Dec 23, 2013

"Roommate" baru



Perkenalkan "Roommate" baru saya..
Cinta hati saya selepas Allah, Rasul dan kedua ibu bapa saya...
Alhamdulillah selamat sudah majlis akad nikah + Perkahwinan saya pada 12.12.2013 
dan majlis Bertandang 15.12.2013...

^_^

Nov 8, 2013

Pen

Haiii..
Lama aku tak mengarut di sini..
dan lama sudah aku tak menjenguk jiran-jiran blogger...
Aku sebenarnya gagal menguruskan badan masa...hehehe....
Tak dak la gagal.. tak berapa nak lulus sahaja...
Baiklah aku tak nak buang masa banyak lagi..
Layan lah kartun kat bawah ni.. Ni bukan karangan aku sebatang pen ka apa.. 
Aku lukis masa awal-awal aku di posting kan dulu..
Tapi tak sempat nak pos kat sini.. heheh..

Hari tu merupakan hari pertama aku masuk ke kelas tingkatan 3..
Sorang ustaz minta aku masuk kelas gantikan dia sebab dia ada hal..
Kelas 3C gabung dengan Kelas 3F..
Tajuk hari tu "PEMBUKAAN KOTA MEKAH"


Oleh sebab aku dah masuk sekolah di pertengahan tahun..
Maka aku ikut saja cara guru sebelum ni mengajar..
Yang aku perasan dekat sekolah aku, pelajar salin nota daripada guru..
Maka aku pun terpaksa lah bagi nota dekat diorang..
Lenguh wooo menyalin berjela-jela..

Dalam aku sibuk menulis di papan putih,
aku masih sempat menjeling-jeling pelajar dari ekor mata aku..


Aku tengok semua pelajar kusyuk salin nota..
Ada yang ramah sikit tanya aku itu ini..
walaupun tak dak kena mengena dengan nota..
Masa tu aku masih tak berapa faham loghat diorang..
Tambah-tambah kalau dia cakap laju pula,
2,3 kali aku suruh ulang..



Dalam ramai-ramai kusyuk salin nota..
Aku tengok ada seorang pelajar ni,
aku tengok dia duduk rilek ja..
aku pun pi round2 dekat tempat dia..

Buku nota dia KOSONG..
Bersih tanpa setitik dakwat..Maka aku pun tanya :

"Kenapa tak salin nota kat depan?"



Dia Jawab :

"PEN aku MATI sudah ustazah.."

Lama aku tenung dia.. dia bagi jawapan loyar buruk ka apa??
aku tanya lagi sekali, jawapan yang sama dia bagi.. sambil dia tunjuk pen dia..

Mula-mula aku nak tergelak jugak macam mana pen boleh MATI??
rupa-rupanya maksud dia pen habis dakwat daaaaa....

SEKIAN..!

p/s: budak-budak sekolah aku dah nak masuk 2 minggu cuti, kami cikgu-cikgi ni ja tak cuti2 lagi...
Cuti sekolah dah bermula maka boleh la aku menconteng banyak sikit la kan...
Cepat lah 19 hb..... hee

Sep 10, 2013

Bertuah sungguhhh

Bertuah sungguhhhhhh.. anak sapa la nih..
Calon PMR ni..

2 Minggu lepas saya sibuk check kertas percubaan PMR Pendidikan Islam..
Sambil check kertas sambil gelak..sebabnya ada jawapan yang mencuit hati dan tak tercapai dek akal saya
tapi ditulis oleh pelajar-pelajar saya...
Salah 1nya yang atas ni la... 
Perbezaan Al -Mizan dengan Pertimbangan dunia,
saya tak pasti pelajar saya ni saja buat lawak atau dia memang salah faham...

Yang pasti saya tak ajar macam ni ye...
huhuhuhu...

Ok.. jumpa lagi !

Jul 13, 2013

Ramadhan di Sabah

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
             
                 -USMAN AWANG 1979-



Itu gambar 3 hb yang lalu.

Hari ke 2 di Hotel Ming Garden,Kota Kinabalu ,SABAH.

Ketika daku masih terkapai-kapai, kemanakah akan ku tuju keesokkan harinya. Perasaan? Sangat risau. Mendebarkan jantung. Sebabnya usikan demi usikan kami terima dari pegawai JPN Sabah. Kata mereka, 

"Kalau dapat Kota Marudu, Siaplah kau.. Celcom,Digi, Maxis, apa pun buang saja dalam sungai! Tiada line di sana "

"Kalau dapat Beluran, Ini kalilah Kau! "

dan macam-macam lagi. Hati berdegup kencang, entah kenapa lambat sangat keputusan tempat penempatan di umumkan. Debaran demi debaran. Dalam hati aku berharap nama aku bukan di Kota Marudu, bukan juga di Beluran dan bukan juga di Telupid ! Entah kenapa daerah ini yang selalu menjadi usikan mereka. Dan saat ini lah video yang ditayangkan ketika orientasi di KL bermain-main di minda aku.. 

