Mar 17, 2013

Idea

Idea...Idea...Idea...
Antara benda yang paling susah nak cari idea kot..
sebabnya idea tuh tak hilang pun tapi kena cari...

Maka terhasillah kartun comot kat bawah nih...

Idea nak datang bukan kira masa..dia nak datang, datang je..tak bagi salam pun..
Macam saya kadang-kadang sambil bersiar-siar tengok orang sini sana..
Otak mula ligat menterjemahkan sesuatu..Itupun kalau time tuh saya rasa nak berfikir lah..
Kalau haku tengok orang tak ada perasaan memang otak tak berjalan time tuh...


Kadang-kadang saya kena baca sesuatu..
sebab kadang-kadang saya akan jumpa secara tak sengaja idea tuh..
Tapi potensi untuk mendapatkan idea secara kaedah nih agak jarang saya lakukan..
Hahaha...

Ataupun kaedah lain.
Time tengok tv.. ada cerita yang rasa boleh dikartunkan semula..
mungkin jalan cerita yang hampir sama..

Kadang-kadang dah siap-siap nak tido..
Time tuh tiba-tiba otak nak bagi idea..
Mata dah lama terpejam
alih-alih dah dekat subuh tak tido-tido..
Sebabnya otak tengah bagi idea..otak tengah berkerja..
Tak boleh tido tapi malas nak tafsirkan idea tuh ke atas kertas..
last2 idea tuh akan hilang..

TAPI.....


Kadang-kadang nak amik masa untuk tido sekejap sebab dengan harapan
bangun tido nanti dapat idea..
Tapi Hampeh...
Dah 10 round tido tapi idea tak datang-datang...

Tapi Paling hampeh bila kita dah dapat idea..post kat sini lepas tuh ada yang
copy dan post kat blog beliau dan mengaku harta intelek beliau...
Itu adalah perkara paling menjengkelkan aku rasa...

Grrrr....

Macam mana pula cara anda cari idea? cer post kat blog...hee
Jumpa lagi..! nak cari kayu...eh...cari idea...harhar...




Mar 14, 2013

Freebies Cover Timeline FB..

Inginkan Cover Timeline FB seperti dibawah?
Jemputlah singgah ke page sy...
Klik sini

Saya ingin berikan secara percuma...hehe...



p/s: Kalau nak guna harta merdak saya kat sini boleh...
TAPI JANGAN BUANG WATERMAK dan KREDIT pada saya...
Mencari yang HALAL itu kan fardhu...harharhar...