Dec 26, 2012

Bila


Lama tak melukis...tangan dah keras macam ranting...huhuhu...
ini bukan cerita kelakar...selamat membaca..! kihkihkih...


Bila kawan-kawan sebaya kita dah ramai yang kahwin..
mula lah ramai yang bertanya bila turn kita..
Padahal kita rasa diri masih muda remaja boleh main lompat tali lagi...

Bila kita pun dah kahwin tapi masih belum ada isi..
ada yang sibuk tanya bila nak ada isi..
padahal badan kita memang dari azali dah berisi...kihkihkih..


Bila kita dah ada anak sorang...
Mula orang tanya bila nak tambah banyak orang...
supaya jadi ber orang-orang... hahaha..



Tapi satu je orang tak pernah tanya..........



"Bila Izrail nak datang jemput kita..?"

Semua jawapan untuk bila tuh kita tak tau..
sebabnya rezeki, jodoh, ajal maut rahsia Tuhan..
Ianya berlaku secara tiba-tiba... tiada tarikh yang pasti...

Dannnn
sesuatu telah berlaku kepada saya secara tiba2 dalam tempoh 2 minggu...
sangat tiba2...




tengah cari idea kena buat blog b2b lah pulak macam nih.. harharhar...