Jan 10, 2013

Gosok Gigi


Bahan bacaan untuk malam ni sebelum gosok gigi masuk tido..
Heeeee....













Sape boleh buat macam bapak iwan? heee...
entry tamat..! jumpa lagi..

p/s: nih kartun yang saya cuba hntr ke Gila-Gila 2 bulan yang lalu kot...
tapi tak dapat apa2 maklum balas..huhuhu...

Jan 8, 2013

Hati


"Jodoh itu Rahsia Ilahi..
dan DIA mengatakan Awak untuk Saya..
dan Saya untuk Awak.."
-Novel Jodoh Itu Milik Kita-

Kartun saya kat bawah nih bukanlah kartun kelakar..mungkin kartun berunsur "diabetis"
harharharhar...

Kita cuma ada satu hati...
Satu untuk banyak perkara..
kalau sedih pun hati yang satu nih..
kalau gembira pun hati yang satu nih...

Tanpa kita sedar..
kita dah memberikan secebis demi secebis hati kita pada insan yang kita cinta...
Sekali kita putus cinta..sekali hati terluka..
Maka hati kita yang satu tadi sudah tidak sempurna...



Namun kadang-kadang kita tak pernah kenal erti putus asa..
Biarpun berkali-kali terluka..
Kita tetap memberikan hati ini untuk orang yang kita cinta...
Tapi ada satu perkara kita lupa....



Hati yang satu itu sepatutnya untuk dia yang selayaknya..
Dia yang kita tak tahu bila akan muncul depan kita..
Dia yang kita tak tahu bila akan datang menuntut haknya..
Disebabkan hati kita yang selalu diberikan pada mereka yang salah..
Kini hati kita akhirnya hanya tinggal cebisan-cebisan kecil..
Cebisan-cebisan kecil untuk dia yang selayaknya...

Kita jadi ragu-ragu untuk berikan padanya disebabkan luka lama...

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai
kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita..
jodoh yang Allah tetapkan sejak azali...."


  ----------------------------

p/s: sebelum nih saya ada cerita nak cuba nasib hantar karya ke GIla-Gila.. tapi tiada maklum balas yang saya terima.. Mungkin tiada rezeki saya.. saya pun dah 2 bulan tak beli majalah tuh.. hehehehe
Next entry saya masukkan kartun itu disini....