Sep 30, 2012

Utusan Maut


Seseorang telah didatangi oleh malaikat Izra'il, iaitu malaikat yang mencabut nyawa..
Lelaki tersebut berkata :
"Adakah kedatanganmu ini sebagai kunjungan biasa atau untuk mencabut nyawaku.."

Izra'il menjawab :
"Kunjungan biasa.."

Lelaki itu bertanya lagi :
"Demi persahabatan kita, jika telah dekat sampai ajalku nanti kirimlah utusan untuk
memberitahuku.."

Suatu hari Izra'il datang untuk mencabut nyawanya..
Lelaki tersebut terkejut lalu berkata :
"Bukankah belum pernah ada utusanmu yang datang kepadaku untuk memberitahuku
tentang perkara ini..?"

Izra'il menjawab :
"Sudah datang, bahkan telah beberapa kali..................

1.) Bukankah tulang punggungmu bongkok padahal sebelum ini ia lurus....


2. Rambutmu telah memutih walhal sebelumnya hitam..

3. Suaramu bergementar sesudah dahulunya lantang..

4. Bahkan akhir-akhir ini kamu lemah setelah dahulunya kamu kuat perkasa.

5.Penglihatanmu kabur setelah dahulunya terang..

6. Kamu dahulu penuh pengharapan,tetapi akhir-akhir ini sering berputus asa...

..........aku telah mengirim sekian banyak utusan kepadamu padahal kamu hanya meminta 
satu utusan. Oleh kerana itu kamu janganlah menyalahkan aku..."

Muhasabah sebelum tidur...
cepat atau lambat kita pasti dijemputnya...
Moga kita dapat hadiri jemputannya dalam keadaan husnul khatimah...
Moga jumpa kalian lagi di entry akan datang.... =)

Sep 19, 2012

Suatu Ketika Dulu...



Nanti lah cerita............

Entry tamat!

Sep 18, 2012

Mambang.....


Mood nak update blog hilang ke langit.. Idea ada cuma mood yang tiada...  Layan je lah apa yang saya taip kat bawah nih ye...

Adik : Hang lukih(lukis) apa kaklong? macam orang-orang ja aku tengok...
Saya : Nih bukan orang-orang..... nih Mambang! hahaha...

Bila sebut fasal mambang terus nak tergelak sebab teringat dialog dalam filem diorang nih..Nak tau saya lukis apa?? ha..nak tunjuk la nih... 

Sedikit sedutan dialog salah seorang daripada mereka :

"hai mambang tanah, 
mambang air,
mambang api,
mambang angin,
mambang mabuk minum brandi..."

Ha...cuba teka siapa mereka? 

Saya sangatlah minat mereka bertiga nih..
walaupun tengok lakonan mereka berkali-kali..
frekuensi getaran gelak tawa saya tetap sama! hahahahaa

p/s : broadand slow..minta maaf kalau tak balas singgah komen di blog kamu-kamu ....

Sep 13, 2012

Cita-cita saya

(Entry picisan sahaja.....)

Nawaitu (bukan nawaitu sawma qadin.....) nak post entry lain... tapi entry tuh terkandas sekejap..
sebabnya belum siap lukis lagi...hehehe... Makanya saya post entry nih..

Cita-cita saya.....dulu-dulu masa sekolah darjah 1, cikgu ada 1 rekod untuk setiap murid.. aku tak ingat rekod apa..tapi dalam tuh ada soalan fasal apa cita-cita aku... Habis satu bab cita-cita dalam kamus bergambar aku hafal..Padahal aku tak faham pun setiap cita-cita yang aku bagitau tuh... Bila cikgu tanya apa cita-cita aku..cikgu minta 3 cita-cita.. 

Masa kali pertama cikgu tanya, aku jawab pertama cikgu, kedua polis, ketiga polis trafik...bila nak masuk kali kedua cikgu tanya, sekali lagi aku belek-belek kamus bergambar tuh cita-cita apa yang aku tak bagitau cikgu lagi...so bila aku tengok lukisan bergambar cita-cita tuh ada beberapa cita-cita baru yang aku suka.. sebab lukisan dia macam cantik sikit...bila cikgu panggil nama aku, aku pun pi kat meja cikgu dan jawab soalan cikgu aku tuh...aku jawab pertama peramugari, kedua pelakon, ketiga model...hahahahaha...apa punya loklaq jawapan aku.......masa tuh aku tak tau pun keja peramugari ngan model tuh macam mana...

Tapiiiiiiiiiii..bila balik rumah, tokwan aku selalu kata kat aku "Besaq nanti cucu tokwan farhah zaidah jadi ustazah naihhhh...." kalau tokwan aku tau aku pernah pasang cita-cita nak jadi peramugari ka model ka.. maunya retak kepala aku kena luku dengan beliau...hehehe

Bila besar sikit, masa kat tv ada drama "Roda-roda Kuala Lumpur" kat TV2, aku mula pasang cita-cita baru... aku teringin nak jadi polis trafik pulak... sebab aku teringin nak bawak motor besar tuh...hehehe... dulu pernah aku nak try bawak Motor RXZ paknjang aku...tapi tak larat nak bawak la tak padan ngan aku....