Klik sini

Walaubagaimanapun, walau di ceruk desa mana pun. Aku redha.

Baiklah, nanti aku cerita lagi
di mana sekolah pertamaku saat aku bergelar seorang Guru Baru.
yang pasti Ramadhan kali ini aku di bumi di bawah bayu...

Jun 24, 2013

Sabah Bahhhhhhhhhh...



Design Kad jemputan Walimah Shuhada..kawan saya..
Alaaa... kawan saya yang saya pernah saya femes kan  watak dia
dalam cerita Tudung Flowerhorn.. ingat lagi? heee

Dah selamat nikah kawan saya ni 2 hb jun yang lalu..
dan rezeki dia dapat posting semenanjung..

Saya?? saya dapat Negeri di bawah Bayu... hukhukhuk
Kalau saya nikah cuti bulan 5 ari tuh mesti terlepas jugak semenanjung nih...hehehe..
tak per lah rezeki untuk kumpul duit elauan banyak-banyak kat sana kot...
Positive..!!



Ada followers saya orang sabah?? komen bahhhh... heee
ok jumpa lagi dalam entry seterusnya..

Jun 18, 2013

Tengku Puteri Wardrobe

Comel tak vector ke karikatur ke saya pun dah tak tau beza.. hahaha..
1st time buat macam tuh..heee...

Emmmm...sebenarnya...sambil kuis-kuis kaki..
Malu nak cakap... emmm...

Kalau rajin... jemput lah singgah ke page baru saya di sini
Kalau lagi rajin silalah like... heee...

Saya ada menjual pakaian muslimah, tshirt Nursing untuk ibu-ibu menyusu..
Stokin berubat dan In syaa Allah esok ada update syria Uzma II jenama Raudhah..

Ok jumpa lagi..! nanti saya update komik lak ye.. 


Jun 12, 2013

HAI


Tempahan Header kak bee..
Header versi komik..
Nak tengok header kak bee boleh pi terjah blog kak bee.. klik sini


Fuh fuh fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Berhabuk dah istana saya nih rupanya...
Gundik? Owh Gundik?

Eh..silap..
Mak inang??? dayang-dayang?? 
tak kemaskan istana beta ya..
berhabuk dah nih...

hehehe..

Hai... saya masih wujud...cuma kekangan idea membuatkan saya tiada di sini...
ok..jumpa lagi..!


Mar 17, 2013

Idea

Idea...Idea...Idea...
Antara benda yang paling susah nak cari idea kot..
sebabnya idea tuh tak hilang pun tapi kena cari...

Maka terhasillah kartun comot kat bawah nih...

Idea nak datang bukan kira masa..dia nak datang, datang je..tak bagi salam pun..
Macam saya kadang-kadang sambil bersiar-siar tengok orang sini sana..
Otak mula ligat menterjemahkan sesuatu..Itupun kalau time tuh saya rasa nak berfikir lah..
Kalau haku tengok orang tak ada perasaan memang otak tak berjalan time tuh...


Kadang-kadang saya kena baca sesuatu..
sebab kadang-kadang saya akan jumpa secara tak sengaja idea tuh..
Tapi potensi untuk mendapatkan idea secara kaedah nih agak jarang saya lakukan..
Hahaha...

Ataupun kaedah lain.
Time tengok tv.. ada cerita yang rasa boleh dikartunkan semula..
mungkin jalan cerita yang hampir sama..

Kadang-kadang dah siap-siap nak tido..
Time tuh tiba-tiba otak nak bagi idea..
Mata dah lama terpejam
alih-alih dah dekat subuh tak tido-tido..
Sebabnya otak tengah bagi idea..otak tengah berkerja..
Tak boleh tido tapi malas nak tafsirkan idea tuh ke atas kertas..
last2 idea tuh akan hilang..

TAPI.....


Kadang-kadang nak amik masa untuk tido sekejap sebab dengan harapan
bangun tido nanti dapat idea..
Tapi Hampeh...
Dah 10 round tido tapi idea tak datang-datang...

Tapi Paling hampeh bila kita dah dapat idea..post kat sini lepas tuh ada yang
copy dan post kat blog beliau dan mengaku harta intelek beliau...
Itu adalah perkara paling menjengkelkan aku rasa...

Grrrr....

Macam mana pula cara anda cari idea? cer post kat blog...hee
Jumpa lagi..! nak cari kayu...eh...cari idea...harhar...




Mar 14, 2013

Freebies Cover Timeline FB..

Inginkan Cover Timeline FB seperti dibawah?
Jemputlah singgah ke page sy...
Klik sini

Saya ingin berikan secara percuma...hehe...



p/s: Kalau nak guna harta merdak saya kat sini boleh...
TAPI JANGAN BUANG WATERMAK dan KREDIT pada saya...
Mencari yang HALAL itu kan fardhu...harharhar...

