Tengku Puteri



Nama aku Tengku Puteri, tetapi ini bukan nama sebenar aku..
ini bagi mengelakkan aku malu kiranya ada yang mengenali aku terjumpa blog aku..
hidup aku tak seindah tuan puteri..namun aku seringkali berangan-angan untuk hidup seindah tuan puteri...
aku tidak tahu bergaya,tidak pandai berbedak dan tidak mahir bergincu..
pastinya aku gadis tidak berharta..
tiada nama yang ada gelaran di belakangnya 
seperti si polan binti Datuk si polan atau 
si peah binti Tan Sri Mamat..
aku Dilahirkan pada tanggal 30 hb Julai 1988..
Bersamaan 15 zulhijjah 1408 Hijrah..
asal Kedah..belajar di Bangi.. Pelajar Pendidikan..
bakal pendidik suatu hari nanti... =) 
Maka blog aku ini bukan blog lirik lagu, blog fesyen atau blog makanan..
blog ini tiada genre..Aku menulis sesedap hati sendiri..