Dan mulut tokwan tuh 'masin' rupanya mungkin sebab ari-ari tokwan dok sebut, maka jadi macam doa... Sekarang nih aku pun memang dah abis tauliah untuk jadi seorang ustazah... 23 hb 10 nanti aku konvo... tapi arwah tokwan tak sempat la tengok aku jadi ustazah......sekurang-kurangnya walaupun tokwan tak sempat tengok aku jadi ustazah,aku dapat jugak jadi ustazah... bukan jadi model yang pakai baju tak cukup kain... kihkihkih..... 

Tak boleh jadi model, pramugari, tak boleh bawa motor besar.... boleh lukis motor besar iras-iras pun jadi lahhhhhhhhhh.....heee


Draft Doodle adik kpd kak ju..
kak ju ada tempah doodle raja sehari dengan saya sebelum ni..
Ada saya tunjukkan dalam entry sebelum ni..
Karikatur raja sehari adik kak ju...
Saya buat drat 2 jenis...1 doodle 1 karikatur..
Adik kak ju pilih doodle... =)


p/s : Sejak suka tengok kamen rider, aku tambah 1 lagi cita-cita... teringin pulak nak jadi pelakon kamen rider..boleh berlakon sekaligus bawak motor besar....hahahahaha.... 


Sekiranya berminat untuk menempah,
boleh email kepada farhah_zaidah@yahoo.com atau
pm inbox page istana cinta di sini... untuk lihat koleksi tempahan yang lain klik sini

Sep 4, 2012

Raja Sehari

Entry di bawah hanyalah entry iklan sahaja...
Tak ada santapan jasmani,emosi,rohani,zabedah,kiah mahupun senah...
hahahaha...

Rasanya bukan sehari boleh jadi raja..
sebabnya ada 2 pihak kenduri..
maka mungkin boleh panggil Raja Berhari-hari....kihkihkih...

Baru-baru nih ada yang tanya saya di formspring mahupun di komen,
macam mana nak tempah dengan saya?
kenapa klik menutab error??

yang menutab tuh saya pun tak tau pasaipa jadi lagu tuh...
belum jumpa cara mengatasi..

Yang pasti kalau nak tempah dengan saya kartun-kartun seperti di bawah..
boleh inbox fanpage sy, klik sini atau kat sebelah tuh 
atau boleh email sy di farhah_zaidah@yahoo.com

Boleh tengok koleksi tempahan yang lain di sini

Doodle Raja Sehari Haniza..


Doodle Raja Sehari Haniza dengan background...




Doodle Raja Sehari sis Juliana..
Sis Juliana ada blog...
Jom singgah! klik sini

Sep 3, 2012

Ustazah Bila Lagi??


Lukis potret sendiri & Tempahan doodle wedding Haniza..

Semalam upload pict atas nih kat fb...maka bekas2 pelajar saya (eh..rasa macam cikgu pencen plak... kihkihkih)  pun tanya...

Pelajar : "Bila ustazah?? "
Saya : "HAHA.. entah..org lain punya nih..ustazah lukiskan... =)"
Pelajar :"ustazah bile lg ?"
Ustazah : "Ustazah xtau la yang...huhu..Tuhan tak hantar lagi kot.. =)"

Sejujur-jujurnya ustazah tak tau lagi bilakah saat itu akan tiba..atau ustazah tak sempat bertemu dengan saat itu... Kalau pelajar-pelajar tanya tak per lagi..kicik punya hal.....tapi kalau kawan-kawan seangkatan tanya dengan nada yang kurang menyenangkan...gua rasa nak bagi flying kick tahu.. depa tanya la sebab dok tengok dok berkawan kan... tapi masalahnya kalau yang dok berkawan tuh kata "jangan tunggu dia.." nak buat lagu mana ha? la..buat tak tau saja..ada jodoh, ada la..tak dak terima saja la Tuhan atuq yang mana...huhuhu...kalau saya jawab macam kat bawah nih boleh.......? kihkihkih...

Emm...
Bila tuhan nak satukan dua hati,
tuhan takkan gerakkan 1 hati ja..
tapi tuhan gerakkan dua2..


karikatur diri sendiri..terover cun lak...hakhakhakhak....

Laju buaiku laju...
Pohon beringin tegak berdiri...
daunya lebat menyapu bumi...
(konon2 bawang putih tengah naik buaian...tiba-tiba terlupa lirik pulak)

aku nak kawin dengan anak raja.....
(alah nyanyi macam lirik bawang merah lah......)

hahahahahahaha....