk siapkan tempahan..
emm.. agak-agak saya nak lukis apa kalau tengok pict kat atas nih?
broadband slow...nak update blog pun susah............grrrrrrrr...

Jan 13, 2012

Berjinak-jinak




Baru berjinak-jinak dengan adobe illustrator (ai)
tak pandai guna pemadam ai...grrrrrrrrrrrrrrr...kesian makcik kat atas nih...
sape yang hebat, tolong ajarkan..heeee..

saya suka kartun yang rupa dia comel dan kelakar..
tapi saya kagum tengok orang yang pandai buat vector....

Lagi 1 paper menanti selasa nih...
okey..entry tamat!




Jan 4, 2012

Drama Sebabak- Episod: Azam


Dear Istana Cinta : Drama sebabak di awal tahun..heee




Selamat Tahun Baru.. Selamat datang 2012.. Ini entry pertama tahun 2012..haissssssshhh......cepat sungguh masa berlalu... haiissssssshh.. mengeluh lagi sekali..saya semacam ada masalah dengan masa.. dari dulu sampai sekarang mengenangkan masa yang terlalu cepat meninggalkan saya...dan kadang-kadang masa semacam menghambat saya...

Azam? azam memang sinonim dengan tahun baru.. namun saya nih manusia yang jenis tak suka tanamkan azam..sebabnya saya tak pernah dapat hasil yang memuaskan walaupun saya tanam azam setebal novel 6 bulan bacaan... Malas saya nak berazam segala.. cukuplah koleksi azam yang tak tertunai dalam arkib hidup saya tuh... tapi satu je yang saya selalu berazam sejak akhir2 tahun ini.. azam saya nak bernikah, berumahtangga, menimang cahaya mata! heeeee...boleh? tapi saya nampak macam azam nih pun kelam jugak nak terlaksana tahun nih...heeeeee...umur dah nak masuk 24 tahun tapi rasa macam remaja baru nak up je...kahkahkah...

Okey, dah-dah...tak boleh nak merapu melalut sampai ke bulan.. tahu kenapa? sebabnya tahun baru saya disambut dengan kedatangan peperiksaan akhir di bumi UKM.. Ya peperiksaan akhir yang sebenar-benar akhir..  esok paper ke dua.. Makanya harus berhenti menulis disini.. kalau tak esok saya kena 'menggoreng' dengan ramuan yang tak tentu hala.. Jadual exam sem nih :

3/01/2012- 08:30- Kajian Teks Sastera Arab dan Tamadun Islam
05/01/2012- 15:30- Usul Fiqh dalam Pendidikan
10/01/2012- 15:30- Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan
12/01/2012- 15:30 - Pengurusan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
17/01/2012- 15:30- Balaghah Al-Quran wal Hadis.

Entry tamat! jumpa lagi...