Jul 13, 2013

Ramadhan di Sabah

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
             
                 -USMAN AWANG 1979-



Itu gambar 3 hb yang lalu.

Hari ke 2 di Hotel Ming Garden,Kota Kinabalu ,SABAH.

Ketika daku masih terkapai-kapai, kemanakah akan ku tuju keesokkan harinya. Perasaan? Sangat risau. Mendebarkan jantung. Sebabnya usikan demi usikan kami terima dari pegawai JPN Sabah. Kata mereka, 

"Kalau dapat Kota Marudu, Siaplah kau.. Celcom,Digi, Maxis, apa pun buang saja dalam sungai! Tiada line di sana "

"Kalau dapat Beluran, Ini kalilah Kau! "

dan macam-macam lagi. Hati berdegup kencang, entah kenapa lambat sangat keputusan tempat penempatan di umumkan. Debaran demi debaran. Dalam hati aku berharap nama aku bukan di Kota Marudu, bukan juga di Beluran dan bukan juga di Telupid ! Entah kenapa daerah ini yang selalu menjadi usikan mereka. Dan saat ini lah video yang ditayangkan ketika orientasi di KL bermain-main di minda aku.. 

Klik sini

Walaubagaimanapun, walau di ceruk desa mana pun. Aku redha.

Baiklah, nanti aku cerita lagi
di mana sekolah pertamaku saat aku bergelar seorang Guru Baru.
yang pasti Ramadhan kali ini aku di bumi di bawah bayu...

15 comments:

ary_lee said...

Err.. Raya blik semenanjung x?

Puan Ezy said...

pedulikan usikan mereka..
teroskan niat murni mendidik ank bangsa..
=)

mecha_praline said...

selamat datang ke negeri bawah bayu. pasti seronok! inshaallah

DEZEE @ DHAGI said...

Nnt dh kahwin boleh minta tukar tempt dekat suami.

Keri Ikhwan said...

Saya pn cuak kalau kena posting sabah srwk.
Bkn sbb x snggup dok pedalaman tp fikir mak ayah dh tua xde sapa nk jaga klau jauh2 sngat :)

nanad said...

you can do it tengku puteri, InsyaAllah ;)

Aujinz said...

kat mana?.. kat mana???..

Sufinah Yussof (SY) said...

selamat menjalan kan tugas buat anak2 bangsa. ^_^ welcome to land below the wind.

syafeika edora said...

Kota marudu? BHAHAHA my place! line tu ade je tp ikt kg la. ade bgs ade x..btw lama lama biasa la tu. x kira kt mn.. :) wish u a luck dear

PuanPepel said...

selamat menikmati hari2 indah sbgai pendidik :)

EZAN IDMA said...

beshhnyee sabah. salam ramadhan :)

husna zahidi said...

semoga tabah kak farhah..bukan senang kan..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

mata dalam gambar mcm baru lepas nangis je..huhu..

Syarafi[skyforce331] said...

Fi pernah dengar satu dari usman awang jugak dalam sebuah video..
best tak duk sana?

anamizu said...

raya balik semenanjung x tengku puteri?

slm aidilfitri..

semoga tabah menjadi pendidik anak bangsa di sana :)

Busyra Bt Takiyudin said...

comel akak. first time singgah sini.