Feb 28, 2013

Kencing


Lama tak update blog tiba-tiba muncul entry kencing...
Tajuk entry  semacam je bunyi...bukan nak cerita kencing tak lawas ke hape...
Bukan-bukan.. sistem perkumuhan aku masih ok..
Emm...baca je lah ye...heee
















Jumpa lagi..!

Owh ya...sy ada jual shawl lace bleh tengok kat page Istana Cinta 

Feb 4, 2013

Entry Cinta


"Aku Hanya Ingin Bersamamu...
Kerana Aku Telah Terlanjur Mencintai..."
-Novel Setia Hujung Nyawa-


Rasanya lama jugak aku tak update blog...
Baiklah-baiklah saya muncul semula dengan entry cinta...

Ya cinta...
Cinta kadang-kadang mampu menjadikan seseorang itu buta dan tuli...
Hebat bukan kuasa cinta? ewahhhhh serius pulak daku nih... Layan je lah kartun nih..
Malas nak taip...dan saya tau kamu pun malas nak baca panjang-panjang berjela...
Maka biarlah kartun saya bercerita...

Setiap orang pernah bercinta bukan..?
cumanya mungkin ada yang jumpa cinta sejati..
dan tak kurang juga cinta hampeh... 
tapi korang tahu tak apa yang CINTA perlukan?
CINTA bukan nama orang ye...bukan2...



Cinta tak perlukan janji-janji manis mahupun kata-kata manis..
atau gula-gula yang manis...
Bukan jugak kencing manis..
bukan2..


Cinta jugak tak perlu nak belah dada dengan kapak..
untuk x-ray hati segala....
kalau belah jugak tuh tandanya tak lama dah mampos...
hehehe...

CINTA jugak tak perlu nak redah lautan api..
Lautan tak berapi pun belum tentu kamu mampu redah...
Tak payah buang tebiat..
Tapi...
Cinta cuma perlukan satu perkara...
satu perkara yang mampu mengubah hidup kita...




CINTA perlukan ijab dan qabul...
Lafaz keramat yang dinanti-nantikan oleh setiap gadis..
Apa guna bercinta kalau tak nikah..?

Mencari yang HALAL itu kan FARDHU...

Emm...apa lagi ye cinta perlu?? Sila Tambah sendiri... hehehe...
Daaaaaaaaaaaa...jumpa lagi... =)

Jan 10, 2013

Gosok Gigi


Bahan bacaan untuk malam ni sebelum gosok gigi masuk tido..
Heeeee....













Sape boleh buat macam bapak iwan? heee...
entry tamat..! jumpa lagi..

p/s: nih kartun yang saya cuba hntr ke Gila-Gila 2 bulan yang lalu kot...
tapi tak dapat apa2 maklum balas..huhuhu...

Jan 8, 2013

Hati


"Jodoh itu Rahsia Ilahi..
dan DIA mengatakan Awak untuk Saya..
dan Saya untuk Awak.."
-Novel Jodoh Itu Milik Kita-

Kartun saya kat bawah nih bukanlah kartun kelakar..mungkin kartun berunsur "diabetis"
harharharhar...

Kita cuma ada satu hati...
Satu untuk banyak perkara..
kalau sedih pun hati yang satu nih..
kalau gembira pun hati yang satu nih...

Tanpa kita sedar..
kita dah memberikan secebis demi secebis hati kita pada insan yang kita cinta...
Sekali kita putus cinta..sekali hati terluka..
Maka hati kita yang satu tadi sudah tidak sempurna...



Namun kadang-kadang kita tak pernah kenal erti putus asa..
Biarpun berkali-kali terluka..
Kita tetap memberikan hati ini untuk orang yang kita cinta...
Tapi ada satu perkara kita lupa....



Hati yang satu itu sepatutnya untuk dia yang selayaknya..
Dia yang kita tak tahu bila akan muncul depan kita..
Dia yang kita tak tahu bila akan datang menuntut haknya..
Disebabkan hati kita yang selalu diberikan pada mereka yang salah..
Kini hati kita akhirnya hanya tinggal cebisan-cebisan kecil..
Cebisan-cebisan kecil untuk dia yang selayaknya...

Kita jadi ragu-ragu untuk berikan padanya disebabkan luka lama...

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai
kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita..
jodoh yang Allah tetapkan sejak azali...."


  ----------------------------

p/s: sebelum nih saya ada cerita nak cuba nasib hantar karya ke GIla-Gila.. tapi tiada maklum balas yang saya terima.. Mungkin tiada rezeki saya.. saya pun dah 2 bulan tak beli majalah tuh.. hehehehe
Next entry saya masukkan kartun itu disini....