Nov 8, 2013

Pen

Haiii..
Lama aku tak mengarut di sini..
dan lama sudah aku tak menjenguk jiran-jiran blogger...
Aku sebenarnya gagal menguruskan badan masa...hehehe....
Tak dak la gagal.. tak berapa nak lulus sahaja...
Baiklah aku tak nak buang masa banyak lagi..
Layan lah kartun kat bawah ni.. Ni bukan karangan aku sebatang pen ka apa.. 
Aku lukis masa awal-awal aku di posting kan dulu..
Tapi tak sempat nak pos kat sini.. heheh..

Hari tu merupakan hari pertama aku masuk ke kelas tingkatan 3..
Sorang ustaz minta aku masuk kelas gantikan dia sebab dia ada hal..
Kelas 3C gabung dengan Kelas 3F..
Tajuk hari tu "PEMBUKAAN KOTA MEKAH"


Oleh sebab aku dah masuk sekolah di pertengahan tahun..
Maka aku ikut saja cara guru sebelum ni mengajar..
Yang aku perasan dekat sekolah aku, pelajar salin nota daripada guru..
Maka aku pun terpaksa lah bagi nota dekat diorang..
Lenguh wooo menyalin berjela-jela..

Dalam aku sibuk menulis di papan putih,
aku masih sempat menjeling-jeling pelajar dari ekor mata aku..


Aku tengok semua pelajar kusyuk salin nota..
Ada yang ramah sikit tanya aku itu ini..
walaupun tak dak kena mengena dengan nota..
Masa tu aku masih tak berapa faham loghat diorang..
Tambah-tambah kalau dia cakap laju pula,
2,3 kali aku suruh ulang..



Dalam ramai-ramai kusyuk salin nota..
Aku tengok ada seorang pelajar ni,
aku tengok dia duduk rilek ja..
aku pun pi round2 dekat tempat dia..

Buku nota dia KOSONG..
Bersih tanpa setitik dakwat..Maka aku pun tanya :

"Kenapa tak salin nota kat depan?"



Dia Jawab :

"PEN aku MATI sudah ustazah.."

Lama aku tenung dia.. dia bagi jawapan loyar buruk ka apa??
aku tanya lagi sekali, jawapan yang sama dia bagi.. sambil dia tunjuk pen dia..

Mula-mula aku nak tergelak jugak macam mana pen boleh MATI??
rupa-rupanya maksud dia pen habis dakwat daaaaa....

SEKIAN..!

p/s: budak-budak sekolah aku dah nak masuk 2 minggu cuti, kami cikgu-cikgi ni ja tak cuti2 lagi...
Cuti sekolah dah bermula maka boleh la aku menconteng banyak sikit la kan...
Cepat lah 19 hb..... hee