Mar 17, 2013

Idea

Idea...Idea...Idea...
Antara benda yang paling susah nak cari idea kot..
sebabnya idea tuh tak hilang pun tapi kena cari...

Maka terhasillah kartun comot kat bawah nih...

Idea nak datang bukan kira masa..dia nak datang, datang je..tak bagi salam pun..
Macam saya kadang-kadang sambil bersiar-siar tengok orang sini sana..
Otak mula ligat menterjemahkan sesuatu..Itupun kalau time tuh saya rasa nak berfikir lah..
Kalau haku tengok orang tak ada perasaan memang otak tak berjalan time tuh...


Kadang-kadang saya kena baca sesuatu..
sebab kadang-kadang saya akan jumpa secara tak sengaja idea tuh..
Tapi potensi untuk mendapatkan idea secara kaedah nih agak jarang saya lakukan..
Hahaha...

Ataupun kaedah lain.
Time tengok tv.. ada cerita yang rasa boleh dikartunkan semula..
mungkin jalan cerita yang hampir sama..

Kadang-kadang dah siap-siap nak tido..
Time tuh tiba-tiba otak nak bagi idea..
Mata dah lama terpejam
alih-alih dah dekat subuh tak tido-tido..
Sebabnya otak tengah bagi idea..otak tengah berkerja..
Tak boleh tido tapi malas nak tafsirkan idea tuh ke atas kertas..
last2 idea tuh akan hilang..

TAPI.....


Kadang-kadang nak amik masa untuk tido sekejap sebab dengan harapan
bangun tido nanti dapat idea..
Tapi Hampeh...
Dah 10 round tido tapi idea tak datang-datang...

Tapi Paling hampeh bila kita dah dapat idea..post kat sini lepas tuh ada yang
copy dan post kat blog beliau dan mengaku harta intelek beliau...
Itu adalah perkara paling menjengkelkan aku rasa...

Grrrr....

Macam mana pula cara anda cari idea? cer post kat blog...hee
Jumpa lagi..! nak cari kayu...eh...cari idea...harhar...




17 comments:

Farah Farhana said...

akak, cuba wat doodle kartun anime fullmetal alchemist, edward elric. hehehehe. takdela, gurau je

Tengku Puteri said...

Farah Farhana- perghhh...dgar nama jenis kartun pun ketaq lutut akak dik...heee

Dezee said...

Dezee dapat dari semasa dalam train bila lihat pee'el orang..kadang2 melalui komen orang2 dalam FB..kadang2 dari pengalaman yang diubah suai dengan imaginasi terlampau.:)

Cikgu Ma said...

mood pun susah nak cari gak bila dh lama tak hapdet...hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. kesian awak, penat2 cari idea orang curi kan. kejam org tersebut !

merahitujambu said...

ahahaha..betul..time kt luar tgh jln la ada idea..tp blk rumah hilang dah

EZAN IDMA said...

idea memang payah nak carik kan kalau kita carik dia. dia dtg dgn tetibe jeeee. jadi tayah carik, tggu je. kekeke

daddydee jedi said...

Korek idea sampai kering...heheheh

Farah Farhana said...

hehehe.. sy suka kartun tuh :D ingat nak lukis tapi, nanti jelah :D

Encik H said...

macam mana sy dapat idea? biasanya drpd persekitaran..cuma masalahnya sy xreti nak melukis la..:D

IBkartun said...

biasa idea datang dalam tandas.yang hebatnya,idea dalam tandas semua ohsem2 :3

Mr. Doctor said...

Betuuuuuuuul sangat! Time sebelum tido tu berpusu pusu idea mai.. Cisss.. Memang x la nak p interpret atas kertas memalam buta tu..hoho

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

husna zahidi said...

geram kalau ada idea tp tgn plak mlas nk menulis..grr..>.<

Syarafi[skyforce331] said...

kadang-kadang masa berehat pun idea datang kan kan kan kan..kan kan kan kan kan kan kan

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

salam kenal

i am following you :)

come! TQ

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Blogger! Jom join ni.. hadiah RM800 menanti anda!

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/05/1st-big-giveaway-diari-sedetik-lebih.html