Aug 12, 2014

Rindu awak 200%

Hai.... lama kan tak menulis, melukis dan mengarut di sini? 
Alhamdulillah saya masih bernafas sampai ke saat ini.

Rindu awak 200% ? ni bukan cerita fasal Zill dengan Armel..
Bukan bukan... 

Ini kisah saya, kisah sepanjang 8 bulan tidak berupdate... kisah sejak mendapat roomate baru..
Takut muntah hijau boleh tekan x dekat atas.. hee

Layan lah kartun saya dekat bawah, eh ada ke yang masih membaca blog saya? kalau tak ada kira saya sekarang tengah syok sendiri... kekekekeke...



Aku rasa macam baru semalam aku dengar encik suami lafaz " aku terima nikahnya.."
siap tok kadi tersasul lagi... hehehe


(nak update blog bulan 7 hari tu lagi, sebab tu kat atas ni tulis 7 bulan)

Rupa-rupanya esok 12 hb 8 dah masuk 8 bulan aku menjadi isteri..
Macam-macam ujian mendatang, terutamanya ujian berjauhan.
Aku dengan suami pasangan jarak jauh.. PJJ.


Dalam tempoh 8 bulan ni la kami berulang alik,
awal-awal perkahwinan dulu lagi la,
setiap kali cuti sekolah sahaja aku dapat jumpa suami.
3,4 bulan sekali jumpa tu biasa la..
Aku kena ulang alik dari sandakan ke semenanjung.
Kaya airasia.. hee..

Sekarang, Alhamdulillah suami dah berpindah bertugas di Tawau.
dari 3,4 bulan sekali boleh jumpa sekarang 1,2 bulan sekali dah boleh jumpa.
Kami dah senegeri. Bunyi macam dekat kan.
Tapi...
4 hingga 5 jam perjalanan darat juga, kalau naik flight 40 minit la..
Sekarang bagi MAS pula kaya sebab duk ulang alik dari tawau ke sandakan.

Aku nak drive ke Tawau memang tak la buat masa ni, sebabnya jalan sunyi sepi, kiri kanan hutan. 
tak ada highway macam di semenanjung.. 
Kalau kereta buat hal tengah-tengah jalan sunyi mau pula area kelapa sawit lahad datu.. heee...


Alhamdulillah, walaupun jarang-jarang jumpa.
Tuhan masih bagi peluang untuk kami jalani hidup macam pasangan lain.
Boleh masak sama-sama, makan sama-sama, basuh kereta sama-sama, sidai baju sama-sama.
pergi pasar sama-sama.
Mungkin tak se sweet pasangan pengantin baru lain tapi syukur Alhamdulillah...


Moga satu hari nanti kami dapat tinggal sebumbung, 
dapat rasa pergi sekolah dihantar dan dijemput suami.
Dapat makan sama-sama selalu. 
sekarang semuanya aku kena berdikari, 
kadang-kadang hati tak berapa kuat jugak, 
tengok kawan-kawan yang seusia perkahwinan dengan aku 
selalu update gambar-gambar sweet dekat fb, 
aku tak boleh buat semua tu.. 
tiap kali tu lah aku jadi rindu 200% dekat suami aku..
Allahhhhhhhhhh...

apakan daya,
Saya yang menurut perintah

8 comments:

Keri Ikhwan said...

In sya Allah..
pasangan yg dok berjauhan ni suatu hari nanti bila dah dok dekat akan lebih menghargai.

Tengku Puteri said...

Keri Ikhwan

Heee... In sya Allah.. moga ada hikmah yang sy tak terjangka..

Aujinz said...

orang kabo.. brkorban sikit.. nanti akan datang manisnya....

semoga berbahagia TP.. koh koh koh

Tengku Puteri said...

Aujinz

Yela2 ojin... tengah berkorban lah ni... sob sob sob...

hee... tq...

cEro said...

Aku ada dengar kata,
pasangan berkahwin yg jarak jauh ni, kalau dapat lepas dugaan jarak,
maka boleh lepas apa2 pon dugaan...

Good luck!

DHAGI said...

Sabar la put..inshaAllah 1 hari nnt.Nk buat mcmn..mencari rezeki..

Tengku Puteri said...

cEro- heee...tu la nak lepas dugaan jarak ni pun berlinang air mata.. lama2 insyaAllah..

Tengku Puteri said...

DHAGI- huhuhu.. yela mcm mana pun kena sabar jugak.. heee... tq..